98# Entri yang (tak berapa) puitis.

Bismillah. Alhamdulillah.

So how is life treating all of you? Great? Me too! hehe.

Except for cabaran kerja, everything else seems good to me. Selalu rasa macam nak jadi surirumah je. Kerja bukan tak best, cuma kekadang rajin kekadang malas. Haha. Penyakit.

Semalam tak pergi kerja, MC. Halal punya MC dari Klinik Panel. Rasa bahagia sangat boleh tidur banyak banyak banyak sangat. Bahagia! hehe.

Hari ini pergi kerja macam biasa. Naik LRT, sempit-sempit. Bau ketiak orang, pelbagai jenis kepekatan baunya. Bertabah saja. Betapa Allah mahu kita belajar tentang kehidupan ini bukan tentang kita dan kita semata-mata. Kan?

Banyak sangat kerja pending. Kena tulis artikel lagi untuk Majalah JOM! sebab editor request. Ternganga sebentar sebab idea tengah kering. Nak menulis tentang sesuatu yang berkaitan agama ini kena lebih sikit usahanya sebab kalau tidak pasti akan hukumnya, boleh jadi tersesat pula nanti. Nak menulis perkongsian agama dengan lenggok bahasa anak muda remaja juga ada cabarannya. Tak macam tulis kat blog, selamba redah bersepah-sepah. Hehe. Doakan ye.

Apa-apa pun, sering saya ingatkan diri bahawa bilamana Allah meletakkan kita dalam sesuatu situasi atau keadaan, baik lapang mahupun sempit, baik senang mahupun susah, baik kaya mahupun miskin, baik bahagia mahupun derita, pastinya Allah mahu kita belajar daripada hikmahnya. Dan, hikmah itu kalau sekadar dilihat dari mata mata, barangkali tak terlihat. Maka, perlu belajar untuk melihat dari mata hati. InsyaAllah, bertemulah kita dengan hikmah yang Allah susunkan, untuk kita dalami dan perhati.

Puitis pula entri kali ini. 
Moga Allah swt bantu kita untuk lancar merenangi lautan kehidupan yang kuat ombaknya, yang tinggi badainya. Kerana ombak dan badai itulah yang menjadi pengukur, kuat mana perjuangan kita untuk tiba ke destinasi - yakni Syurga.

Kita, di dunia sama-sama sementara.
Akhir kita antara dua, Syurga atau Neraka.
Moga kita semua berakhir di Syurga.
Ameen.

Comments

Popular Posts