#62 Semangat Umar Ibn Khattab

Bismillah. Alhamdulillah.

Pernah saya terbaca: 

"Hanya orang yang pernah merasai kemanisan iman akan merasai pahit kehilangan iman." 
Lebih kurang macam itulah maknanya, saya terlupa ayat sebenar. Waktu saya terbacakan ayat itu, saya tersentak. Saya mengakuinya. Waktu ini, kalau rasa tak senang duduk sikit je, buat itu tak kena, buat ini tak selesa, lekas-lekas saya semak iman sendiri. Nah! Memang iman sedang merudum.

"Terkadang, manusia yang mempunyai sejarah hidup yang paling kelam, bisa mencipta sejarah mendatang yang hebat tak terbayang."

Sungguh, ini benar.

Sering saya ingin untuk mengenali sahabat Rasulullah saw, Umar Ibn Al-Khattab. Seorang manusia yang dibesarkan dengan penuh kekasaran oleh bapanya. Lasak, kasar, lalu menjadikannya dewasa sebagai seorang yang ganas, kasar dan menggerunkan. Tidak pernah gentar kepada sesiapa, itulah Umar. Bersama pedangnya, di mana-mana.

Kebenciannya terhadap Rasulullah dan Islam melebihi segalanya sehinggakan sewaktu orang kafir Quraisy berkumpul dan bertanya, "Siapa yang mahu (volunteer) bunuh Muhammad?", Umar lah yang menjawab dengan yakinnya, "Aku akan pergi bunuh Muhammad!".

Tetapi, perjalanan Umar untuk menjalankan misi membunuh Muhammad tergendala dan terpesong seketika apabila mengetahui bahawa adindanya, Fatimah dan suaminya Sa'id bin Zaid sendiri telah memeluk Islam dalam senyap. Lalu Umar pergi ke rumah adiknya untuk menyerang. Dan sesampainya Umar di rumah adiknya, Umar mendengar lantunan ayat-ayat suci al Quran yang sedang di baca oleh adiknya dan suaminya yang waktu itu sedang belajar tentang al Quran daripada seorang lelaki bernama Khabbab. Umar ketuk pintu rumah Fatimah. Mengetahui yang Umar adalah lelaki yang berdiri di hadapan rumah itu, kelam kabut Khabbab menyorokkan diri. Fatimah lekas-lekas menyorokkan 'skrol' Quran di bawah pehanya. 

Umar masuk dan bertanya, "Suara/Bunyi apa yang aku dengar tadi?". Mereka sekadar menafikan dan berkata bahawa mereka hanya berborak-borak biasa. Mereka bertengkar, Umar sempat belasah Sa'id dan Fatimah juga tercedera. Sampailah kata-kata Fatimah membuat hati Umar tersentak bilamana Fatimah berkata; 
"Kamu musuh Allah. Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah! Buatlah apa saja yang kamu mahu buat!". 
Keyakinan Fatimah waktu itu yang membuatkan Umar tersentak dan diserbu rasa bersalah. Lalu Umar meminta untuk melihat ayat Al Quran yang mereka rujuk dan baca tadi. Fatimah tak izinkan pada mulanya atas alasan Umar dalam keadaan kotor. Dan Umar, being a harsh man, waktu itu akur untuk membersihkan dirinya semata-mata untuk melihat dan membaca al-Quran milik adiknya waktu itu.

Umar membaca ayat-ayat pada skrol Quran tersebut. Lalu dia bertanya, "Adakah ini yang ditentang oleh musyrik Quraisy? Pemilik kepada ayat-ayat ini, perlu disembah". Subhanallah.

Betapa Allah memberi hidayah kepada siapa-siapa sahaja yang Dia mahu. Kemudian Umar pergi mencari Muhammad untuk 'declare' yang dia mahu peluk Islam. Umar bertemu Muhammad, menyatakan hasrat hatinya, lantas Rasulullah bertakbir dan sahabat-sahabat lain juga turut bertakbir dengan gemuruh sekali. Siapa pernah sangka, Umar akan masuk Islam? Sebab ada yang berkata, kalau Umar masuk Islam pun, mungkin selepas keldai Umar masuk Islam. It is like something impossible dan tak masuk akal. But, look. This is Umar.

Umar, being Umar, terlalu berani. Sedang orang lain sorok-sorok perihal keislaman mereka, Umar secara terang-terangan announce 'sekampung' bahawasanya 'Aku Islam'. Punyalah hebat Umar Al-Khattab ni, sikit pun dia tak gentar. Dia pergi rumah Abu Jahl untuk announce. It is Abu Jahl yang semua orang pun tahu jahatnya tara mana. Walaupun dia diserang dari kiri kanan depan belakang, dia tak gentar. Inilah Umar, manusia logam yang sering disebut-sebut. 

Waktu kewafatan Rasulullah, sahabat-sahabat sukar untuk menerima hakikat kehilangan termasuklah Umar. Umar yang keras dan menggerunkan sempat memberi amaran bahawa sesiapa yang mengatakan bahawa Rasulullah dah wafat, dia akan cederakan. Sayangnya Umar kepada Rasulullah saw sehingga sukar untuk dia menerima hakikat kepergian Rasulullah saw. Sehinggalah Abu Bakar yang merasionalkan kembali dengan berkata, "Sesiapa yang sembah Muhammad, Muhammad telah mati. Sesiapa yang sembah Allah swt, Allah ada dan takkan mati"

Hebatnya Umar ni sampaikan Rasulullah sendiri semasa hayatnya acknowledge. Dalam satu hadis Rasulullah sebut, "Kalau ada Nabi selepas aku, maka Umarlah orangnya". Iman dia, berani dia, taqwa dia, ilmu dia, hebat dia, memang he is the best among the best. Dan Rasulullah sering sebut nama Abu Bakar dan Umar. Sayang benar Rasulullah kepada sahabat-sahabat baginda ini.

Siapa sangka. Seorang pengganas, pemabuk, jahat, kejam, digeruni semua orang, benci terhadap Islam dan Muhammad, akhirnya dipilih Allah untuk menjadi antara orang terawal memeluk Islam dan menjadi pejuang agama. Menjadi sebaik-baik manusia yang mencinta Allah dan Rasulullah melebihi dirinya sendiri. Subhanallah.

Lesson learnt untuk kita: Curilah semangat Umar. Andai kotor mana pun diri kita sebelum ini, that is not the end. Kutiplah semangat Umar, tirulah Umar. Kenapa? Kerana Umar membuktikan bahawa manusia yang memiliki sejarah paling kelam, mampu mencipta sejarah mendatang yang hebat tak terbayang. Sungguh, ini benar.

Source: Google

Mari semak, iman kita di tahap mana?
Adakah kita mengambil semangat Umar?
Seperti mana Umar mahukan Syurga untuk bertemu semula Rasulullah, adakah kita juga begitu?

Wallahualam.


Comments

Popular Posts