88# Sebab ada Kyra.

Bismillah. Alhamdulillah.

I am currently living happily without handphone. Alhamdulillah.

Baru beberapa jam tanpa handphone, rasa 'happy' sangat. Handphone masuk bengkel. Dari malam tadi dia tak boleh nak 'on' sebab tak boleh charge. Dah problem about a week, selama seminggu gigih ikat dengan getah bagai untuk charge. haha. Semalam dia betul-betul gone. So tadi masa lunch hour hantar kedai kat KL Sentral and balik kerja nanti baru ambil.

Pagi tadi pergi kerja pinjam telefon Ummi. Sudahnya handphone Ummi pula tak ada kredit (or actually I habiskan kredit dia.haha). I honestly feel so stress bila handphone perangai. Lepas satu, satu. Geram sangat rasa. Tuhan je yang tahu.

Dengan macam-macam perkara yang menyerabutkan kepala, dengan masalah teknikal handphone lagi, ei memang rasa nak buang handphone. But then bila fikir fikir macam mana orang nak contact kita (yang #bajetretis) ni, terpaksa jugalah kita pergi repair. Kalaulah kita ni retis, beberapa jam tak dapat dihubungi sudah cukup buat kita hilang job beribu-ribu. Mujurlah kita ni hanya model picisan. Model nasi lemak sambal kerang depan 7-Eleven Taman Keramat je kita mampu. hahaha. So setakat sehari unreachable apalah sangat, ye dak?

So to release stress sikit, kita tulis blog. Letih otak menghadap kerja sambil melayan perasaan. Mengenang nasib hidup tiada handphone. haha. Poyo sangat-sangat. Meluat betul dengan diri.

Apa-apa pun I am glad that I have Zafirah to teman me to KL Sentral. Thanks, dik. You are my heroin. 

Lepas satu, satu kedai kita masuk. Konon nak survey harga. Lepas tu berangan nak pergi repair kat Wangsa Walk je. Lepas tu bila fikir-fikir balik, malasnya nak pergi Wangsa Walk sebab balik kerja je dah pukul berapa, nak tengok drama Teman Lelaki Upahan lagi, lepas tu pukul 8 baru nak pergi Wangsa Walk ke? Lepas tu pukul berapa siap repair? Atau kena tinggal handphone for another day? Ah. Malas. Hantar je lah kat KL Sentral walau harga macam kena tipu. 

Takpelah. Tipu dosa, mati diseksa. Apek tu kata, 
"Sebenarnya biasa I bagi RM180, tapi sebab you perempuan I bagi RM150 je".
Kemain manis ayat Apek tu. Soalannya, macam mana apek tu tahu kita perempuan? Kalau kita pondan bertudung macam mana? Okay, kita memang perempuan. Kita bukan pondan. Just wondering.

Lepas tu balik ofis, ofismate kata masa dia repair handphone dia dulu, same brand, same problem, dia kena RM50 je. 

Lepas tu kita pun rasa macam nak terjun je Menara Tokmat dari Level 51 ni. Nak marah diri sendiri, tak sampai hati, sebab comel sangat. Nak marah apek tu, tak boleh sebab dia ayat manis sangat. Sudahnya, kita marah handphone tu je. Siapa suruh rosak. 

Takpelah. Rezeki apek tu lah, kot. Lagipun handphone ofismate tu brand je sama, jenis tak sama. Handphone kita jauh lebih canggih (konon). haha.

Petang nanti kita pujuk hati dengan menonton watak Kyra Lydia yang mahal itu. Mujurlah ada Kyra. Kyra bestfriend kita (tetiba jadi bestfriend). Dan sebab nak tengok Kyra la kita malas pergi Wangsa Walk. Kot-kot kalau gi Wangsa Walk dapat baiki dengan harga murah je. Kan?

Tak mengapa. Tak mengapa.
Redha. Redha.

Esok lusa nak duduk dalam gua, taknak pakai handphone dah. 
Membawa diri.
Membawa hati.

Yang tak berapa lara.
Sebab ada Kyra. 

Source curi gambar.


Comments

Popular Posts