#46 Tarikh tarikh Bersejarah

Bismillah. Alhamdulillah.

[Entry terbaru ini hanya satu konsep 'copy-paste' dari Status di FB. Dasar pemalas! Kalau dah friend dengan saya di FB, sila tekan ruang pangkah di sudut kanan atas dengan kadar segera.]

-----------------------------------------------------------------

Jadi semalam (30 November) genaplah dua (2) tahun saya melalui Long Call Ceremony di Mahkamah Jalan Duta (akan datang tukar nama Mahkmah Jalan Sultan jeng jeng jeng kot) di hadapan Yang Arif Dato' Rohana, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

(Hence the change of Profile Picture. Haha)

Jujurnya dapat pentauliahan sebagai Peguambela & Peguamcara ni feel nya melebihi feel convocation graduate Bachelor of Law (Hons). Tapi lepas tu since tak practice, dah lupa cemana feel nya.


But being nonpracticing Advocates & Solicitors sometimes we (mewakili orang lain gak ni haha) do miss the ambience of the Court or the work stress in the firm. But somehow for some of us, we just feel glad for not practicing (when we look at how stress our practicing friends are) but we also do miss to practice. Pening kan? Dia macam dilema nak kahwin dengan Ali ke Abu. Macam tu la. Haha

And today 1 December, marks my 2nd year with Tokmat. This mean that I have 6 years to go to complete my bond. Being an in-house legal practitioner is not enjoyable at all. Far from fun and real happiness. Also far from my career satisfaction.

However, having the chance to post up a long FB status on Monday morning is a hint for me to be grateful having the chance to work in a company yang telah ku kebas duitnya sepanjang pengajianku. Kata orang, jangan jadi kacang lupakan kulit.

Namun tak ku sangka bila dah besar ni tak best rupanya jadi kacang. Kena tumbuk dan blend dan goreng sesedap rasa mengikut selera hari tu tuan rumah nak masa apa.

Yang best ialah, duduk rumah, baca buku sambil tangan capai cekodok pisang masuk mulut. Sekali sekala hirup teh o panas.

Tapi korang kena ingat, mana ada kejayaan dan kelegaan dalam kehidupan yang dicapai dengan percuma. Lo pikir gampang aja mau rasa senang??

Orang orang hebat berpesan (dan saya alih-bahasa-kan), "dalam perjalanan mencari dan mendapatkan sesuatu yang kita mahu/suka/cinta, hargailah segala apa yang kita sedang lalui/miliki/punya."

Hidup kita dan segala isinya adalah satu perjalanan yang ditentukan Yang Maha Esa. Capailah kaya tinggi mana, kalau masih buntu akan tujuan penciptaan ke dunia, apalah manisnya berkaya-kaya.

Ok. Tahun depan 30 Nov dan 1 Dec, akan ku berfalsafah lagi.

*Lari pergi kerja.*

Gambar main sorok-sorok dengan Mak.

-------------------------------------------------

[Okay yang part bawah ni takde kat Status FB]

Pagi tadi, lepas poyo-poyo menaip panjang status FB seperti di atas, saya pun berlenggang mak jemah pergi kerja. As usual (aktiviti sejak solehah sikit ni haha), saya drive dan park di Stesen LRT. Sekali naik je tangga nak tunggu LRT, tu dia ramai sangat manusia yang sedang bertabah menunggu LRT.

LRT sangat bermasalah hari ini. Rasa teruja melihat kadar kesabaran tinggi yang wajar diri sendiri puji. Akhirnya, sampai ofis jam 945. Mampu? 

Bertabahlah untuk balik lewat juga japgi. Nasib baik puasa, so boleh jimat waktu lunch hour untuk bekerja (kerja dah siap yeay!) dan moga tak buka puasa sambil tengok pintu LRT yang lama ternganga dek masalah teknikal lagi.

Kena solat hajat kita semua para pengguna LRT.

Sekian. Wassalam

Comments

Popular Posts