#53 Looking frustrated

Bismillah. Alhamdulillah.

So last weekend was a real bless for me. Hari Ahad memang hari santai sedunia, seharian tak keluar rumah, terperap memanjang. Posisi badan, kalau tak duduk, baring, kalau tak baring, tidur.

Aktiviti pula, kalau tak makan, tidur, kalau tak tidur, tengok tv, kalau tak tengok tv tidur, kalau tak tidur, makan.

Being myself yang sentiasa ada aktiviti, bila sekali sekala I got nothing to do, I will look weirdo like an alien.

Like last weekend, 10 juta kali Abah akan jenguk dalam bilik dan tanya, "How are you? Are you not feeling okay? Why do you look frustrated?"

Dan untuk setiap 'tuduhan' terpaksa jualah menafikan (walaupun dalam hati rasa malasnya nak jawab soalan sama berulang). Although I can feel the different in my mood. Kalau tak ada aktiviti mulalah rasa useless, macam tak berapa nak ada mood, tu yang baring memanjang. hehe. Masalah wanita I guess.

And this makes me wonder, "am I going to face the same repeating questions for the million days to come?". Oh nooo!
Ya Tuhanku, berkatilah masaku dan jadikan aku orang yang sibuk dengan perkara-perkara bermanfaat. Ameen.


Comments

Popular Posts