#65 Tiring yet satisfying
Bismillah. Alhamdulillah.
Hari ni sedikit penat tetapi bersyukur sebab banyak misi selesai walaupun ada yang tak selesai. hehe. Bersyukur itu wajib. Baru Allah swt tambahkan lagi nikmat, lagi dan lagi dan lagi.
Pagi tadi sempat pergi daurah. Tapi sekejap je. Oleh kerana naqibah dah berpesan kepada anak-anak usrahnya untuk menambah ilmu ke daurah, maka pergilah diriku walau saorang diri. Saorang gitu. Ceramah berkenaan kematian.
Duduk dengar sekejap je sekitar sejam, lepas tu cabut. Sebab banyak misi perlu dibereskan. Tapi untuk waktu yang sekejap tu, adalah sedikit sebanyak ilmu yang dapat dikutip. Antara bait-bait pesanan Ustaz tadi, katanya, ramai orang melihat kematian sebagai pengakhiran kepada segalanya. Especially orang yang sakit teruk, dia rasa macam "mati lebih baik dari hidup terseksa". Itu contoh je lah. Tapi hakikatnya, kematian ini hanyalah jambatan yang menghubungkan dunia dan akhirat. Kematian ini ibarat memasuki pintu gerbang ke akhirat. Macam bukak pintu tu, tadaaa. Akhirat.
Takut tak?
Lepas tu Ustaz ada touch tentang adab merawat orang sakit. Merawat tau, bukan melawat. So, feeling feelinglah macam jururawat. Antaranya, wajib bercakap benar. Kalau keadaan pakcik tu dah tak ada harapan, jangan dibohong cakap "Pakcik okay je, steady. You will survive lagi 15 tahun". Then, perlu menasihatkan pesakit. Andai pesakit tidak menunaikan solat, nasihatkan dia untuk solat. Kadang-kadang kita, kaki terseliuh berbalut sikit tak nak solat. Walhal rukhsah solat kan ada untuk yang berkeadaan darurat. Lepas tu kena tepati janji dengan pesakit. Kalau doktor dah janji nak datang review pesakit pukul 4 pagi, kena tepati janji. Jangan bagi janji palsu. Berdosa hukumnya. Kecuali kalau ada urgent matter contohnya ada pesakit yang lebih darurat yang memerlukan perhatian segera.
Lepas sejam Ustaz berceramah, dia kering tekak, dia take a break. For half an hour. Gua pun apa lagi, cabut. haha. Pergi ke Jalan TAR pula untuk misi mencari barang sumbangan untuk mangsa banjir. InsyaAllah akan bergerak ke Kelantan pada hari Jumaat, maka hari ni terhegeh-hegeh pergi cari barang.
So dapatlah borong tuala, kain batik, dan sejadah. Dah la seorang diri. Nasib baik boleh kaw-team dengan abang Mydin. "Bang, saya tinggal barang kejap ye. Nak pergi ambil kereta". Tu ha, kereta jauh habaq ang. Tak cukup kudrat nak angkat barang berkoyan-koyan. Tengah jalan kaki nak pergi ambil kereta, nampak kedai yang jual telekung elok, dapat harga kaw-team, borong je lah. hehe.
Lepas tu drive menonong nak pergi Shah Alam. Gambar konvo Master hari tu tak collect lagi. Dah berhabuk agaknya kat studio tu.haha. Dah halfway baru teringat, "entah-entah kedai tu tutup on weekends". Maka, berhenti tepi jalan (off course kat tempat yang selamat la), call nombor studio tu. 2 kali call tak angkat, sohih lah kedai tak bukak. Patah balik menuju Keramat/Ulu Kelang.
Sadis kan diriku?
Lepas tu teringat, ku ada 4 pasang kasut yang hendak di-repair yang dah memang ready dalam kereta. 4 pasang untuk di-repair. Yang tak perlu di-repair entah berapa pasang ntah. Banyaknya kasut aku. Mangsa banjir nak kasut tak? hehe.
So pandulah saya menuju Giant Ulu Kelang sebab Abah dan Ummi kata, kat tepi Pizza Hut situ ada tukang kasut. Worait. Cantik. Hantar 4 pasang kasut, 3 untuk gam dan jahit tapak, 1 untuk tambah tapak kat tumit je. Bayar RM40. Mahal juga tapi lebih murah dari kos beli kasut baru. hahaha. Kalau beli kasut lagi, bukan takat keluar duit, air mata pun keluar sebab nanti Ummi bebel tak henti-henti. Melainkan kalau ku bijak sorok kasut. haha.
Lepas tu singgah Setiawangsa, Ummi teringin nak makan nasi kukus ayam dara. Actually kan tak boleh dipanggil teringin. Sebab kalau 3 kali seminggu makannya, teringin ape! haha. Itu namanya obses. Bukan obes, tapi obses.
Balik rumah, solat, betulkan urat. Bukak laptop, start mengarang artikel.
Kesahnya, tengahari tadi masa tengah bergelut memborong barang, naqibah ku whatsapp. Beliau meminta tolong untuk daku menulis artikel untuk Majalah JOM!, keluaran syarikatnya. Dalam terkocoh-kocoh dan huru-hara, sempatlah reply walaupun lambat dan daku tanya, "due bila kak?". Ku bayangkan lagi seminggu.
Katanya; "Esok boleh tak?".
Telan air liur. Daku cubalah.
At least tak seteruk zaman chambering dulu. Dulu kalau lawyer bagi kerja, tanya dia "when is the due date?", dia akan jawab "yesterday". Lagi sakit jiwa.
Makanya, tulislah daku akan artikel itu dengan gigihnya sampai sakit-sakit belikat (over!) dan demi menghilangkan sakit belikat, daku menaip blog ini pula. hahaha.
Mula-mula ingat nak start menulis artikel malam ni tapi selepas dicongak-congak nanti malam nak rehat, esok nak kerja, nanti kang tak sempat siap yada yada, teruslah bukak laptop, perah otak there and then. Naqibah bagi few topics untuk dipilih dan ditulis. Tapi, daku memilih yang paling hangat waktu ini. KPOP. hehe.
Nanti, untuk isu Majalah JOM! yang depan, sila beli dan baca. Baca semuanya sebab belum tentu artikel ku ada dalam isu depan. hahahaha! Tapi insyaAllah ada lah untuk isu yang depan sebab kalau tak, tak de lah naqibah minta se-urgent-nya. *perasan*
Menjadi penulis ni memang cita-cita. Sebab tak sabar nak jadi suri rumah. Tapi yang berpendapatan sebagai penulis. Tapi sura belum ada. Dan kalau ada sura pun belum tentu boleh jadi suri rumah. Jadi, beranganlah kau bedah!
Kalau nak jadi suri rumah, apa pekdah kau buat Masters semua?
Pekdahnya, aku dapat berkenalan dengan lecturer dan kawasan kampus UM!
Hehehe. Ok. Tak kelakar.
Allah letak kita di sesuatu tempat pasti bersebab. Bukan sia-sia. Banyak yang dipelajari sepanjang pengajian Sarjana di UM. Tiada apa yang disesali. Sok lusa bila jadi suri rumah, boring-boring, boleh apply nak mengajar pula. Tak dapat jadi pensyarah, dapat mengajar kat Pusat Tuisyen Prima milik Ijah Ajura pun okay! haha.
Gua syak Ijah Ajura baca blog ni sebab semalam dia mention, "Budak ni jubah dia stok-stok Modvier" - masa dia tengok gua anggun pakai jubah merah pergi kenduri kawan sekolah rendah yang entah dah berapa ribu tahun gua tak jumpa. Gua bajet bajet Fazura main senyum senyum sengih-sengih lambai dari jauh je sebab gua segan. Manakal dia persis Cik Kiah pakai kebaya meletop. Memang persis duta Keramat kebanggaan semua guru khususnya Ustazah Azamah. Hiks. Anyway, jubah semalam gua tak beli kat Modvier. hahaha.
Okay. Sikit lagi Maghrib. Gua nak intai website www.quran.com yang awesome sangat ni. Dah lama tak jenguk walau dah bertahun link dia di bahagian tepi blog gua ni.
Kesimpulannya, today is a tiring day yet satisfying!
Wassalam.
Comments