79# Tuesday Blues



Bismillah. Alhamdulillah.

So today I am still in my blues mood. Yesterday was my Monday blues and too bad that Monday has passed the blues to Tuesday. Hence I am still in blues mood.

Hari ini saya ambil cuti. Jujurnya ambil EL sebab tak larat nak dengar Abah membebel pasal windscreen kereta yang cracked sejak minggu lepas tapi masih belum diganti. 

Ya Tuhan. Saya berpendapat, memiliki kereta ini memang sejenis beban yang tak berkesudahan. Hehe. 

Dasar kenderaan bukan aset tapi liabiliti. Kan? Bayar mahal mahal setiap bulan tapi kejap kena servis kejap kena tukar tayar (sebab langgar lubang) lepas tu ni kena tukar cermin depan. Semuanya bayar pakai duit bukan pakai daun. Hehe.

Tapi I learnt a lot tau.

Hari ni saya pergi Ambank. Hajat asal nak minta salinan geran kereta since saya tak pasti kat ceruk mana salinan geran kami. Maka, pergilah saya ke Ambank dengan muka innocent. Seronoknya dengan servis yang laju, tak ramai orang, pihak bank sangat mudah urusannya. Saya minta salinan je dia bagi original. Wah. Bangga sekejap. Haha. Moga yang original ni tak hilang kat ceruk tok kun pulak.

Lepas tu saya pergi pusat servis kereta. Saya malas nak pergi bengkel dengan sendiri untuk tukar cermin. Sebab saya bodoh sikit. Makanya saya pergi je pusat servis kereta jenama kereta ni lepas tu saya minta dia uruskan semua pasal nak claim insurance bagai. Mujur insurance hari tu ambil cover windscreen sekali. 

So pihak pusat servis kereta pun sangat membantu sebab memang servis situ sokmo. Dia perlukan salinan geran (yang updated info di belakangnya, jika tiada sediakan bukti pembayaran renew roadtax tu), salinan IC, salinan Lesen Memandu pemilik kereta dan salinan polisi insurans. 

Sediakanlah semuanya kalau berhajat nak claim insurance. Sebabnya, kalau bayar sendiri jadi RM1500 juga campur tint. Tint paling cokia pula tu sebab diriku tak mampu menghabis duit untuk tint mahal mahal. 

Insurance coverage untuk windscreen saya pula cuma setakat RM1000 jadi lebihnya kena tambah sendiri. Menangislah air mata darahpun, kena bayar juga.

Lepas hantar kereta tadi minta tolong Abah ambil naik motor.

Feeling macam Erra Fazira seketika. 
Walaupun Awie ku seperti tua penuh uban di kepala.

Jadi daku feeling Erra. Kan?

Side note: Kena banyak muhasabah diri kenapa Allah uji lepas satu satu macam ni. Windscreen crack tanpa sebab yang diketahui. Kalau Allah nak uji tu, tak perlu sebab Dia boleh uji kan? Rezeki gaji kita untuk bengkel kereta namanya. Syukurlah Allah uji tanda sayang. 


Comments

Popular Posts