78# Tak lepas.

Hari Jumaat. Petang. Laptop aku buka. Cuba menyambung tulis, menyiapkan manuskrip. Misi menghasilkan buku. Konon.

Tapi, gerak jemari aku mati.
Seperti ada satu rasa yang tak lepas dari dada, dari jiwa.
Sesak yang tiada diketahui punca.

Semua rasa yang selama ini disimpan.
Rupa-rupanya mampu menjadi barah.
Terluka dan berdarah-darah.

Ya Latif.
Lembutkanlah hati ini.

Mahu kembali menulis.
Mahu jemari kembali laju.
Bukti aku maju.
Maju yang laju.

Comments

Popular Posts