74# Soalan Serius.


Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ni saya puasa. Lepas tu waktu orang lain lunch tetiba saya ter-bau bau yang mengujakan iaitu bau laksa penang. Dem. Mana datang bau tu? Kwangjaq betul.

Lepas tu nak pergi solat tetiba ada bau macam orang perah limau atas mi rebus. Wei. Sedap nya. Mana datang bau tu? Kwangjaq betul. 

Lepas tu tetiba macam ter-imagine kesedapan meggi asam laksa. Tetiba. Padahal setahun sekali pun belum tentu makan meggi asam laksa. Permainan apakah ini?

And even worst. Tetiba terimagine makanan yang menyelerakan masa trip ke Dublin bulan 9 tahun lepas masa Kak Yong bawa saya tengok lautan yang cantik di Malahide. 

Permainan apakah ini?

Maybe imaginasi diri sendiri je kot, ye dak? 

Takpelah. Sabar. Sabar.

Throughout the weekend rasa macam banyak sangat makan. So I decided to fast today sempena hari Isnin yang barakah. Hehe. Lagipun boleh jimat. Hehe.

Sebab semalam gigih shopping beli keperluan bilik di Festival City and I ended up muflis. Hihihi. 

Poyo waktu shopping. 
Oleh yang demikian, berpuasa hari ini sangat membantu untuk memujuk diri dan nafsu selera makan yang tak masuk akal kadang kadang. 

Ok enough merapu. Soalan serius: nak makan apa berbuka nanti?

PM jawapan. Hehehehe.

Wassalam
Last week's cuba-cuba menu: Kuewtiaw Ladna.

Comments

Popular Posts