104# Vong-ok.

Bismillah. Alhamdulillah.

Pejam celik, kejam pelik (eh!), lagi doploh (baca: dua puluh) hari, Ummi Abah akan pulang ke pangkuan ku. Gitu. Excited nih nak dengar cerita mereka. Pasti akan ada complaint antara satu dengan yang lain. Maklumlah, pasangan tua-tua ni, memang cara bermanja mereka dengan komplen-mengkomplen kepada anak-anak. Luahan perasaan gitu. Kita pun nak luah perasaan penat jaga anak kucing. Erhhh. 

Dua tiga hari kebelakangan ni nampak gambar Kak Yong update kat Instagramnya seperti nya mereka sedang membawa Ummi Abah bercuti di kawasan ceruk tokkun mana ntah. Nampak macam kawasan laut, gunung-gunung, batu bata, dan yang seangkatan dengannya. Seronoknya mereka bukan main. Yang kita ni, cuti panjang 5 hari pun duduk belek kuku je kat rumah. Hari-hari kena cuci tahi kucing. Naik lusuh jari mak jemah. Haha.

Anyway hari tu lepas taip entry kemain panjang luahan konon macho pasal tak ada handphone, malam tu juga lepas kerja kita terus ajak Dr. Shabby teman pergi Publika. Nak jugak pergi Celcom Cube. Beli handphone dan-dan tu juga. Gelojoh baq ang. So, being the gelojoh, kita beli.

Lepas tu, kita ni jenis jakun. Tak pernah pakai handphone buah epal sepanjang usia, maka maafkanlah kejakunanku ini. Nak menunggu beli casing macam tal sempat, nak pergi pasang screen protector pun tak sempat malam tu, so kita pakai la as is. After that kita gi rumah kawan Dr Shabby yang buat makan-makan khas untuk kami. Sweet sangat. Haha. 

Esoknya kita realise ada defect dalam fungsi handphone baru. Hati dah parah dah sebab rasa macam 'kenapa nasibku tidak baik kalau berkenaan handphone?'. Kecewa. Hatiku dirundung pilu.

Bila kita call orang, kita dengar suara orang tu perlahan sangat-sangat. Kemudian bila kita buat loud speaker, kita dengar jelas suara orang tapi orang pulak dengar suara kita putus-putus. Hampa sangat jiwaku rasa. Takkan baru sehari dah rosak?

And dengan penuh kecewa, kita rasa malas nak pergi Publika, jauh sangat maka kita ambil keputusan pergi Celcom Cube kat Jalan Ampang. Kat Menara Atlan to be specific. Bersungguh ni pergi bawa paper bag dengan full set yang dapat masa beli.

Ambil nombor, tunggu kemahin lama.
Dr. Shabby naik menyirap tunggu dalam kereta. Sampai habis kering mulut berzikir dia dalam kereta agaknya. Hehe.

Lepas tu, sampai turn kita, kita pun gi lah kat kaunter.

Saya: Cik, saya baru beli handphone ni semalam kat Celcom Cube Publika. Tapi macam problem sikit. Bila saya call orang, saya dengar suara orang perlahan sangat walaupun dah set highest volume. Bila buat loud speaker, orang macam tak clear dengan suara saya. Cuba cik tolong tengokkan kot kot saya yang tak reti... 

Saya hulur handphone kepada dia. Dia belek-belek. Cuba tengok setting handphone dan sebagainya. Adalah dalam 3 minit dia belek kot. Saya duduk diam macam patung buat muka innocent. 

And after a while she found out the solution! Terror betul orang Celcom nih!

Gadis Celcom: Laa, cik tak bukak lagi ke plastik ni? 

Saya: Haah tak bukak lagi.. 

Gadis Celcom: Patutlah tak dengar.. Sebab tak ada lubang pun pada plastik kat speaker ni. Bila cik cakap, orang tak dengar sebab plastik bawah ni cover mic phone ni... Patutlah....

Dia seperti melepaskan kelegaan sambil saya malu bagai nak pengsan. Bodoh sangat pemegang sarjana undang-undang ni apehal.hahaha.

Gadis Celcom: Boleh saya bukak plastik ni?

Saya: Boleh-boleh. Memang saya nak beli casing pun kejap lagi.

Gadis Celcom: Okay. Done. Sure okay.

Saya nak cover malu punya pasal saya suruh juga dia testing call handphone saya. And it works really well! 

Saya: Minta maaflah Cik saya ni bodoh sikit.

Gadis Celcom: Senyum.

Saya: Terima kasih ye Cik..

Dia senyum je? Patut cakaplah 'eh jangan cakap camtu cik, biasalah kan tak biasa..'

Terluka hatiku kerana dia seperti mengiyakan kebodohanku. Tapi memang budus pun. 

Masuk je kereta, saya tersengih lebar tahan malu. Tapi sebelum kena gelak, kita admit awal-awal.

Saya: Nak tahu something tak?

Dr. Shabby: Gapo dio?

Saya: Paten telah memalukan diri Paten hari ni.

Dr. Shabby: Pasal apa? Handphone okay tak?

Saya: Handphone okay, tak rosak pon. Cuma sebab tak bukak plastik je. Malu gila.

Dr. Shabby: Vongokkkkk kau Paten!!! *gelak syaiton*

Ku memandu laju terus meninggalkan Celcom Cube membawa hati pilu. Malu. hahaha.


Comments

=) said…
hahahahaha...i bc dgn gelak besar kt ofis sorg2 tau! yg gi beli apple dh kena gigit buat pe..lain kali beli apple fuji..gebu gebas bulatnye..sedap n kenyang pas bedal sebiji..tp mmg xpatut la org celcom tu senyum je..patutnye die kena ckp its ok miss loyar..plastic tu mmg xbrape nk nmpk sgt..sbb nk cover apple yg kena ggit tu.. =)
Najlaa said…
Jangan gelak besar, Azie. Nanti orang nampak semua gigi acane? haha. Orang Celcom memang belum belajar cara berkesan untuk tidak disaman loyar. haha.

Popular Posts