96# Sambal Sardin
Bismillah.
Semalam jadi pengasuh yang sangat berjaya. 3 anak buah datang tidur bermalam di rumah. Entah apalah yang best duduk dengan Ucu. Tapi best juga sebab Ucu ajar main boardgame. Kan? Hehe.
Naik poning Ucu mengurus. Kurus selim melim Ucu layan budak-budak. Kita kemas depa sepahkan. Kita kemas depa sepahkan. Lepas tu kita taknak kemas dah. Haha.
Siang tadi semua balik. Dapatlah kelegaan sementara. Qada tidur sekejap.hehe. Dah waktu petang kita pening fikir nak makan apa untuk dinner? Wajarkah memasak? Atau cukup sekadar beli sahaja? Hehe.
Kita pun whatsapp adik kita. Adik kita is a game freak. Dia terperuk dalam bilik. Kita malas terjah bilik dia. Kita whatsapp jelah senang.
He is a simple guy. Kita tanya nak makan apa sebab kita nak masak. Dia order 'sardin' dan 'telur' je. Wah! Siapa nak kahwin dengan dia? So easy to feed! Haha.
So kita masak sambal sardin, kita goreng telur dadar. Kita hidang sekali ulam tapi dia tak makan ulam tu. So bandar. Konon. And kita buat fresh oren. No don't get me wrong. Kita tak rajin tapi daripada buah oren membusuk, baik kita buat fresh oren. Hehe.
So siapa nak resipi sambal sardin yang kita dah prektis sejak 16 tahun yang lalu, boleh ambil di bawah:
Bahan-bahan:
- 1 tin sederhana Sardin Cap Ayam. Kita pilih yang 'sardin' dan tak suka mackerel. Sebab mackrerel jenis keras sikit.
- 1 biji bawang besar dan 3/4 ulas bawang putih. Blend sekali. Sebab kita tak rajin nak tumbuk. (Selalu kami prepare stok blended bawang dalam peti siap siap. Kalau nak masak senang)
- 1 1/2 - 2 sudu cili kisar / cili boh (beli je senang. Cap Puteri is good).
- Asam jawa.
Cara-cara:
- Panaskan kuali. Masukkan minyak masak agak agak cukup untuk menumis bawang. Jangan banyak minyak nanti kolestrol shoot up.
- Tumis bawang yang dikisar tadi sampai naik bau.
- Masukkan cili kisar/ cili boh lebih kurang 1 sudu setengah (table spoon). Tumis sampai cili tu agak agak dah masak. Kalau cili tak masak nanti sakit perut acane?
- Kemudian, ambil asam jawa lebih kurang 3/4 sudu besar kalau guna asam jawa yang ada biji tu. Masukkan dalam mangkuk/cawan, tambah air ke dalamnya. Kacau-kacau, gaul-gaul guna tangan supaya barulah dinamakan sardin air tangan. Haha. Air asam jawa tu tadi masukkan ke dalam sambal yang sedang dimasak itu. Kacau sehingga sebati. Gitu. Kalau guna asam jawa adabi yang tak ada biji tu, cukup sekadar 3/4 sudu teh je untuk dicampur dengan air. Jangan overdose asam jawa nanti masam terlajak pula. *nota: ada orang tak letak asam jawa, dia letak tomato atau tomato sos. Ikut kome. Kita keep the kampungness sebab kita orang kampung.
- Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Kita tak pernah masak letak ajinomoto atau apa saja kekdahnya.
- And then, masukkan sardin satu tin tu. Kalau taknak pekat sangat boleh tambah air sikit. Kalau banyak sangat air tak best pulak. Cair. Tak malatop.
- Finally kalau nak letak bawang potong untuk siapa yang suka meratah bawang, boleh lah hiris bawang dan campak dalam kuali. Kalau nak pedas sikit, ketuk cili padi dan campak dalam kuali.
Kalau taknak sardin tu cepat habis, belah ikan sardin tu. Kita belah guna sudip je. Dasar pemalas. Haha. Kalau tak belah nanti adik kita melahap macam dia seorang je yang lapar.
Akhir sekali kaut masuk dalam mangkuk. Hidang namanya. Lepas tu makan dengan nasi panas. Sumpah tak tipu sedapnya. Hehe.
Nah kita belanja gambar.
Sekian.
Comments