108# gadis kampungan

Weekend berlalu dengan sempoinya. Half day Sabtu gi daurah on dakwah to non-Muslims and another half day was spent kat kenduri kahwin orang dan menziarahi orang sakit. Kenduri kahwin kita? Nanti jap nak fikir. Haha.

Ahad pula half day dok rumah jadi mithaliah another half day keluar dengan Hajar gi cari baju renang muslimah pastu gi dinner kat fiske dengan Hajar dan Juza. Sedar sedar je weekend dah tamat. Sadis!

So Sabtu hari tu sempat gi jusco sensorang untuk beli few things antaranya contact lense. Since gigih nak snorkeling nanti so kita buat preparation beli contact lense dengan harapan boleh melihat hidupan laut dengan keindahan skala 100% kelak. 

Balik rumah kita cuba try test. Adakah skill lama 10 tahun dulu masih berbisa? Yeah! Masih nampaknya. Haha. 

Hari Ahad pun keluar pakai contact. Hari ni pergi ofis pun pakai contact. 

Di pejabat: " fuiyooooo! Kau pakai contact lense ke Kak?" - Hana, opismate. 

Turun pula bermesyuarat di tingkat 45 (opis lama):
"Jangan kata itu Paten? Paten ke tuu? Lain gila!" - Kak Nad. 
"Ten? Kau rupanya! Aku ingatkan budak sekolah mana tadi!" - Giant

10 tahun dulu zaman matrikulasi saya rajin pakai contact lense. Siap berwarna-warna lagi. Lepas tu malas. Sepanjang 10 tahun ini saya hanya berkacamata. Ku baru nak ubah angin dah ramai buat suspen. Tak masuk lagi yang kata ku persis jepun sebab mata tak daya bukak besar besar. Hahaha. 

So untuk outstation esok lusa, rasanya kita stick to spek jelah. Nanti weekend kita practice pakai contact lense lagi supaya tak gelabah nak pakai masa ke redang. 

Dasar gadis kampungan! Hahaha. 

Comments