#38 Bidadari dari Syurga

Bismillah. Alhamdulillah.

Esok pagi rakan rakan sepejabat rancang nak buat 'makan makan sikit'. Makan makan ni sempena penghijrahan kami ke workplace baru. Kami bila terpaksa bertukar unit, jadi kami ber-5 terpaksa pindah pejabat. Sebelum ini di tingkat 4, sekarang di tingkat 45. Jauh merantau.

Jadi hari ni, sibuk sibuk pindah ofis, kerja pun huru hara jadinya sebab banyak last minute 'wahyu', saya pun balik sedikit lewat. Lepas azan Maghrib saya keluar dari pejabat.

Sampai di depan rumah, saya teringat yang saya perlu membeli beberapa barang untuk dibuat masak esok. Cuba teka saya nak masak apa? Cekodok bilis je. Hahaha.

Nak lagi sedap saya plan nak letak daun kucai di dalam cekodok itu nanti. Jadi, kenalah beli daun kucai.

Saya berjalan kaki dari rumah ke kedai runcit di hujung simpang. Very near. Tak sempat penat pun. Hehe. Saya ambil daun kucai, dan ternampak tempe yang masih fresh, saya ke kaunter untuk bayar.

"Lambat kau balik, Paten", kata makcik kedai runcit.

Lupa pula hakikat diri yang ke kedai runcit dengan masih complete office attire waktu jam 8 malam. Memang unhealthy ye tuan tuan dan puan puan.

"Ha'ah. Banyak kerja sikit tadi. Tu yang lewat", saya jawab ringkas. Malas nak berborak panjang sebenarnya.

Lepas tu makcik tu tanya pergi kerja naik apa blablabla. Lepas tu saya terus cabut. Dalam kepala fikir, apa aku nak buat dengan tempe ni? Haha. Buat sambal tempe jelahhh esok. Hehe.

Sampai rumah, anak anak buah masih ada. Parents saya are not around. Mereka pulang ke JB. Anak anak buah penghibur hati.

Saya 'tangkap' si kakak sedang menulis surat cinta. Surat cinta untuk si adik. Si adik tak pandai baca sangat dan menulis pun sama lah, dia nak mengorat awek, dia mintak kakak yang tuliskan. Tak padan dengan darjah 1. Saya geli hati. Gelak guling guling.

Marah? Tak. Rasa lawak.

Ayat boleh tahan manis. Saya pun tak mampu semanis itu. Nasib baik berwajah manis hahaha.

Meh saya tunjuk 'sikit'.
Jangan jeles! Anak buah saya sweet! Macam makcik dia. Hahaha

Comments

ayunidati said…
Wahh memang sweet... pandai mengarang

Popular Posts