#26 Empat dalam Satu cerita

Bismillah. Alhamdulillah.

Semenjak balik dari bercuti, belum sempat lagi berehat dengan puas. Hari hari busy, hari hari tidur lambat, hari hari pun fikiran rasa letih dan padat. Too many issues to digest. Too many emotions to handle. Gitu.

Satu | Kerja dan Perubahan.

Saya baru bertukar port-folio di tempat kerja berkuatkuasa 1 Oktober. Alhamdulillah dah tak perlu menghadap Process Owner yang puas saya hadap sebelum ini for almost 2 years. Cuma cabarannya ialah saya perlu struggle untuk faham job scope terbaru. Paling mencabar sekali ialah untuk terus memujuk hati selagi mana keberadaan saya di bawah payungan ‘legal’. Hehe. Kalau dulu kena attend to whatever legal matters related to Procurement. Now kena attend to segala legal matters related to a different line of business, few anak syarikat tempat saya bekerja dan juga cater isu PDPA. 

My bad because I underestimated the challenges in the new unit. Mencabar juga. Tapi bak kata mat saleh, ‘the beginning is always the hardest’. So, it is okay. This is a learning curve for me. Kan?

Thanks Google

One of the many challenges dalam urusan bertukar unit dek kerana restructure/realignment department ni, selain dari kena belajar perkara baru (which will make you a better person so don’t regret) is the stressful moment during the transition period where you have to make sure that you handover matters well and get ready for unfamiliar matters to be handed over to you. Pertama, kita hand over kerja lama yang masih pending kepada orang yang ganti kita. Kedua, orang hand over kerja lama mereka yang masih pending kepada kita sebagai penggantinya. Dan kebiasaanya, 2 minggu pertama memang transition period yang sedikit ‘alahai… kak leha sayyyaaanggg’. Lemah lutut.

Dua | Rumah dan Segala Isinya.

So isu kerja dah bikin pening. Kat pejabat seharian mental macam di-cabul hak kedamaian (hehe). Balik rumah pula kena digest perkara-perkara lain especially bila ayah ibu saya tak ada, pergi menunaikan haji. Cabaran boleh tahan juga. Contohnya, kucing-kucing peliharaan mereka (bukan saya) perlu kita tengok tengokkan. Setakat hari ini dah 2 kali saya pergi kedai makanan haiwan beli makanan kucing. Tapi diorang tak gemuk gemuk juga. Sebab kucing yang mendatang pun ramai yang rembat makanan diorang. Kesian, tapi kena ajar mereka kongsi rezeki kan? Haha

Lepas tu seekor anak kucing telah hilang. Saya syak dirembat orang sebab this is not the first time happened. Sejujurnya bila kucing dicuri saya gembira sebab saya rasa sudah-sudahlah tu ayah ibu saya memeriahkan rumah dengan kucing kucing serta kerabat mereka.hehe. Tapi dalam satu sudut lain rasa macam kesian ayah ibu saya balik nanti tengok seekor kurang.hahaha. Manakala seekor lagi anak kucing yang tinggal pula macam tak berapa sihat. Sakit mata lah apa lah. Dan saya mencatat sejarah peribadi beli ubat mata untuk anak kucing tersebut. Saya dah feeling macam saya ni mak-mak kucing pula. Haha. 

Masa saya beli ubat mata kucing tu, saya tanya: 
“Kalau manusia yang pakai ni mati tak?”
Orang kedai tu cakap: 
“Err. Janganlah pakai. Ni untuk kucing”.
Haha. Lawak saya tak jadi. Lame joke. Fine. Skema punya orang kedai. Cis.

Oh ya another thing, bila ayahbonda tak ada di rumah ni rasa macam hilang vitamin untuk segar. Sendu je rasa. Balik kerja stress stress, tak ada pula penenang jiwa dan penyejuk mata. Alahai. Kesian kita. Walhal ayahbonda kita tu syok benar whatsapp gambar dia makan maggie dalam cawan di Arafah. Tidur bawah khemah. Kita rasa macam sayunya 'mak aku makan maggie je?'. Tapi orang tu kat sana kemain gembira. Menerima jemputan Allah swt, mahu tak gembira?

Makan maggie makan maggie juga, jangan lupa doakan kita sudahle... hehe.

Tiga | Raya Haji.

So memandangkan ayahbonda pergi menunaikan haji (which I am so happy for them), saya di sini perlu memikirkan apakah yang perlu saya lakukan pada hari raya haji yang tinggal beberapa hari lagi ni.hehe. Nak balik rumah mertua hajatnya tapi belum jumpa alamat.haha. So I have no choice other than beraya ala-ala bujang style. Nasib baik ada adik saya dan abang saya kali ini. So menu di pagi raya mungkin Sambal Sardin dan Nasi Putih. Jemput datang? Hehe.

Adik saya requested for Creamy Mushroom Spaghetti to be served on Hari Raya. Gitu selera Mat Saleh tak sedar diri beranak di sebelah sawah yang ada lembu sedang membajak.haha (over gila kutuk). So mungkin itulah menu-nya. Haish. Susah juga orang bujang nak beraya ni.

Empat | Konvokasi.

Saja je nak memburukkan bahasa menulis sebagai Konvokasi. Yelah, Konvokesyen is so an adoption of Convocation so macam tak original.haha. My Convocation will be on 13th October. Roughly like 10 days to go before the Ceremony. 

Excited?

Not really. My parents are not around. Suami pun outstation kat Afrika (sebab tu tak tau alamat mertua.haha) . Nasib baik ada kakak-kakak yang sangat caring dan lovely yang sanggup ambik cuti untuk datang menjadi ‘guests’ konvokasi kita. Kalau tak, kita macam dah nak pasrah dah ajak jiran sebelah rumah datang mewakili ayahbonda kita.haha.

So apa lagi.

Sila kumpul duit sementara berbaki 10 hari lagi ni untuk post kan bunga, coklat, kad ucapan dan buku ke rumah saya sebagai tanda simpati orang konvokasi tanpa ibu bapa dapat hadiri. Kasut sepasang pon okay. haha

Gambar sekadar hiasan.

Sedih. Hingus dah mula mencair. Undur diri dulu. Wassalam 
Hahaha!

Comments

Popular Posts