#39 Cerpen Berbabak-babak Mek Thiroh Ep. 2



Suasana pejabat sudah mula meriah. Seawal 730 pagi pun dah ada yang gigih ketuk ketak menaip kekunci komputer. Siapa kata syarikat majoriti melayu tidak proaktif? Proaktif juga sebenarnya kalau keadaan mendesak. Athirah sampai ngam-ngam 827 pagi. Kedengaran di corong pembesar suara doa dibacakan. Memang begitulah rutin syarikat itu setiap pagi. Kalau pekerjanya culas juga maknanya bukan salah pemimpin tetapi memang penyakit individu itu sendiri. 

Laci di sebelah kiri mejanya dibuka. Dia menarik keluar komputer riba yang dihadiahkan oleh syarikat kepadanya. Bukanlah hadiah pun sebenarnya. Memang untuk setiap eksekutif akan dibekalkan dengan komputer riba serba baru. Kononnya kalau diberi komputer riba mudahlah para pekerja untuk membuat kerja dari rumah atau di mana saja mereka berada. Athirah pun begitu? Tak ada maknanya. Terlalu berpegang kepada prinsip 'work-life balance', maka boleh jatuh hukum haram kalau dia mula buang tabiat buat kerja dari rumah. Sebenarnya, Athirah mungkin seorang pemalas. 

"You dah breakfast?", sapaan Syed mengejutkan Athirah dari lamunan. Dia masih terganggu dengan soalan Abahnya pagi tadi. Dalam hati masih rasa geram kenapa disogok soalan sebegitu yang membuatkan otaknya terganggu sekali. Dia memang tidak suka mengenang apa yang pernah dia lalui. Barang yang lepas memang haram dikenang, padanya.

"I dah makan cekodok kat rumah tadi. My mum masak. Kenapa, you nak ajak I breakfast ke?", Athirah menjawab dan kembali menyoal Syed. Syed, lelaki Perlis yang sangat sopan santun orangnya. Sebagai seorang rakan sekerja, Athirah sangat selesa dengannya. Terkadang Syed lah menjadi telinga tatkala Athirah merasa seperti ingin bercerita. Dari hal kerja, isu semasa sehinggalah hal hal 'tekanan' seorang anak khususnya menjelang usia yang kiri kanan depan belakang orang tembak soal jodoh, kahwin, jodoh, kahwin, jodoh lagi dan kahwin lagi.

"You free ke? Kalau you free, jomlah breakfast jap kat bawah", Syed mempelawa. Kadang-kadang Syed selesa mengajaknya bersarapan bersama kerana waktu itulah Syed boleh berkongsi pendapat perihal kerja dan tekanan yang dia rasa. 

"Free tu taklah. Tapi kerja kan takkan pernah habis. So, lets go! Haha!", Athirah menjawab dengan sedikit semangat. Sengaja dia menggayakan watak kanak kanak tak cukup umur, sampai berpusing 180 darjah terus ke arah pintu dengan lajunya. Syed ketawa kecil. Athirah memang gemar buat orang ketawa dengan gelagat kurang matangnya tak kira waktu. 

-----------------------------

Sesi sarapan mereka pagi itu diselangselikan dengan luahan perasaan Syed yang mula hilang keseronokan bekerja di dalam syarikat itu. Tekanan yang dirasakan sama seperti Athirah. Bukan kerja yang menjadi bebanan tetapi sikap manusia yang berurusan dengan mereka. Kalau dibiarkan menjadi jadi pula perangai tidak bijak mereka. Tetapi kalau ditegur nanti dikatakan cuba tunjuk bagus pula. Naik pening dibuatnya. Lain generasi, lain cara fikir dan cara tindaknya, kan? Mereka juga sempat berborak tentang beban tanggungjawab rakan sekerja yang sudah berkeluarga. Memang mereka sependapat, berkeluarga sambil bekerja bukanlah perkara mudah. Makan gaji ini perlu banyak jadi 'pak turut'. Terikat dengan arahan dan kehendak ketua. Terikat juga dengan masa. Tak boleh suka suka. 

"I ada benda nak tanya you ni. If you don't mind lah", Syed bertanya. Serius pertanyaannya secara tiba-tiba. 

"Tanya apa? Tanyalah. You ni macam tak biasa pulak". Athirah sedikit 'suspens' tetapi dia kekal dengan riak wajah tenang dan ceria. 

"My mum, suruh tanyakan dekat you, you dah ada orang ke belum?", Syed terus 'straight to the point'. 

Athirah terasa aneh dengan soalan sebegitu yang datangnya dari Syed. Sejak bila Syed pandai tanya bab-bab ni? Tak pernah pun Syed tunjukkan minat dia dalam hal hal peribadi macam ni melainkan Athirah sendiri yang bercerita. Aneh Syed kali ini. Athirah tergelak kecil. Geli hati.

"Apa lawak soalan you ni. Haha. Kenapa your mum suruh tanya? Motif? Hahaha!", Athirah membalas dengan tawanya. Athirah memang tak tahu waktu serius dan waktu melawak, mungkin. 

Syed juga tergelak kecil. Dia pun ambil masa untuk bertanyakan kepada Athirah soalan seumpama ini padahal Mamanya sudah sekian lama meminta dia 'merisik' Athirah. Syed memang rapat dengan Mamanya. Dia selesa bercerita hal pejabat, hal rakan-rakan dengan Mamanya. Sehinggakan Mamanya seakan-akan mengenali semua kenalan Syed walaupun tak pernah berjumpa. Dalam diam, Mamanya jadi berkenan dengan Athirah. Athirah yang diceritakan Syed. Itu yang membawa kepada soalan yang terpaksa Syed ajukan kepada Athirah. 

"Lawak tak lawak sangatlah. I serius ni. Memang my mum suruh I tanya you. Tebal muka I nak tanya. Lama dah kot my mum suruh tanya tapi I buat bodoh je. Tapi lately dia paksa juga tanya. Hence the question I put before you just now. Hehe", tenang Syed menjawab. Terperinci dan tak perlu 'further clarification'.

"Ok that's weird", Athirah memberi respon dengan kening berkerut. Dia memandang Syed. Kejap kejap dia memandang orang yang lalu lalang menjenguk pilihan makanan di gerai gerai yang bertentangan dengan tempat duduk mereka. Athirah menarik cawan Teh O Suam yang dipesannya diawal tadi mendekatinya. Diteguknya perlahan-lahan. Dia menunggu respon Syed selanjutnya. Tak masuk akal soalan sebegitu datangnya dari ibu kepada rakan pejabatnya yang tak pernah dia kenali. 

Dalam hati Syed wujud kekesalan kerana bertanya. Segan pun iya. Malu apatah lagi. Kalau bukan kerana ibunya yang mendesak, dia takkan tanya. Memanglah Athirah tu punyai ciri ciri menantu yang ibunya mahukan. Tak lembik, tak mengada-ngada, ceria dan suka menggembirakan suasana. Tambah lagi bila Athirah kelihatan cenderung dalam soal agama. Semua tu memang Syed ceritakan kepada ibunya. Tak sangka ibunya beriya-iya berkenan walhal jumpa sekali pun tak pernah.

"Kenapa mak you tanya?", Athirah masih menunggu respon Syed. Teruja juga dia untuk tahu. 

"Fine. My mum suruh tanya you available ke tak. I shared a lot of stories pasal you yang I tahu. I hope you don't mind", tenang Syed menjawab. Dia fikir, bercakap jujur lagi senang. Tak perlu pusing pusing. Dia pun tak pening. Dalam masa sama dia risau juga persahabatan baik hampir 2 tahun antara dia dan Athirah terganggu kerana hal ini.

"I am still puzzled as to why your mum tanya. But that's fine. I think you know that I am still single after 'the incident' that failed my plan to be double tu. Hahaha!", Athirah akhirnya memberi jawapan kepada soalan Syed tetapi tetap dalam keadaan berseloroh. Tak habis habis nak sorok keseriusan dia. Syed pun tersengih-sengih saling tak tumpah macam kerang busuk.

"I know lah pasal the incident tu but that was what, one and half year ago? Mana lah tahu dalam diam parents you dah selongkar senarai calon untuk you?", Syed kembali menyoal untuk mendapatkan kepastian.

"Ah propa sangat soalan you tu. Parents malas layan bab bab carikan calon ni. Zaman sekarang, parents nak relaks relaks je. Tak mau pening. Dah you ni kenapa serius gila bertanya. Funnehh! Hahaha!", sekali lagi Athirah menjawab dengan keadaan tidak serius. Namun Syed tahu bahawa sungguhpun nada jawapan Athirah tidak serius, isi kepada jawapan itu cukup bermanfaat untuk dia sampaikan kepada ibunya. 'Mama must be happy!', getus hati Syed.

"Thanks for the answer. So let me tell you this as to why my mum suruh tanya you status of availability", Syed menyambung perbualan. Athirah hanya diam, sekali sekali dia meneguk air Teh O Suam. Sekali sekali dia menonton gelagat orang ramai yang membeli makanan sarapan pagi itu.

"My mum nak risik you for my brother. He is still single. Dia tak kisah my mum carikan calon untuk dia. He is a good man. A very good man, Thirah. I hope you could consider him..", akhirnya Syed meluahkan amanah yang dia simpan selama beberapa bulan ini. Bukan mudah untuk merisik teman sepejabat sendiri untuk ahli keluarga sendiri. Amanah ini sangat berat baginya. Tambah lagi mengenali Athirah dan 'pengalaman gagal dalam perhubungan'nya sebelum ini membuatkan dia menjadi serba salah. Dia tidak mahu memaksa. Dia sekadar menyempurnakan amanah.

Andai Athirah setuju untuk menerima, ibunya memang akan menjadi orang yang paling gembira. Malah katanya ibunya, kalau Athirah setuju, tahun ini boleh bertunang, tahun hadapan terus langsung. Tak ada apa yang mahu ditunggu lagi kerana Along sudah cukup matang untuk tanggungjawab sebagai seorang suami. 

Andai Athirah menolak, dia tidak pula marah atau ralat. Dia faham bahawa 'simple simple' Athirah, dia agak 'critical' dalam urusan jodoh. Memilih itu tidaklah keterlaluan tetapi mungkin kriteria yang dia cari sedikit menjadi cabaran buat lelaki lelaki biasa. Dia teringat dia pernah bertanyakan kepada Athirah adakah dia mencari calon suami yang gajinya lebih besar darinya? 'I cuma mahukan lelaki yang soleh, beriman, dan mampu membimbing dan memimpin I ke Syurga bersama keluarga I. Dia tak perlu ada Master cukup sekadar dia bijak dalam berfikir'. Itu kata Athirah. Orangnya nampak simple tapi fikirannya sangat mendalam. 

"Syed, kita sambung lain kali la ye. Ni dah lewat ni. Lama kita curi tulang minum kopi. Kerja menimbun. Kang ada pula yang datang cari kita bawak parang. Hehehe", Athirah cuba menukar topik dan mematikan perbualan 'serius' itu di situ. Dia bukan jual mahal tetapi dia perlu masa. Dia perlu masa untuk menilai 'tawaran' itu, dia juga perlu masa untuk menyemak keadaan hatinya. Dia risau dia mengkhianati harapan orang. 

"Yup sure. No problem. I understand if you need some time to think about it. Don't worry..", kendur suara Syed. Dia tahu dia telah menciptakan suasana kurang seronok buat Athirah. Tetapi dia tahu Athirah sebagai seorang yang positif dan profesional takkan melarikan diri darinya kerana hal itu. Dia berdoa agar Athirah faham kondisi dirinya sebagai pemegang amanah.

"Thanks Syed for being understanding. Jom!", Athirah mematikan perbualan nak bangkit dari kerusi tempat dia duduk. Syed menuruti. Laju langkah Athirah keluar dari kawasan kafeteria menuju lif. 

----------------------
'Best jugak kalau Thirah jadi kakak ipar aku!' - Dalam hati Syed. Berangan!

'Ya Allah, dugaan apakah ini? Ada calon pun susah, takde calon lagi payah.' - Dalam hati Athirah. Sewel!

-----------------------

P/s: Sambung kendian. Ni cerita dongeng.

Comments

Popular Posts