#42 Tohok Blakang II (Asal dari mana?)

Bismillah. Alhamdulillah.

Boring-boring (dan malas-malas) di pejabat, 'ter'-open pula folder gambar Euro Trip dalam laptop murahan ni (mentang-mentang laptop free). Pastu terjumpa pula gambar paling sopan untuk dewasa ini. 

Focus: Botol air herbalife. Dah kurus belum?

Memang motifnya nak tunjuk tapak kasut, sebijik bola, 'peace' yang tak jelas dan lobang hidung paling seksi abad ini. MasyaAllah kacak sangat ni. Umur berapa ni?

Ni gambar masa di kawasan air terjun. Kawasannya nama Powerscourt Waterfall. Powerscourt BUKAN di dalam kawasan Dublin tetapi macam satu area dalam Ireland lah. Hari terakhir saya di Dublin adalah hari di mana kakak saya sekeluarga membawa saya 'henjoii' di sini. Mampu mandi? Memang taklah. Mat Saleh tak pergi air terjun untuk mandi-manda tetapi untuk menikmati alam yang menghijau dan mendamaikan.

Maka, orang Melayu gi sana hanya mampu makan nasi lemak yang dimasak dari rumah Melayu sesat di Dublin dan setelah kenyang, baringlah di atas bangku.

Bola itu berfungsi untuk membakar lemak yang wujud di dalam nasi lemak yang dimakan secara serta merta. Namun, yang sibuk menyepak bola itu ialah anak-anak buahku yang hensem dan manis belaka, bersama bapak mereka dan bersama Ucu mereka yang katanya manis juga. hahaha. 

Okay meh belanja satu lagi gambar. Bukan selfie. Bukan.

Focus: 3 pasang kaki mat saleh di depan nun.
Selfie ala-ala muslimah.kehkeh
Anda mampu?
Saya mampu.

Sekian.

p/s: Rindu Dublin, feeling macam asal dari sana pulak.haha

Comments