#67 Sayang - I love you for 1000 years.
Bismillah. Alhamdulillah.
*Warning: This is going to be a super long entry (kot!). Close the window if you are not ready to spend you time reading semi-beneficial and semi-rubbish writings on this blog. Think thrice. Don't let yourself drown in regrets*
*******
Chey. Warning kemahin. Bajet-bajet Hanis Zalikha sangat. Eh. I mean I still like Fazura.
Hari ni ada satu kerja belum siap. Kena review notis apontah. Semakin hari semakin lesu dan boring menghadap kerja yang kurang challenging. Pergh, kekwatnya kau ni. No, I mean, when you used to be busy with tonnes of workload and now the table is turned from busy to not/less busy, you will somehow feel the emptiness. Gitu.
I have lots lots lots of things in my mind. Rasa macam nak luahkan dan sepahkan segala apa yang difikirkan kali ini. Mengharapkan orang tak hack blog ini akibat sesalan membaca satu per satu lalu diletakkan amaran keras seperti di atas. Kalau rasa letih, mengantuk, emosi di hujung tanduk, tak mampu nak menghadap bebelan panjang-panjang, eloklah tutup blog ni. Sebab blog ini disifatkan sebagai blog syok sendiri dan bajet-bajet personaliti wanita berhijrah dari zaman gelap ke zaman sedikit terang. Bukan blog bermanfaat (atau ada la sikit manfaat. kot korang baca korang sengih. happy dalam jiwa kan). Kalau nak yang lebih lurus manfaatnya, tiada belok-belok, mungkin boleh singgah www.bicaranajlaa.com. Promote tetiba.
So atas 'ruang waktu' yang ada di pejabat barang sejam dua (hehe), saya blog walking. That's my routine. Kalau bukan daily, weekly. I learn about life through human behaviors. Through human's experiences of life. Through their ups and downs. So that I can teach myself how easy to be grateful. And how stupid to be ungrateful.
Actually menjelang 2015 ni, I told myself not to touch on jodoh while writing entries on blogs. Marriage, wedding, engagement, relationship, yada yada - should be out of my list of things to be shared. But this time, saya beri diri saya kelonggaran sebab niat saya menulis panjang-panjang untuk tujuan refleksi dan perkongsian.
Hari tu, lepas berhempas pulas borong barang di NSK, pergi singgah minum buat sejuk tekak dan makan buat lapik perut. Borak-borak zaman remaja di ememyu. Mengimbau. Kawan tu dah kahwin, kawan ni esok bertunang, yang tu dah ada anak, kawan ni sedang mengandung, kawan tu baru putus cinta, kawan ni dah salin girlfriend 7 juta kali. Ah. Macam-macam perkembangan. Hampir lost track. hehe.
Cerita punya cerita, borak punya borak, lantas dia berkata:
"Kau bila nak kahwin?"
Senyum. If only I have answer for that very high level question.
"Kau tahu tak, kitorang selalu bila borak borak pasal kahwin, semua cakap tak sabar nak tunggu kau kahwin. Semua nak congratulate suami kau nanti. Sebab berjaya ajak kau kahwin! hahahaha!", dia sambung then bantai gelak.
Saya reply, "siot. motif sangat kan korang?". Senyum.
Lihat gaya bahasa. Gaya bahasa tak pukul rata ye. Bergantung dengan siapa saya berkomunikasi. Dengan naqibah, tidak ku kata 'siot'. Minta tazkirah 5 jam namanya.
Come to think about marriage life, as a normal human being, gua nak kahwin. Siapa cakap atau speculate gua taknak kahwin, siap! haha. Betapa dulu masa hingus masih meleleh, ku ingin berkahwin dengan lelaki yang pandai main gitar, boleh menyanyi dan menyanyikan ku lagu Belaian Jiwa di tepi pantai di bawah cahaya bintang. Over. Geli benar memikirkan impian zaman hingusan. Haha. Sekarang tidak lagi! Nyanyi sedap pun tak guna kalau solat huru hara. Hiks.
Apa apa pun saya sering ingatkan diri, that I am subjected to Allah's plan and decision. Jadi, berserah diri kepada Allah ialah perkara terbaik yang layak saya lakukan sebagai seorang hamba. Siapalah yang boleh menjamin bahawa bertemu jodoh awal itu akan kekal selamanya sampai mati dan seterusnya Syurga? Dan siapa pula yang boleh menjamin yang lambat berkahwin itu akan sengsara lebih lama dari yang terlebih dahulu berumahtangga? Dan macam-macam lagi lah. Boleh bezakan sendiri rutin orang dah kahwin dengan rutin orang belum/tak kahwin.
Hakikatnya tak ramai yang tahu that I had failure in a plan to put myself in a secure position to get married earlier, and ada yang speculate that I may have no interest to get married (sebab diorang tengok kita busy ke hulur ke hilir buat benda yang kita suka), I am not really disturbed with what people says or what people thinks about me. But I did felt disturbed with the memories and tragedies. Kekadang je la. Masa benda baru-baru lagi jadi. Macam keliru, fikiran cakap redha dan moved on, hati macam masih sesat in the middle of nowhere. Adatlah, manusia species pelik. hehe.
Tapi dalam situasi macam ni, apa yang paaaaaling penting ialah belajar untuk bersyukur. Ujian, walaupun berat dan pahit, belajarlah untuk bersyukur dengannya. Sebab Allah swt berikan kita sesuatu bersebab. Dan dengan asbab kesyukuran kita, kita nampak hikmahnya. Sabar itu pun iya juga. Kita ni kena jadi orang yang sabar dan solat. Allah nak test level of iman, hence He tests us. That's the formula.
Saya jadi blogger level picisan dah lama. I do blogs walking pun dah lama. Bila baca blog orang kita sempat mengikuti waktu bahagia dia yang paling berbunga, juga waktu sedih dia yang paling mencucuk. Sebab diorang suka share. Kita baca.hehe.
Untuk blogger yang sifatnya suka memblog segala benda (like how I used to be hehehe), memang banyaklah perkongsian ceritanya.
So from them, I learned. Ada yang bercinta - bahagia, kahwin - bahagia, pregnant - bahagia, dapat anak - bahagia, suami buat hal - emosi serabai, berpisah dengan suami - horror, terpaksa bergilir jaga anak dengan bekas suami menyebabkan emosi seorang ibu menjadi resah kerinduan - emosi serabai kembali. Berpisah dengan suami pada usia yang muda, mungkin belum mencecah usia 30 tahun pun. Menggalas status yang tiada wanita mahu menggalasnya adalah satu cabaran.
Maka yang masih single ini, wajiblah bersyukur. Berkahwin itu bukan penyelesaian kepada segala cabaran. Mendatang, cabaran lagi dahsyat menanti. As at now, saya agak rajin menelurusi hidup wanita-wanita muda yang bergelar Kak J(s) melalui blog-blog mereka dan setakat skill blog walking saya yang super hebat (riak), at least ada 3 bloggers yang mengalami zaman kejatuhan rumah tangga di usia muda.
Seorang - berkahwin, bercerai, anak seorang.
Seorang - berkahwin, bercerai, anak dua orang.
Seorang - berkahwin, bercerai, tanpa anak.
So far, persamaan yang saya lihat pada mereka adalah - masing-masing lebih faham tentang apa itu kepentingan mendekati Tuhan, mendahulukan cinta Tuhan sebelum mencintai yang lain-lain, tanggungjawab dan amanah sebagai manusia yang hidup di muka bumi. Although ada juga sisi-sisi sedih dan royanan mereka turut ditunjukkan kadangkala, tetapi ujian yang mereka hadapi dahsyat maka layaklah mereka beremosi kadangkala. Adillah kita terhadap mereka.
Tak cukup dengan belajar tentang kehidupan daripada bloggers lain, saya juga bermuhasabah diri dari pengalaman teman-teman lain dalam perhubungan. Tak tahu kenapa tapi beberapa bulan kebelakangan ini saya sering mendengar cerita tentang kegagalan perhubungan dari orang sekeliling.
Kenalan 1 - Putus tunang menjelang beberapa bulan perkahwinan. Persediaan perkahwinan pun macam-macam dah diusahakan. Jodoh tak sampai. Kencundang. Tapi beliau bangkit dengan style!
Kenalan 2 - Putus cinta setelah banyakkkk tahun bersama. Jodoh tak sampai. Mungkin si lelaki berubah selera. Haish.
Kenalan 3 - Bercerai dan hubungan sangat keruh dengan bekas suami sehingga diugut-ugut.
Kenalan 4 - Bercerai dengan suami dan sering diganggu dengan perangai-perangai pelik isteri baru kepada bekas suami.
Dan banyak lagi. Tak masuk lagi yang kisah kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan yang sempat singgah di telinga, untuk saya jadikan pedoman.
Maka, wajiblah saya bersyukur akan nikmat kehidupan saya secara keseluruhannya kerana Allah tidak atau belum menguji saya ke tahap yang paling berat itu.
Ada juga orang yang sudah puas menderita dan kecewa bertahun-tahun dan akhirnya Allah swt datangkan dia dengan jodoh yang subhanallah, dia sendiri tak sangka. Terus hidup bahagia, mendekati Tuhan sedekatnya, dan syukurlah.
Banyak. Banyak sangat kisah kehidupan manusia sekeliling yang wajar kita jadikan iktibar dan pedoman. Hidup bukan untuk bercinta atau berkahwin semata-mata. Ianya lebih daripada itu semua.
Pokok pangkalnya, asas hidup ini adalah untuk i) beribadah kepadaNya dan ii) menjadi khalifah di bumiNya. Andai tak atau belum berkahwin tetapi berjaya menjalankan dua misi hidup ini sebaiknya, bersyukurlah. Moga-moga ada ruang kita di Syurga kelak, walaupun tanpa pasangan di dunia.
Andai berkahwin, bahagia, suami kacak-baik-hensem-kaya-macho-bergaya-yadayada tapi lalai dek kebahagiaan itu sehingga tak tertunai misi beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di bumiNya, maka sia-sialah kebahagiaan itu. Hanya kekal di dunia, tak terbawa sama untuk bekal akhirat sana.
Tetapi kalau dapat jalankan kedua-dua misi itu bersama pasangan yang halal dan keluarga yang cintakan Tuhan, itu lebih baik.
Tetapi kalau dapat jalankan kedua-dua misi itu bersama pasangan yang halal dan keluarga yang cintakan Tuhan, itu lebih baik.
Source: Petitemawaddah |
"Eleh, kau belum kahwin sebab tu kau cakap cemtu. Jeles cakap jelah!"
Well, you can say that. Other people can say that too. Apa yang penting, kita kena minta sungguh-sungguh pada Allah swt agar diberikan kita kefahaman agama yang sebaik-baiknya. Agar setiap tingkah laku dan tindak tanduk kita dalam menjalani kehidupan seharian tidak menyimpang. Berapa ramai yang dikurniakan rezeki kaya raya, anak ramai, isteri cantik, kerja bagus, diberi pangkat dan nama, senang cerita dia miliki segalanya yang orang lain idam-idamkan tetapi hanyut dengan keduniaan.
Berapa ramai juga yang tidak punya apa-apa, tapi hanyut juga. Kerana jadi hilang pedoman dan percaya kepada kuasa Tuhan. Pun ada.
Kita boleh pilih, kita nak letak diri kita di mana. Pilihan kita menentukan usaha kita. Dan usaha kita insyaAllah menentukan pengakhiran kita.
"Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah."
- Surah Al-Muzammil 73: ayat 11 - 14
Kebetulan pagi tadi tadabbur Surah Al-Muzammil. Sumpah lutut goyang, jantung kencang bila baca peringatan-peringatan Allah. Ini bukan cerita main-main. Allah dah pesan banyak kali dalam Quran. Kita pilih nak belek, nak faham atau tidak. Kita boleh juga pilih untuk abai tapi jangan ralat kalau keteringinan kita ke Syurga kelak pun diabaikan Tuhan. Dosa pekat sangat. Nauzubillah.
So coming back to hal perhubungan tadi, I can tell that it is not a simple task untuk berlapang dada dan tengok je orang lain semua kahwin beranak pinak, upload gambar bahagia dengan suami/isteri dan anak-anak dan cucu (over kan hehe) di segala laman sosial, sedangkan kita rutin kita bosan gila. Balik kerja, makan, tidur. Pergi kerja, makan, hadap komputer. Weekend pergi breakfast kat luar, pergi window shopping, kemas rumah bila rajin, masak atas permintaan (sahaja) yada yada.
Tetapi.
Kita yang pilih nak berlapang dada atau nak bersungut.
Kita yang pilih nak berlapang dada atau nak bersungut.
Nak bahagia atau sengsara dek emosi meragam yang tak habis-habis.
Nak senyum atau nak buat muka masam mencuka.
Nak hadap ujian/masalah/cabaran atau nak lari darinya which later will definitely pop up again and again without fail.
As for me, I choose to be happy. I choose to be grateful for what I have and for what I don't have. Be grateful is the best thing that I could do.
"Ayat kau macam pasrah gila siot! Kamon Ostajah! Kamon!"
Haha. Funny.
Satgi kang kalau aku buat ayat bunga-bunga terawang-awang jatuh cinta, hanyut dibelai emosi nan indah yang membahagiakan kau pengsan pulak. Sebab kau tak pernah tengok aku jiwang melebihi kelaziman kan? So, jangan mintak. haha.
So yeah. Harapan saya agar tahun 2015 ini menjadi istimewa dengan cara tersendiri seperti tahun-tahun sebelumnya. Setiap tahun adalah istimewa yang takkan ada satu tahun pun yang saya tak cherish memori-memorinya. Baik jatuh atau bangkit. Baik gagal atau berjaya. Kalau tak jatuh dan tak gagal dan tak buat silap, I would not be as who I am today. A petite lady with super cool attitude. Bahaha!
Erm side note yang lain ialah pesanan kepada diri sendiri untuk lebih bersungguh memenuhkan dada dengan ilmu dunia dan akhirat. Ilmu agama perlu disedut banyak banyak. Sebab hanya pegangan agama yang dapat membantu kita agar tak sesat dalam selok belok permainan dunia. Allahurabbi.
Sentuh sikit pasal proses memperbaiki diri. I was once a naughty kid who thought she has the coolest way of life. Malas nak explain seberapa nakal dan tak semegahnya perangai dulu tapi kita tahu busuknya kita sendiri dulu dan definitely Allah tahu. Dan semestinya malu.
But that was many many many years ago.
I live, I make mistakes, I learn.
Sebab nakal nakal dulu, saya tak marah tak salahkan sesiapa bila sesetengah perkara yang saya hajati, saya tak dapat.
Sebab saya tahu, saya kena 'bayar' salah silap saya dengan kegagalan mendapatkan apa yang saya inginkan.
Nakal dan bodoh - dulu.
Kurang nakal dan bijak sikit - sekarang.
Last but not least, saya selalu ingatkan diri yang Allah swt akan letakkan kita di tempat yang paaaaling sesuai buat kita.
Walaupun nampak macam sadis nya kita diletakkan di sesuatu keadaan atau tempat itu. Rasa macam Allah tak sayang aku ke? Tapi lepas-lepas tu, renung diri dalam-dalam, baru nampak yang inilah tempat terbaik untuk kita.
Akhir sekali, tips untuk bahagia dan tenang jiwa dari saya:
- Berlapang dada dan bergantunglah kepada Allah swt semata-mata.
- Bacalah Al Quran dan fahamilah maksud di sebaliknya.
- Solatlah dan dapatkan manfaat darinya.
- Jangan meminta-minta kecuali minta dari Allah di samping berusaha bersungguh-sungguh.
- Cari bahagia dari dalam diri, bukan pada orang lain atau sesuatu yang lain.
- Jangan pedulikan apa orang kata, tapi fokus kepada bagaimana Allah swt menilai kita.
- Ajar diri untuk ringan tulang untuk berbuat kebajikan walaupun hanya dengan memimpin orang buta melintas jalan.
- Ajar diri untuk sering berterima kasih dan meminta maaf kepada orang.
- Penuhkan dada dengan ilmu agama dan ilmu dunia. Kuncinya - paksa diri untuk membaca dan membaca.
- Be humble. Be yourself. And be happy for being yourself.
Source: Petitemawaddah |
Told ya it's a long entry. If you are tired of reading this, I apologize for causing your tiredness.
May Allah swt grant us paradise, forgive us, delete our sins from the left book and consider every good deeds that we do. May Allah swt shower all of us with His love and mercy endlessly. And may Allah swt allows us to be married to a person who loves Allah swt more than anything else in this world and may such marriage remains blessed until akhirat.
Semoga kita berkasih sayang kerana Allah swt.
Semoga kelak boleh ku nyanyikan lagu bertajuk Thousand Years (yang sedang didengari ini, hence the title of this entry) secara live di hadapan suami dan anak-anak. Bahaha!
Semoga kelak boleh ku nyanyikan lagu bertajuk Thousand Years (yang sedang didengari ini, hence the title of this entry) secara live di hadapan suami dan anak-anak. Bahaha!
Wassalam
Yours truly;
Pendiam dan pemalu.
Comments