100# - 4 perkara dipelajari
Bismillah. Alhamdulillah.
Jam menghampiri 1 pagi. Saja tunjuk rajin update blog sempena entry ke #100. Nak beli belon sangkut kat blog tak mampu, jadi poyo-poyo rajin pun jadilah.hehe.
Lately quite busy di tempat kerja. Kerja, meeting, kerja luar dan lain-lain. Esok akan ke program di kawasan lain dahulu, dan selepas lunch hour baru masuk ke pejabat. Siang tadi pun sebelah petang keluar pergi tengok rehearsal dan preparation untuk program esok. Rabu sampai Jumaat pula outstation ke negeri hang tuah. Macam sireh pulang ke gagang lah kita ni nanti. Haha.
Yang penting, dalam kesibukan ini kita tetap merindui Ummi dan Abah kita yang sejak poyo-poyo kesejukan, pakai jacket 24 jam dan berposing sokmo setiap kali berjalan. Untunglah boleh holiday.
Tadi petang selepas selesai urusan kerja di luar, saya mengambil LRT menuju KLCC. Seperti yang dijanjikan dengan 2 orang sahabat, saya menunggu di depan Uniqlo dengan tabah dan tidak senang duduk. Handphone saya kekeringan bateri. Komunikasi terakhir hanyalah 'jumpa kau di depan Uniqlo'. Tanpa menyebut pukul berapa secara tepatnya. Sungguh, kali ini saya belajar bahawa ketidak-pastian itu memang menggusarkan hati. (pelajaran #pertama)
Tidak lama selepas saya termenung, puas bersandar di dinding KLCC sambil membawa bebanan beg berisi laptop di belakang dan beg berisi dokumen dan segala harta karun yang dijinjit bersama, mata melilau melihat sekeliling kot-kot kawan kita dah sampai cuma tak nampak kita kan, kemudian terdengar orang memanggil:
"Mek!"
Saya mencari suara yang memanggil. Fuh! Lega. Sampai pun orang yang ditunggu. Saya juga belajar bahawa penantian itu suatu penyeksaan. (pelajaran #kedua)
Selepas itu kami berdua berjalan-jalan melewati kedai demi kedai sementara menunggu sampainya seorang lagi sahabat kami. Kami lalu di hadapan kedai mewah, saya termelalut:
"Haih, bila lah dapat shopping kat kedai mahal macam ni.."
Sambil berjalan, saya sengaja mengintai harga barang jualannya. Kasut RM900++, dress pun lebih kurang harga macam itu. Crazy.
Mengarut betul harga. Masa melalut tadi taklah terfikir harga sampai tahap macam tu. Over betul.
Kemudian saya ajak kawan saya yang seorang itu menemani saya mencari 'USB Cable'. Mencari USB Cable di KLCC, serupa mencari selipar jepun di KLCC. Kalau ada pun, harganya tak seperti harga selipar jepun. Ah! Alang-alang baik kita beli powerbank terus.
So I did. I bought a powerbank walhal sebenarnya niat asal mencari cable sahaja, sebab nak menumpang powerbank kawan saya itu. Akhirnya saya membeli power bank.
So perkara ketiga yang saya belajar ialah, things can be so spontaneous. Macam jodoh, tak rancang pun kalau dah jodoh, jodoh juga. Bahaha! (pelajaran #ketiga)
Tak lama lepas tu, kawan kami yang seorang lagi sampai. Kami makan makan di Sushi King, sempatlah masing-masing berkongsi update tentang kerja dan kehidupan. Kawan yang seorang itu memaklumkan perkembangan bahawa kalau Allah izin, dia akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Sejujurnya saya telah mengetahui berita itu terlebih dahulu berbanding kawan seorang lagi yang baru mendengarnya untuk pertama kali. Cuma saya masih merasa cemburu mendengar berita sama sekali lagi.
"Aku membawa hati yang lara mendengar berita kau ni untuk kali kedua atau ke berapa ntah.. Sampai hati kau meninggalkan aku.."
Ya, itu adalah sebahagian skrip drama yang saya sempat lontarkan. Maklumlah, bukan senang nak menerima hakikat kawan yang sama-sama dah berusia akan memajukan tangga hidupnya dan meninggalkan kita pada tangga yang masih sama.haha.
Dan untuk perasaan yang ini, saya belajar bahawa sahabat yang baik, sayu mana pun rasa yang singgah di hatinya, dia tetap akan bahagia melihat sahabatnya bahagia. (pelajaran #keempat).
Dan, lelaki memang takde feeling feeling sendu macam ni. Memang khas untuk wanita semata-mata. So, toksah nak hek-eleh hek-eleh pulak ye.hehe.
Happy for you, darl!
Alhamdulillah.
Comments