#63 Al-Jubah(s)
Bismillah. Alhamdulillah.
Untuk menutup aurat dengan baik, banyak juga pelaburannya. Beli stokin, beli sarung tangan, beli tudung besar/labuh sikit, beli baju longgar/labuh sikit, beli jubah banyak banyak banyak.
Akhirnya, jadilah sejenis penyakit. Penyakit gila jubah. Hehe.
Paling seronok bila zaman membeli sekarang ni dipermudahkan dengan pelbagai bisnes dalam talian. Yang menjual jubah dan tudung sahaja, masyaAllah banyak tak terkata. Hehe.
I personally do not favour buying online. Why?
First because I do not know how to choose if I don't see it in real and physical touch.
Second because I am afraid I get the bad quality of things.
Third because I am an old school type of consumer. Hehe.
Tapi pernah lah mencuba membeli online. Pernah membeli jubah RayyanHaya few times sebab tokeynya adalah junior saya di MMU. Beli pun tak ikut prosedur jualan, hanya whatsapp beliau je. Kemudian transfer duit online, inform dia, tadaaa. Dapat. Hehe. Mula-mula membeli nak mencuba je. Kemudian dah tau dan seronok dengan kualiti, order lah lagi. Hehe.
Saya juga ada membeli jubah lain brand Elzaritha. Jubah A shape dia best. Yang beli mula mula kakak saya. Dia punya fanatik sampai dia ada 20 jubah sama berlainan warna. Okay 20 tu mungkin over lah tapi I believe she has a lot like really a lot. So she introduced me to Elzaritha. Saya tak pernah order sendiri. Kalau beli, through kakak saya. Hehe. Servis sampai depan pintu rumah yakni kakak sendiri pas kan. Hahaha.
Selain itu saya pernah membeli dua pasang boots secara online. Dijual oleh FashionRepublic. Beli setelah jakun dan teruja dan setelah melihat review yang positif.
Dan saat entri ini ku tulis, barulah ku sedar betapa banyak sebenarnya yang daku beli. Hehe.
Hari tu RayyanHaya buat sale. Lagi banyak beli, lagi murah. Kalau beli sampai 15 helai, dapat harga jubah rm60 sehelai. So murah. Jadi si Sobiroh menghasut. Belilah. Belilah.
Demi mendapatkan harga murah, kami kempen di whatsapp group Gegadis Manja kami 'siapa nak beli cepat order. kapaten akan orderkan'. Padahal kapaten dah plan nak redah di luar prosedur. Nak whatsapp bos dia je. Gunakan kuasa sebagai senior.haha. Al hasil, kami berjaya order 15 helai jubah. Dapatlah harga murah. Hehe. Al hasil juga, kapaten punya jubah je dua pasang. Haha.
Last week, saya pergi Chow Kit dengan Sobiroh untuk cari plastik nak pack baju sumbangan. Lepas beli, saya ingat nak terus balik. Tapi Sobiroh kata, "jom pi minum kopi sat. kalau dapat Churros sedap nih".
Menjadi sahabat yang solehah, saya pun menukar hala pemanduan. Konon nak gi cari kedai kopi yang jual churros. Hipster sangat selera di hujung minggu. Gigih benti kereta tepi jalan sat, Googlelah 'best churros in KL'. Google je jemah oi. Semua ada. Hehe.
Lepas tu dapat suggestion untuk pergi kedai kopi nama PCLO di Bangsar. Lokasi, sebelah butik Modvier.
Ha kau, sebut Modvier je terus kami sengih. Inilah butik impian yang tak pernah kami jenguk. Hehe. Alang alang sangat ni. On GPS, cari Modvier. Kat Bangsar je pun.
Sesampainya kami, dah nampak kedai kopi tu, tanya je bukak ke tak. Dia kata je bukak, kami pun terus masuk Modvier. Hahaha. Bukan terus minum kopi, terus cuci mata kenyangkan napsu dulu melihat jubah yang ohsemnya. Hehe.
Kopi tu kami hold dulu. Lepas cuci mata baru nak minum kopi. Tetiba dalam tentatif ada terselit 'cuci mata tengok jubah' kan padahal tujuan asal nak minum kopi dan makan churros. Perangai tak senonoh.
The best thing about Modvier is, di bawah satu bumbung, dia ada brand jubah yang pelbagai. Ada brand Love to Dress, Bella Ammara, Calaqisya, Imaan Boutique, Jubahsouq, Farah Iskandar, MMBasic dan banyak lagi. Tak ingatlah. Memori dalam kepala ni limited. Ampunn.
Lebih best bila masa kami pergi tu most lf the brands ada sale. Hehe. So Sobiroh ended up trying few jubahs but not buying any. I ended trying 2 jubahs and buying 1. We also bought 6 shawls for RM100 (which is cheappp) and Sobiroh took 2, I took 4. Akhirnya yang nampak tamak haloba adalah ----> kapaten. Tak guna punya Sobiroh sebab menghasut. Haha.
So now. I have 3 new jubahs. 2 from RayyanHaya and 1 from Jubahsouq which I bought from Modvier. 3-3 jubah ni digelarkan jubah tahun baru. Yang memang tak boleh pakai selagi tak potong. Kapaten pendek. Hahaha. Ini namanya orang tamak selalu rugi. Hahaha.
Okay so lepas cuci mata puas puas kat Modvier, kami pun duduk minum kat PCLO macam orang orang banyak duit untuk dihabiskan. Tak mahal pun kopinya kalau nak dibandingkan dengan Starbucks atau Coffee Bean. Hehe. Kami juga order Churros yang pada kami, cukup baik untuk menghilangkan keteringinan. Walaupun sebenarnya kalau buat sendiri mungkin sedap juga. Hehe.
So balik kerja tadi sambil rehat saya dok scroll Instagram. Wah. Teruja tengok jubah lawa lawa dan promo sale yang best best. Tapi kata orang, orang tamak selalu rugi. Hehe. Jadi, apa lagi. Terus log out Instagram. Behehe.
Dah taip entri pepanjang ni kome semua paham tak mesej yang nak disampaikan?
Kalau tak paham, mai nak kasi paham. Jubah kapaten saiz S. Kat Modvier ada baaanyak jubah. Kapaten suka shawl brand Jubahsouq. Birthday kapaten lagi 20 hari. Birthday ke duapuluh.
Kapaten nak pergi Umrah nak pakai jubah. Eceh.
Wassalam
Churros di PCLO. |
Santai sambil intai baju. |
Comments
Ha kan, pergi beli nasi lemak sotong pun sarung jubah kan? pergi jumpa mak mertua pun sila pakai jubah jugak ok! ;p