92# His toughest soldier.



Malam itu, hati dia terlalu padat dengan segala rasa yang berkecamuk. Berserabut segala apa yang singgah di mindanya ibarat benang tergumpal teruk yang tak mampu dilerai. Dia bungkam. Lalu tumpah air matanya. Laju bercucuran. Dia cuba untuk melepas marah namun dia tidak pasti siapa yang layak dia marahkan. Dia sedih kasihankan diri sendiri. Benar, perasaan dia benar benar menguji kekuatannya kali ini.

'Istighfar, sabar. Do some exercise, pergi mandi, makan and you will feel better' - itu pesan sahabatnya. 'Exercise at this hour? Dengan bengkak mata? It is so unreal of me to do so', detik hati dia. Dia belum cukup gila untuk menggelakkan diri sendiri begitu.

Waktu hati sedang sarat dengan beban perasaan yang berterabur, dia cuba mencari kekuatan berpesan-pesan kepada diri sendiri. 
Katanya: 'Sabarlah. Allah uji ni sebab Allah sayang. Beruntungnya kau ni. Ini peluang muhasabah diri..'

Perlahan-lahan dia membina kekuatan. Dia kesat air mata. Pipi masih basah. Dia kesat lagi. Pipi basah lagi. Sedih benar dia kali ini. 

Teringat dia pada sahabat sahabat yang sibuk bertanyakan khabarnya setelah dia sunyi dan sepi dari khabar berita untuk sesuatu tempoh masa. Dia sayu. Sayu dalam syukur betapa ramai yang menyedari kelainannya.

'Babe, are you okay? You have been so silent lately. If anything, tell me okay?' - Siti Nurhaliza
'Dear sayang, just wanna let you know that if you need a shoulder to cry on, I am just a call away..' - Fazura
'Saya ada je untuk awak...' - Fahrin Ahmad

Lantas dia bangkit segera dari pembaringan. Kali ini dia kesat air mata yang jarang sekali tumpah itu sungguh-sungguh. Dia mencari cermin di tepi dinding. Tegak berdiri di depan cermin. Bengkak matanya. Dalam dia merenung cermin. Merenung dirinya dalam cermin sebenarnya. Sedih benar dia melihat dirinya sendiri. 

Tak tunggu lama. 
Dia ukir senyum. Paling manis untuk diri sendiri.

Hidup memang tak selamanya indah. Tapi manisnya tetap ada. Mengenangkan bagaimana Allah sentiasa menghantar kasih sayang dan cintaNya melalui ujian dan keprihatinan orang lain. 

Allah gives His hardest battles to His strongest and toughest soldiers. Indeed.

Comments