#45 Manusia mudah lupa.

Bismillah. Alhamdulillah.

So hari ni nak share pasal pengalaman di tempat kerja sedikit. As I shared earlier, we had a restructuring exercise in our (legal) department early October this year and I have been rotated to a different unit. Makna kata, saya kini berurusan dengan Process Owner yang lain dari dulu. But actually bukan nak cerita pasal diri sendiri pun. 

Nak cerita pasal kesian sangat dengan my ex-team mate yang kini memegang port-folio lama saya. When I was in the previous team (for one and half year), we were divided into four (4) commodities. Basically there were 5 of us, seorang Manager dan 4 orang Assistant Manager. For each and every AM ni, kami perlu handle commodity tersendiri. Manager akan oversee, supervise dan back-up dalam keadaan nazak separuh mati. Hehe.

Dalam banyak-banyak komoditi tu, mine was among the toughest in the sense that there is no way for a matter coming before me which is not problematic. Hehe. Semua kontrak yang diminta review ‘wajib’ untuk ada amendment, komen, isu yang meleret-leret dan sebagainya. Sebab itulah ‘nature’ untuk komoditi itu. That was information technology (IT) dan internet protocol (IP) commodity. Perit nak handle, dengan volume of matters yang hari hari masuk banyak sangat, dengan problematicnya, memang menuntut kesabaran yang menggunung tinggi. 

Dalam masa sama, kita faham lah perangai Process Owner yang deal dengan kita. Handle lah kontrak sama 10 kali pun, 10 kali juga akan mereka macam tak faham-faham dan tak reti-reti. Adatlah. Adatlah manusia yang buat kerja dia tak minat (agaknya). Dia panggil kita meeting, dia yang sepatutnya jadi orang yang pertama untuk faham ‘kerja’ dan tujuan kontrak dimasuki (BM skema), tapi dia jugalah yang paling tak tahu apa-apa. Tapi expect kita tahu secara tiba-tiba. Aneh kan?

Tapi again, adatlah dunia kerja memang macam ni.

So currently that complicated commodity is handled by my ex-team mate. It is a he. Most of the situation, lelaki mempunyai kadar ketenangan yang tinggi berbanding perempuan kan? Betul. Last time, he was the one yang jadi pendengar kepada segala complaint dan bebelan saya ketika saya menghadap kerja kerja commodity tersebut. Kini, kami bertukar posisi. Saya pula yang menjadi pendengar segala complaint dan bebelannya. Nampaknya, commodity tersebut memang ‘keras’ sehingga lelaki tenang dan penyabar juga boleh naik marah. 

Pagi tadi, dia meluahkan rasa kecewanya dia kepada saya dan rakan sekerja lain. Semuanya selepas dia membaca email berbunyi ‘complaint’ dari Process Owner. Saya menerima email sama kerana saya di-CC memandangkan matter tersebut dahulunya di-handle oleh saya.

Keras, keras manusia berbicara. Semuanya menulis dengan yakin, seperti mengetahui segalanya. Semuanya berperangai seperti big boss, seperti berkuasa memerintah segalanya. Tanpa perlu mengambil kira berapa banyak huru-hara dan onar yang mereka sendiri cipta. Asal lambat sikit salah kita, sedang mereka peram lama sesuatu perkara sebelum dimajukan kepada kita tidak pernah mereka ambil kira.

Aneh.

Tapi tak ada anehnya. Manusia mudah lupa. Melayu sering lupa. Eh. Kenapa Melayu pula? Kerana memang syarikat konglomerat ini dihuni oleh majority Melayu yang memang sering lupa. Lupa diri. Lupa untuk membumikan diri.

Saya geram. Kalian yang membaca, andai kalian bekerja, kerjalah dengan segala deria yang sempurna. Deria mata, deria telinga, deria hidung, deria hati, deria lidah, semua deria. Kalau tak guna segala deria, elok duduk bawah terowong kira batu lagi bagus.

Sekian.

Comments

Popular Posts