103# Ujian.

Bismillah. Alhamdulillah.

There are times where I feel so challenged. In those situation, I will remind myself to 'be tough be tough be tough'. Being a happy go lucky person (at most of the time), it is not easy to handle those questions like 'kau okay ke?' 'kau kenapa?' 'apesal kau nampak lain?' every time when I am challenged. Sometimes, I do feel like a celebrity since ramai sangat orang sebok menanya kita okay ke idok. hehe.

Kalau kita sering mengingatkan diri kita bahawa kita ni tertakluk kepada aturan dan susunan Allah swt, maka kita akan lebih tenang dan menerima apa jua ujian. Berat mana pun ujian yang kita terima, elakkan untuk question 'Ya Allah, kenapa Kau uji aku?' instead, bersyukurlah kita kerana dipilih Allah swt untuk diuji. Bukannya ujian tu sampai mati pun kita kena hadap. Most of the cases, ujian tu hanya bersifat sementara. Kan?

Kebanyakan waktu lain, kita berada dalam keadaan gembira, senang, tenang dan bahagia. Hidup sensorang pun bahagia, hidup berdua pun rasa bahagia, hidup sekeluarga pun rasa bahagia. Allah swt akan campakkan semua perasaan untuk kita rasa. Jadi, adil sangatlah kalau ada waktu Allah beri kita rasa sedih itu bagaimana, sakit itu bagaimana, kecewa itu bagaimana, sunyi itu bagaimana, kecil hati itu bagaimana, geram itu bagaimana, benci itu bagaimana, marah itu bagaimana, jatuh cinta itu bagaimana, rindu itu bagaimana, sayang itu bagaimana dan segala jenis perasaan lah yang pernah ditafsirkan dalam dunia ni. 

Unless bayi kecil yang belum sempat mengenali apa itu perasaan dijemput kembali ke sisiNya, mungkin mereka tak tahulah perasaannya. Tapi, forsure kalau meninggal sebab sakit itu, terasalah sakitnya. Kan?

Currently, I am living with no handphone in hand. Hehehe. Memanjang rosak je, menyirap pula rasa. Kebetulan beberapa hari lepas asyik sibuk menguruskan hal keluarga, terus saya lantakkan saja. hehe. But I did make an effort to go to Wangsa Walk, redah hujan, basah kuyup, last-last tak boleh repair sebab: resit hilang dan tukang repair takde. So, malaslah nak stress kan diri, abaikan saja handphone tu buat sementara waktu.

Ummi Abah pun jadi bising because they couldn't reach me like they usually did. Semenjak whatsapp boleh call, kami dok main call-call je.hehe. Tapi semenjak telefon rosak since Isnin, Ummi bengkek je sebab tak boleh call especially when she wanted to get updates on the family matter thingy.hehe. Other than that, she kinda frustrated because she can't get photos of her kittens. Bahaha.

Alhamdulillah bila takde handphone, damai pula hati ini ku rasa.hehehe. Walaupun terasa sunyi tanpa perkembangan dan pot-pet-pot-pet rakan taulan dan saudara mara yang selalunya disemakkan dalam whatsapp group, tetapi kena bersyukur juga sebab kita ada telefon rumah in case of emergency. hehehe. 

Contohnya semalam, lepas balik court dah penat petang-petang tu, bantai tidur sekejap. Telefon rumah kemudian berdering mengganggu tidurku. Katanya: "Hai cik lawyer, tidur ke?". hehe. Sibuk betul kakak kita buat spot-check melalui telefon rumah.hehe. Kalau tak pun kita ada ipad untuk komunikasi melalui message di FB. So kawan-kawan yang agak agak fed up cari cari tak respon tu, mereka carilah melalui FB. Syok juga kan? hehe. Tapi ipad boleh pakai kat rumah je sebab guna wifi rumah. Di luar rumah, kita steady hidup gaya lama-lama. Handbag pon jadi ringan sebab tak payah bawak phone, tak payah bawak powerbank. Steady baq ang.

Cuma kekurangannya ialah kita lambat mengetahui perkembangan-perkembangan penting lah. Apa diskusi pasal usrah pun kita tak pasti. Terpaksa mengendeng info dari usrahmate yang sudi update. 

Paling sadis sekali, apa adik beradik kita gosip pun kita tak tahu.hehe. 

Last point, kalau tak silap artikel saya dalam Majalah JOM! dah keluar dalam isu terkini. Tapi saya pun tak de copy nya lagi. Selamat membaca!

Be happy with your life! :)

Comments

ayunidati said…
We still bole hidup jugak kan kalo tiada hset... betul tu cuma ketinggalan sikit... hihihi
Najlaa said…
Betul tu Ayu. Boleh sangat hidup tanpa handphone. Cuma, boring sikit. hahaha

Popular Posts