#61 Mari Belajar Sains
Bismillah. Alhamdulillah.
Sekali sekala tukar mood keperempuanan sikit untuk blog ni apalah salahnya ye tak.
Punyalah tak ada email masuk hari ni, sampai jadi was was adakah Microsoft Outlook ku rosak? Lalu diminta member sebelah untuk emailkan satu email kosong kepadaku.
"Amir, tolong emailkan satu email kosong kat I boleh tak? I was was ni betul ke tak ada email atau laptop I bengong?"
Selang beberapa saat selepas dia tekan butang send, saya dapat email kosong tersebut.
Sohih. Laptop ok. Connection ok. Cuma tak ada yang berminat nak email kita.
Fine. Fine.
Hasilnya, kita tukar sikit customization blog ni. Hehe.
Tu header kat paling atas tu, sejuta kali mencuba untuk tukar title. Akhirnya stick kepada Alkisahnya Najlaa je. Bosan gila nama blog. Tapi nampak macam itu jela yang paling sesuai untuk kita yang tak cukup umur dan yang tak dewasa sejak bertahun-tahun menggunakan blog ini.haha.
Sok lusa baru tukar, 'Alkisahnya Najlaa dan Anak-anak Beliau'. Kelak, insyaAllah. hehe.
Dan demi merealisasikan cita-cita untuk tukar header seperti di atas, malam tadi gigihlah berpuasa sebab pagi tadi nak cek darah. Saja-saja bajet tua, nak check cholestrol, gula, yadayada dalam badan ni. Pesan kakandaku, "badan kecil dan kurus jangan ingat sihat". Fine.
So pergi jumpa doktor pagi tadi, doktor tu friendly gila. Feeling-feeling member, terus rasa macam 'eh kita nak jadi doktor macam doktor ni jugaklah!'. Sebab kebanyakan doktor yang kita jumpa boring dan memboringkan (termasuklah doktor dalam keluarga sendiri.haha). So doktor pun tanyalah:
"Kenapa nak cek darah?"
- Oh. Sebab rasa badan macam tak fit sangat macam dulu. (Dan saya banyak sangat makan nasi lemak, saya risau kolestrol tinggi.haha)
"Ish. Tapi awak muda lagi."
- Ha'ah. Maybe sebab dah kurang aktif kot, doktor.
"Awak dah kahwin?"
- Belum, doktor.
"Pernah melakukan apa-apa hubungan....
(Pause 1 saat. Soalan dibiarkan tergantung. Doktor re-phrase soalan)
Tak maksud saya, pernah buat apa-apa pembedahan?"
- (Fuh. Lega. Nasib baik pakai jubah hari ni, doktor betulkan soalan) Pernah buat minor surgery ada ranula bawah lidah.
"Ada sakit-sakit lain tak?"
- Tak ada sangat cuma saya ada alergik, hari-hari akan bersin tapi saya dah ambil nasal spray (tapi hari ni saya lupa.haha) so dah getting better. Saya ada gastrik sikit (tapi sekarang tak dah sebab saya makan banyak gila doktor) dan saya 'sesungut' setiap bulan.
"Awak rasa macam mana badan sekarang ni? Tak fit?"
- Ha'ah. Mungkin sebab dah lama tak exercise. Duduk ofis je pulak tu.
"So, mungkin dah kena start exercise dan aktif semula. Sebab kita ni bila duduk buat kerja sama hari-hari memang jadi bosan dan lesu. Mungkin awak patut kahwin kot!" *gelak hambar*
- Senyum. (Doktor ni kelakar juga kan?).
So, boleh ke cek darah ni doktor?
- Boleh.
"Awak nak cek kolestrol je ke atau nak buat full check? Kalau full check boleh tengok cyst marker sekali, biasanya untuk orang 'sesungut' reading dia high sikit".
- Boleh jugak doktor, buat full check. (Kalau boleh nak tau darah saya manis ke masin ke pahit.)
Yada-yada, bla-bla, yada-yada.
----------------------------------------------------
Kisahnya, kakak saya baru lepas operate buang batu dalam hempedu (gallstones) last two weeks semasa saya di Penang. Biasanya yang ada batu dalam hempedu ni umur 40 tahun ke atas yang very high cholestrol level. She is just in her mid 30s. hehe. Tua sebelum usia maybe?
Dia mengadu sakit ulu hati, pedih perut, kena muntahkan dulu makanan baru boleh tidur dan sebagainya sejak sekian lama. Tapi dasar penakut, dia tahan punya tahan punya tahan sampai betul-betul tak tahan. Pergi check kat doktor, lepas tu esoknya terus kena buat operation. Power. Batu dalam hempedu punya besar, boleh buat main congkak (lebih besar dari guli) dan boleh buat batu cincin (bak kata doktor).hehe. I visited her at home dan tengok batu-batu ajaib itu yang diserahkan oleh doktor kepadanya (untuk buat azimat hahaha), and I feel impressed. How can you grow such huge stones in your gallbladder? Scary movie.
Mari belajar sains. Gallbladder itu pundi hempedu. Source: Google |
So saya pun tetiba jadi health conscious sebab takut.haha. Badan kemain solid kemain nampak sihat rupanya, nan hado. So sebagai langkah berjaga-jaga, kita check je la. Tapi insyaAllah sihat walafiat. Sebagai usaha menyedapkan hati sendiri, kita check status kesihatan kita.hehe.
So yang selim melim sebab dok kejar anak sana sini, yang buncit sebab stress, yang boroi sebab happy, silalah semak kesihatan anda. hehehe.
Dan azam saya untuk tahun ini (banyaknya azam akuuu), nak kurangkan makan nasi lemak. Dan lebihkan makan buah-buahan. Cewah. Poyo.
We'll see after we know the result. haha.
Comments