#52 early preparation
Bismillah. Alhamdulillah.
So for d past few days I have been suffering from selesema, batuk sikit dan sakit tekak.
Sebab Ummi Abah panggil kontraktor untuk projek tukar siling rumah. Sekaligus memperbaiki atap yang bocor. Hasil mahsulnya, semalam hujan lebat gila sepanjang malam, bilikku dah takde kebocoran. Selain hidungku.
Bila ada construction tak kita kecil ke besar, pasti ada habuk atau debu tak kira sikit atau banyak. Pasti mengakibatkan hidungku sok sek sok sek. Biasalah. Princess katanya. Bahaha.
Maklumlah rumah dah berusia lebih 35 tahun, siling baru ditukar. Macam macam spesis habuk lah turun dari kayangan.
I did complaint to Ummi Abah like bila nak habis semua ni? Can we request for them to complete my room first? Yada yada. Banyak songeh.
Abah dan Ummi then answered, 'nanti kau kahwin senang. Tak la malu siling lompong buruk banyak habuk'.
Ting! Motivated kembali sambil lap hidung. Early preparation I tell you. Baguih na.
Siang tadi anak anak buah datang. Irdeen dan Ommar pun berlatih bersilat.
Bang, abang berlatih silat untuk apa?
'Untuk perform masa kahwin Ucu nanti lah!'.
Ting! Motivated kembali sambil lap air hidung yang mengalir.
Kau mampu kemain awal preparation nya?
Gelak besar omak den bila tahu cucu cucu nya semangat berlatih.
'Kau tanya Ucu dulu siapa nak kahwin dengan dia pastu baru prektis silat!'
Demotivated serta merta.
Anak buah kau boleh kelepet.
Mak kau, lupakan jela. Dia bantai gelak je.
Early preparation?
Wak lu.
Haha.
Wassalam
Comments