#64 Mari Belajar Sains 2
Bismillah. Alhamdulillah.
Merujuk kepada entri Mari Belajar Sains yang sebelum ini, jenuh kan kita belajar gallbladder itu apa dan gallstones itu apa. Hehe. Hari ini kita cerita sikit penjagaan kesihatan menerusi pemakanan.
Semalam blood result dah keluar. Dan ternyata, kadar cholesterol tak boleh masuk akal walaupun berat badan cetoet 46kg.
Everything else was good and clean and clear except for ESR reading which is due to my allergy and Cholestrol was high due to unhealthy intake of food and lack of exercise.
Contohnya seperti hari ini, pagi yang indah ku bazirkan dengan bersantai di dalam bilik. Baca maathurat pun sambil golek golek. Perangai langsung tak membakar lemak. Hehe. I mean, cholestrol.
So masa review blood result semalam doktor bulatkan column 'age'. Umur awak baru 27 (as at 2014), tapi cholesterol awak ni.. What is your plan?
Erm. Stop eating nasi lemak and start a healthy living again.
Hehe. Then directly jumpa dietitian di bilik sebelah. Kisah apa semua company bayar kan. Haha.
So dietitian berkongsi ilmu:
Yang banyak kandungan kolestrol khususnya adalah daging dan seafood dan telur. Makan daging dan seafood cukup sekadar sekali dalam 2 minggu atau mudahnya 2 kali sebulan.
Kau mampu? Haha. Mana nak sorok udang dan sotong dan lala dan ketam kegemaranku? Redhaaa.
Manakala telur ayam, cukup sekadar limitkan 3 biji seminggu. Especially kalau ambil telur kuningnya sekali. Jika hanya telur putih, it should be fine.
Walhal egg york tu lah yang sedap especially bila digoreng telur separuh masak. Bila egg york cair dalam pinggan, rasa penuh teruja nak melahap nasi lemak. Malangnya, tidak boleh lagi.
Ayam dan ikan is good to take tapi on alternate basis. Avoid makan ayam dan ikan dalam satu pinggan. Maknanya kalau lunch makan lauk ayam, dinner makan lauk ikan. Jangan dilahap sekali.
Kalau ambil nasi, sayur dan serat dibanyakkan seperti separuh pinggan. Sebaiknya makan buah juga.
The best part is, "saya rasa awak ni kalau exercise 30 min sehari, your cholesterol count should be fine".
Gitu positifnya. Juga sentapnya. Tau sangat aku tak pergi exercise. Kelak daku mula meloncat loncat di dalam rumah, sakit dada plak Ummi melihatnya. Apekehe anakku terkinje kinje ni. Haha.
So nasi lemak masih boleh makan cuma make it your treat day, katanya. Once a week cukup. Avoid telur. Nangis.
Alternative to nasi lemak, makanlah bihun, roti, oats, barley. Banyaklah kau. Mana kenyang. Haha.
Tapi bagusnya dietitian ni, dia cakap "Saya taknak awak cut food intake awak sebab awak dah ringan. Nanti lose weight tak bagus pula. Cuma selection of food je kena observe".
Thanks kak for acknowledging that I am slim as usual. Hahaha. Selain daripada itu dietitian ada sarankan aktiviti senaman indoor yang boleh dilakukan dalam rumah. Antaranya punch. Hendak ku tumbuk tumbuk siapa di dalam rumah ini ya. Hehe.
Itu sahajalah. Lagi 6 bulan akan ku semak semula kadar cholesterol ku. Pasti cun melecun mengalahkan Fazura.
Namun pagi ini ku beroleh nama baru. "Cik Choley Cik Choley!" laung Ummi ku ketika mahu meredah bilikku.
Ahai. Manja betul nama itu. Thank you Ummi ku. Jangan masak macam macam lagi okay.
Jadi pagi tadi breakfast apa?
Secawan Vico dan Roti Banggali Cicah Kari. Serta kaki ayam sepasang. Sepasang kau. Haha.
Petang karang I jogging. I promiseeee.
Comments