106# Aku
Bismillah. Alhamdulillah.
Entri kali ni nak gunakan bahasa diri 'aku'. Jangan banyak komplen. Ni blog siapa? Suka hati lah. hehe.
Lately aku selalu lost focus. I am mentally tired. Kadang-kadang fikir juga bilalah segala drama yang menyusahkan aku ni nak habis? Semua ni membuatkan aku jadi tua sebelum usia. Walaupun usia aku tak muda mana. Hehe.
Sampai satu tahap, aku balik kerja je aku mengantuk tahap maksimum. Penat agaknya. Siap member tuduh 'paten tidur berdengkur'. Haha. Aku tahu yang sebenarnya itu bunyi dengkuran dia, dia tuduh bunyi dengkuran aku. Acececeh. Pandai dia nak kenakan kita. hehe. *denial syndrome*
Penat minda yang aku hadap menyebabkan aku jadi penat badan. Kadang rasa macam nak lari dari rumah tapi kalau aku lari, siapa nak bagi makan kucing-kucing? Maka dengan langkah longlai aku masuk pagar rumah. hehe. Boleh caya ke kalau aku lari rumah? haha.
Sayu hati aku memikir kalau aku yang muda ni penat memikir, apa lagi orang tua yang dah sediakala letih memikir, kan? Sebagai anak, kita tak boleh selfish. Kalau kita rasa penat, menghadapi dugaan dan cabaran, mak ayah kita forsure berganda-ganda terasa kepenatannya. In that case, takkan kita nak biarkan saja? Letih-letih pun usahalah tolong juga.
Dalam sesi-sesi usrah kadang-kadang aku meluah rasa juga. Lebih kepada bercerita untuk didengari dan menerima gosokan di bahu dengan ucapan, 'sabar okay? kami doakan..'. Memang, memang simple je gesture yang menunjukkan keprihatinan tu, and we would never know sama ada gesture tu fake atau real, tak kisahlah janji hati seronok mendapat pujuk rayu sebegitu.
Tapi dalam mengharungi challenges sebegini (yang tak dapat aku perincikan), aku belajar bahawa mungkin pada mata kasar kita melihat ujian itu kepada si polan kerana si polan yang miserable, yang berdepan dengan persengketaan dan sebagainya. Namun hakikatnya yang kita tak sedar ialah sebenarnya ujian ini kepada kita. Sekuat mana untuk kita terus bersabar dan berpesan-pesan kepada kebaikan pada si polan, sejauh mana kita masih boleh positif terhadap tindak balas si polan, sehebat mana kita boleh istiqamah mendoakan si polan, dan seminima mana kita boleh bercakap-cakap perihal si polan dan masalahnya. Sebenarnya, ujian itu untuk kita. Yakni untuk aku. Cuma jalan ceritanya Allah tunjukkan macam ujian si polan. Walhal untuk aku, juga.
So anyway, dari opis aku ni boleh nampak Capri Bangsar depan mata je. Capri ni macam service apartment ke apentah. Aku tahu kewujudannya lepas Kak Yong hari tu gigih perabih duit jakun duduk situ sekejap masa cuti panjang dorang hari tu. So motip cakap pasal Capri apa?
Nak cakap yang bestnya kalau boleh book duduk Capri seminggu pastu enjoy mandi swimming pool macam budak umur 6 tahun.
Best kan jadi muda 22 tahun secara tetiba? Haha.
Comments