95# Surirumah vs Career Woman - rethink.



Bismillah. Alhamdulillah.

Phew. Letih. Susah benar jadi suri rumah sebenarnya. Hehe. Jadi career woman seems easier.

Semalam sebelum Mr and Mrs Marqgono berlepas ke Dublin, macam macam pesanan mereka. Abah pesan suruh siram pokok. Jangan sampai pokok mati. Abah pesan jaga MiuMiu (kucing) elok elok. Jangan lupa bagi makan kat MiuMiu. Ummi pesan kemas rumah selalu. Cuci porch kalau kucing berak. And the list goes on. Gosh. Nasib baik Ummi banyak pesan kat my lil brother knowing that how busy I am at work (kononnya). Haha. 

The best thing is, Ummi dah prepare segala bahan mentah dalam peti sejuk, masak je bila rajin. Wah! Pernah ke rajin? Haha.

So malam tadi balik dari airport, Sarra nak ikut. Apalah yang best duduk dengan Ucunya pun tak tahulah. Dia suka main ipad je rasanya. Haha. Pagi-pagi bawak dia pergi makan nasi lemak. Feeling mak mak sangat. Sampai rumah kita suap Sarra dengan games Barbie kat ipad then kita cuci toilet.

Then Marrissa pula datang. Marrissa ni pesen makcik makcik sikit so kita ajak dia tolong jadi suri rumah. Ajak dia vacum rumah, lap cermin. Dengan kaki dia sekali dia lap dengan penyembur tu. Haha. 

Itu pun dah cukup letih. Padahal buat kerja kat ruang tamu je pon. Wahaha. Dasar penggemuk abadi.

Lepas tu kita cuci porch sebab tahi kucing as usual. To be honest, I do not favour the idea of bela kucing. Payahnya menjadi seorang yang bukan pencinta kucing ni. Terseksa jiwa raga kena hadap cabaran ini. I in fact asked Ummi, why don't she packs MiuMiu together with her? Hehe. Bawalah pergi Ireland. I don't want to think about bagi makan kucing, cuci berak kucing, etc. Lebih menyedihkan, MiuMiu sedang bunting sekarang. Suruh Ijam bawa balik MiuMiu ke Melaka kelak tapi dia takmau. So don't tell me that I have to be MiuMiu's most dedicated bidan yang kena jaga dia waktu pantang and tengokkan anak anak dia sekali, okay? Ummi gelak gelak je bila I suspected that MiuMiu is pregnant. Weh. Stress tahu?

Lepas tu my siblings datang melepak. Diorang keluar pergi makan, kita kat rumah konon solehah nak masak pula. Ji semua sebab Ijam yang bangun pada tengahari buta turun bawah tanpa rasa bersalah; "Masak apa Kak Pajora?". Sungguh melukakan hatiku yang pemalas ini.

Ni tengah busuk lepas masak la ni. Hehe. Letih sambil masak sambil juggle layan Marrissa nak sirap lah nak buah oren lah, kejap melawo ambik kasut itu, pakai bedak ini, macam-macam. 

Nanti petang sikit baru kita menghiburkan diri sekejap je? For the time being, kita duduk dengan tenang dan fikir semula.

Adakah benar kita nak jadi surirumah? Hahaha. Kalau tengok drama Teman Lelaki Upahan, bila tengok Kyra Lydia menjadi career woman berjaya, kita rasa macam cool juga lama dalam dunia korporat kan? Haha. Kyra Lydia tak pandai masak. Tahu makan je. Kyra Najlaa up sikit lah. Setakat masak untuk hidup itu boleh lah. Haha.

Ok nak share some photos of my darlings.

And happy honeymooning Mr & Mrs Marqgono! 

Love;
Yours truly.



Comments

Popular Posts