#48 Momen 12 Purnama 2014

Bismillah. Alhamdulillah.


Masa terlalu cepat berlalu sampai tak terkejar. Tahun ni adalah antara tahun yang paling banyak saya menonton video motivasi termasuklah tips untuk menjadi manusia berjaya. Ramai yang suggest untuk catat segala kebaikan yang berlaku dalam hidup kita agar kita sentiasa bersyukur. Sebabnya kita ni kan manusia yang imannya rapuh (saya macam tu lah), jadi kebanyakan masa kita sering fokus kepada perkara yang menyedihkan seperti 'apa yang kita nak tapi tak dapat', itulah yang kita sibuk fokuskan. Jadinya memandangkan 2014 bakal berakhir, saya nak cuba untuk recall dah catatkan, segala kebaikan yang berlaku sepanjang tahun. Moga saya jadi insan yang lebih bersyukur. InsyaAllah.


Januari 2014

Bulan kelahiran saya. Usia bertambah jadi 27. Bercita-cita nak kahwin pada umur 27 tapi Allah kata, ‘you hit the wrong time bebeh!’. Hehe. 

Januari 2014 adalah permulaan yang manis untuk tahun ini kerana saya bermusafir bersama Nadi dan Zaf (adinda tersayang) ke Aceh dan Medan. Kami menziarah Tahfizul Quran Ar-Raudah di Lhokseumawe untuk beberapa hari dan kemudiannya kami ‘melepak’ di Kota Medan. Nadi dan Zaf juga meraikan ulangtahun saya di Lounge Hotel, siap buat surprise dengan meminta penyanyi Lounge itu menyanyi untuk saya. Siap dia ajak saya nyanyi sekali. Lounge tak ada orang pun. Kita nyanyi, orang lain nangis. Hahaha. 


Pergi Waterboom naik lori sapi. Syok.

Februari 2014

Sibuk dengan keduniaan. (padahal tak mampu nak recall apa yang saya buat sepanjang Februari 2014.hehe). Cis. Otak slow tetiba.

Mac 2014

Dijemput untuk jadi Emcee dan Moderator untuk Program Game Changer untuk YTM. Sekali sekala testing suara kat mic dewan besar TokMat pun apasalahnya.hehe


Testing one two three.

April 2014

Walk For Humanity. Kerana terlibat dalam penganjuran sejak beberapa bulan sebelum itu, maka saya perlu merekodkan kejayaan program ini. Kerana, saya seronok mencuri pengalaman menganjur program bersifatkan kemanusiaan untuk manfaat saudara kita yang tertindas di Palestin.

The whole wonderful team.



My message : 'Biadap kau Zionis!'

Bulan April 2014 juga DNTC dijemput UPG MMU Melaka untuk memberikan perkongsian di Sekolah Tunas Bakti Sg Lereh. Satu kejayaan juga buat DNTC untuk memanfaatkan penubuhan demi kebaikan masyarakat. 


Mei 2014

Kami menganjurkan Kem Motivasi An Nasuha “Share the Love” bersama Community for Charity. Seronok tau layan anak-anak yatim di sebuah Kem di Batangkali. Rindu pula pada mereka. Aiseh!


Anak anak Syurga.

Mei 2014 juga DNTC dijemput untuk conduct training untuk Orientation Committee di MMU Melaka. Syukur sebab dapat memanfaatkan diri untuk berkongsi ilmu dengan para juniors. Kawan-kawan seperjuangan juga sangat bersemangat untuk berkhidmat bersama DNTC. hehe

Jun 2014

Berkesempatan untuk ke PD untuk weekend-gateway bersama dengan geng GMS. Gegadis Manja Solehah. Bahaha. Geli gila nama geng. Itu nama group whatsapp sebenarnya tapi, tetiba termelekat. Best juga tau gateway macam ni. Selain duit habis, tenaga juga habis. Tapi seronok. Dapat mandi pantai, main Banana Boat, main kad di bilik hotel dan macam-macam lagi. Yang penting, solat jangan tinggal.hehe

July 2014

Syukur berpeluang untuk ‘join’ makcik dan kakak-kakak akhawat Ikram Ampang Jaya untuk program kebajikan di Hospital Ampang. It was a simple program, kita buat visit dan bagi buah tangan sikit pada bulan Ramadhan. Feelingnya, ohsem I tell you!

Bulan ini juga kakak sulung saya sekeluarga buat surprise dengan balik ke Malaysia tanpa bagitahu kami semua. Sedar-sedar je ada orang ketuk rumah dan bagi salam jam 1 pagi. What a great surprise! Syukur. 

August 2014

Bulan Syawal pun tiba jadi, ucapan Selamat Hari Raya lah sebaiknya.hehe. Bersama keluarga adalah momen paling wonderful one could ever asked for.

September 2014

Saya di-sponsor flight ticket oleh kakak saya untuk terbang ke Dublin, Ireland menziarahi keluarga mereka. Misi utama sebenarnya adalah untuk menemani kakak saudara saya yang akan menetap bersama keluarga kakak saya. 2 minggu melupakan kerja adalah sesuatu yang ‘wallaweh’ best gila. Tak mampu nak merungut lagi sebab Allah beri peluang tengok dunia luar. Dapat pergi Dublin (dan beberapa daerah di dalam Ireland), dapat tengok Eiffel Tower depan mata ketika di Paris dan dapat tengok hidupnya Kota London waktu siang dan malam. 

Kota London.

October 2014

Saya bergraduasi dari Universiti Malaya dengan pentauliah Masters of Law. Dulu-dulu berangan je nak belajar di UM. Universiti tertua di Malaysia lah katakan. Juga universiti tertua yang menawarkan kursus perundangan. Jadi, bila dapat graduate dan ambil scroll dari huluran tangan Canselor UM iaitu Sultan Nazrin Syah, seronok sangatlah perasaannya.hehe. 

Oktober juga sangat best sebab saya dapat baaaaanyak bunga.hehe. Ada yang orang hantar kat pejabat, ada yang orang hantar kat rumah dan ada yang bagi by hand. Malangnya tak ada satu pun yang secret admire bagi.hahaha. Ada ke secret admire nya? Haha

Antara lain, Oktober juga Ummi Abah saya pulang dari menunaikan haji dengan selamat dan kesihatan yang baik. Saya juga berkesempatan dijemput sebagai Speaker untuk Program Enterpreneurship anjuran pelajar YTM untuk pelajar sekolah menengah. Juga saya berkesempatan untuk kembali ke MRSM Pasir Salak untuk berkongsi pengalaman dan ilmu sedikit sebanyak atas jemputan guru-guru bersama alumni lain.

Alhamdulillah.

November 2014

Saya dan kawan-kawan dapat tiket free menonton Konsert Dayang Nurfaizah di Dewan Filharmonik Petronas. Tiket ditaja oleh bapa kawan kami.haha.

Gigih balik kerja singgah KLCC untuk menilai sendiri nyanyian Dayang. Siap pakai baju kurung lain iols. Mampu? Haha. Tapi Dayang memang sungguh mencairkan. Aww.


Begini ramai manusia beratur untuk ambil otograf Dayang sesudah tamat konsert. Kami mampu tengok je. Kami dah cukup Dayang okeh.hehe

November juga mengingatkan saya tentang memori ditauliahkan sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Rindu dengan jubah hitam itu!


December 2014

Yang menarik ialah saya dapat menaip entri kali ini pada bulan ini. Hehehe.

-------------------------------------------------------

Akhir kata:

"Ya Allah, jadikanlah aku manusia yang bersyukur. Yang sering merendah diri dan berpijak di Bumi walau tinggi manapun kau izinkan aku untuk terbang. Ameen."

Sekian saja momen 12 purnama 2014 saya. Moga perjalanan mendatang lebih bermanfaat dan mematangkan. Moga Allah izinkan untuk saya terus bernafas dan menjadi hamba yang benar-benar hamba.

----------------------------------------------------------

"Hidup kalau sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Hiduplah dengan iman dan taqwa, agar tertempah ruang di Syurga".

Wassalam.

Comments

Popular Posts