#43 Light in Me
Bismillah. Alhamdulillah.
Kebelakangan ini kerja agak padat, jadi sering juga pulang lewat dari pejabat. Kerja yang tak berapa minat pun bila dah busy sangat jadi tak sempat nak tanya perasaan sendiri minat ke tidak, hari hari. Hehe. Tapi busy cemana pun tetap tak minat. Haha
Alhamdulillah hari ni berjaya keluar awal sebab hari ni diarahkan untuk menghadiri workshop. Workshop habis 530 petang, jam 545 saya ca alip but (cabut). Jadi, saya ada masa untuk hemah diri di rumah lebih awal daripada biasa, dan juga dapat makan awal dari biasa.
To put on record, I eat a lot nowadays. Hehe. (Hence I have to exercise more).
So after Solat Maghrib saya turun untuk makan malam. Kebetulan, anak buah saya (Kakak) pun baru nak makan. Jadi kami makan berdua di dapur. Parents are getting ready for Maghrib Prayer.
Selepas makanan terhidang dalam pinggan, anak buah saya angkat pinggan tunjuk gaya macam nak pergi makan depan TV.
"Eh, nak pergi mana?", saya tanya.
"Nak pergi makan dekat depan", Kakak jawab.
"Eh, tak payah. Makan sini je", saya cakap.
"Ala, nak tengok Bila Hati Berbisik", dia cuba memberi alasan.
"Duduk sini, makan dengan Ucu. Lepas makan terus pergi solat. Belum solat kan?", saya bertanya.
"Belum", dia jawab.
"Makan dulu. Lepas makan, solat then mengaji", Ucu dia memberi arahan.
Arahan sealed. Dia angguk sambil gaul nasi.
Saya adalah makcik yang mereng. Banyak waktu sayalah tukang sakat, tukang ajak mereka bermain, tukang melayan, tukang membuat diorang nangis. Tapi ada waktunya, saya tegas (dan garang). Kalau perlu rotan, saya rotan. (Tapi lately busy tak sempat nak jadi singa.haha).
So we had a good conversation sambil makan. Which I realised that I have quite good parenting skill hehehe.
Semalam, selepas mengajar Kakak mengaji (saya jarang ada masa untuk ini sebab selalu balik lewat. Selalunya ini tugas Ummi saya), saya cakap:
"Kakak tahu tak, Ucu dulu darjah 5 dah khatam Quran. Kakak dah darjah 3 baru juzu' 1".
"Tahu", pendek dia jawab. Sebenarnya dia tak tahu tapi terpaksa cakap tahu sebab dah start kena skru otak.
"Kalau Kakak boleh khatam next year, Ucu bagi Kakak hadiah", saya memberi tawaran. Saja bagi semangat. Walaupun dulu masa saya kecik-kecik tak pernah berpeluang dapat tawaran macam tu. Yang saya tahu lepas Maghrib kena kayuh basikal pergi rumah ustazah untuk mengaji.
Okay tu conversation semalam. Conversation tadi masa makan agak panjang. Saya bagi nasihat untuk Kakak solat, mengaji, buat baik, tolong mama papa supaya tak mudah hanyut dengan hasutan syaitan. Saya bagi contoh, orang yang banyak buat jahat, buang anak lah, merompak lah, mencuri, pukul orang, semua tu sebab tak mengaji Quran dan tak solat.
"Kakak nak cepat besar tak?", saya tanya. Umpan.
"Nak!!", dia jawab. Biasalah budak perempuan, umur macam ni, dah start nak melawa, tengok cermin pintal pintal rambut, sampaikan blusher saya pun naik hilang. Haha. Anak buah punya kerja. I swear I wasn't like that when I was at her age. Haha.
"Kalau Kakak nak cepat besar, Kakak perlu buktikan yang Kakak boleh solat dan mengaji tanpa perlu orang suruh. Kalau Kakak dah pandai uruskan tu semua, baru Kakak besar sebenarnya", Ucu dia gebang.
Dia angguk, beriya iya anggukannya. Macam faham dan optimis habis. Lega dalam hati Ucu Allah je tahu. Umpan mengena nampaknya.
So tadi lepas mengaji Quran, dia call Mamanya di Selayang. Sekarang adik adik dan mamanya diserang demam. Jadi dia ambil kesempatan bermalam di rumah Tok Ummi dan Tok Abahnya.
"Mama, Mama sihat ke?", dia tanya. Itupun sebab Tok Umminya pesan. Hehe. Dia borak borak borak then saya dengar dia cakap:
"Ma, Mama suruh Idin mengaji tau!".
Ewah. Dah start dah dia nak jadi ustazah. Bagus! Hehe.
Alhamdulillah.
I can see the light in her.
I can also see the light in me in being a parent. A good one. Hahahahah.
The time will come. InsyaAllah.
Comments