#68 Kerbau.

Bismillah. Alhamdulillah.

Mari belajar - ini adalah sejenis haiwan bernama Kerbau.

Sumber: Google

Pagi tadi dapat call dari kawan memaklumkan kawan kami kemalangan.

"Weh, Kim accident eh?", dia tanya.

Sedikit terkejut dan kurang pasti dengan info tersebut kerana memikirkan yang kawan saya yang dikatakan mengalami kemalangan itu sedang berdarah manis. Majlis kahwinnya sekitar 2 minggu dari sekarang. Biar betik?

"Nanti aku call housemate dia jap nak confirmkan info kau ni. Papehal aku call kau balik" - itu kata saya selepas beberapa saat perbualan. Kadang, tak artis pun jadi bahan gosip.hehe.

Saya kemudiannya call junior saya yang saya tahu sebagai housemate kepada kawan saya yang dikatakan kemalangan tersebut. Selepas berbual beberapa minit dan dia sahkan berita tersebut, termenung sekejap saya.

Betullah, darah manis ni banyak dugaannya.

"Dia dengan adik dia on the way balik KL malam tadi. Accident langgar kerbau yang mati tengah jalan"- sedikit latar belakang berita yang saya dapat dari housemate mangsa kemalangan.

Saya tanya, "diorang yang langgar kerbau sampai mati atau kerbau tu memang dah mati tengah jalan then diorang langgar?"

"Kerbau tu dah mati tengah jalan. Diorang tak nampak, diorang langgar" - jawab junior saya itu.

Haish. Bahaya weh. Bahaya. Bawak kereta elok-elok. Baca doa, selawat, bertenang. Sudahnya kawan saya dimasukkan ke Hospital Temerloh sejak kemalangan semalam. Diberitakan awalnya dia tak sedar, kepala ada sedikit cedera. Hanya pagi tadi dia sedar. Alhamdulillah.

2 weeks into a new life and today, she is resting in the hospital. Allahu, moga dia lekas sihat.

Entah apa la perasaan tunang dia mendengar berita bakal isteri kemalangan dalam keadaan majlis lagi 2 minggu. Gue tak bisa pikirin. Aduh.

The best part is adiknya yang turut berada dengannya waktu kemalangan pun bakal berkahwin satu majlis dengannya. Kiranya dua dua bakal pengantin perempuan terjebak lah ni. Cuma dengar khabar, adiknya tak warded. Allahu.

Sejam lalu housemate dia whatsapp saya gambar Kim duduk tersenyum dengan muka pale atas katil hospital. 
I have nothing much to say other than; "Kim, you are a real fighter!".

Syafakillah, Kim. Moga lekas sihat, lekas cergas, boleh prepare majlis kahwin-kahwin dengan jayanya.
May Allah swt ease!

Ameen.

p/s: Pesanan penaja - drive carefully people!

Comments

Popular Posts