101# Kerja sambil libur - Casa Del Rio

Bismillah. Alhamdulillah.

Zaman sekarang ni tak boleh update blog dengan rancak macam zaman kanak-kanak dulu. Tak lain tak bukan sebab masa mencemburui. Gitu.

Last week outstation ke Melaka sebab terlibat dengan Integrity Program. Bukan main canggihlah company pun pilih hotel taknak kalah, Casa Del Rio. First night dinner di Hard Rock Cafe Melaka. Second night Gala Dinner di Casa Del Rio. 

First night tu my boss, my colleague and I chose not to join the dinner at Hard Rock Cafe. Alasan - segan lah tak nak kacau engagement sessionlah apalah. Sudahnya kami pergi makan di Pak Putra. Just walking distance from hotel. Sebenarnya, yours truly yang teringin melepas rindu dengan roti naan Pak Putra tu. hehe.

Lepas tu balik hotel, warga company masih di Hard Rock Cafe. Yelah, company dah bayar untuk semua orang, kita gatal pi makan tempat lain. hehe. Terasa seperti anti-social, my manager decided to go and join the crowd at Hard Rock. Malas lah sebenarnya, sebab bingit. Sebagai wanita yang lemah lembut (muntah semangkuk), jiwa kita memang tak sesuai dengan tempat music kuat macam tu. Terasa tercemar jiwaku.hehe

Dulu masa pergi Dublin pun Kak Yong bawak singgah Hard Rock Dublin untuk jenguk tengok kot-kot nak beli merchandise nya. Masa tu siang, tak ada band pung-pang-pung-pang pun. Cuma ada music yang dia pasang je. Certain people kan macam beriya-iya kumpul T-shirt Hard Rock. Kita setakat pinjam t-shirt orang je. Hahaha. 

Then masa pergi Penang hari tu beriya juga teman Puteri beli t-shirt Hard Rock kat Hard Rock Cafe Penang. Tetapi, sejujurnya inilah kali pertama masuk, dan dengar band dia sekali. Tak tipu punya bingit. Mengenangkan manager ajak je, kalau tak, tak ada maknanya. Kalau lagu yang dia nyanyi tu lagu slow-slow sedap juga dengar. Tapi sebenarnya kita ni kuno, lagu apa dia nyanyi kita pun tak tahu.haha.

Macam tu lah suasana gelapnya.

Pemandangan pintu gerbang Casa Del Rio dari koridor bilik kami. 
Yang best pasal Casa Del Rio ni is the elements of cultural and heritage yang dia install dalam konsepnya. Interesting and unique. Harga biliknya dengar katanya boleh tahan mahal tapi sebab kita ni company sponsor, who cares kan? hehehe. Bilik luas, puas hati lah. Best.

Dalam bilik dia ada sediakan beberapa buah buku untuk pelancong mengenali budaya Melaka. Contohnya seperti buku Kebaya Tales. Saya hanya sempat flip through je sebab tak ada masa. Kita pergi bekerja, bukan bersantai.hehehe. 

Kebaya Tales
And then ada juga buku macam journal yang disediakan pihak hotel di setiap bilik. Kiranya semua penginap bilik tersebut boleh rujuk dalam buku tu komen-komen atau review-review orang terdahulu. Kalau rasa service diorang best, tulislah. Kalau tak pun, tulis je. Kalau nak cadang mana tempat makan best pun boleh bantai tulis juga. Kreatif kan?

Carilah luahan perasaan Pajora di bilik 228. haha.
Second day tu kami sibuk dengan Integrity Explorace dari pagi sampai petang. Penat benar sampai lepas tu bersungguh tidur petang. Sampai bos datang buat lawatan baru kita bangun.haha. Malam tu kitorang ada Gala Dinner. Tengok performances including performances from MMU by MMU Students. Pergh, rasa bangga jadi graduate MMU. haha. Poyo seminit.

The final day tu sebelum balik saya sempat ronda swimming pool area. Penuh sesalan dalam jiwa sebab tak pergi mandi kat swimming pool yang sangat cantik viewnya serta uniknya kerana berkonsepkan infinity swimming pool. Bestlah view sangat awesome. Subhanallah tengok langit. Speechless.

Sempatlah posing sikit.haha.

Boleh baring-baring sambil tunggu suami/isteri mandi kolam, kan?hehe

Pemandangan kawasan hotel dari area swimming pool
There are 2 not so good things about this boutique hotel. One: Makan tak sedap sangat. Two: Customer service tak up to expectation. Macam tak well trained pun ye.

Other than that, semuanya okay je sebab hotel mahal, mewah, company bayar. Kang kata tak bersyukur pula.haha. Kerja pun dapat dijalankan dengan lancar walaupun panas duduk bawah terik matahari Melaka.

Haish. Melaka, I miss you.
Like, really. I do.

Balik KL, sucikan kembali hati. Pening tengok orang goyang goyang kepala dengar band di Hard Rock tak hilang lagi. Aduh.

Dilema dunia korporat. Bahaya. Boleh jadi keparat.
Astaghfirullah.
Allahuakbar.

Comments

Popular Posts