#21 My journey.
Bismillah. Alhamdulillah.
Kalau dilihat dari segi luaran, mungkin orang lain ada banyak sebab untuk membayangkan bahawa apa yang dilalui saya hanyalah yang indah indah semata.
Well. Perjalanan hidup mana ada yang sempurna yang indah sepanjang masa. Ada waktu waktunya manis, ada waktu waktunya pahit. Ada ketikanya bahagia, ada ketikanya berduka. Adatlah, kita semua sama. Apa anda pernah rasa, saya juga pernah rasa. Allah swt sangatlah adil sifatNya. Cuma yang membezakan hanya dari segi ekspresi kita. Saya mungkin lebih meng-ekspresi-kan bahagia saya melebihi duka/sedih yang pernah saya rasa. Atau masih saya rasa.
Saya manusia biasa.
Apa jua situasi pun saya belajar untuk mengingatkan diri bahawa sesedih mana pun saya, tidaklah saya ni Allah swt jadikan sebagai manusia yang paling berduka lara dalam dunia ni. Kan? Macam over benar lah sedih benda kecil-kecil tapi nak meroyan mengalahkan orang yang ditakdirkan sebagai orang paling derita dalam kehidupan. Mana aci.
I am glad that I have family yang cukup sempurna untuk saya. Parents yang boleh dijadikan sahabat dan teman untuk bercerita dan meluah tentang apa saja. Dan mereka sahaja manusia yang sudi menerima saya seadanya sungguhpun setelah segala huru hara, amuk-amukan, tempik-tempikan yang penuh emosi yang mungkin pernah saya ekspresikan. Cuba buat perkara sama pada orang lain, sungguh daku pasti ditinggalkan dengan ucapan ‘good bye’ dan ‘selamat jalan’.
In life, I have gone through obstacles. Yang realitinya kalau saya kenang balik, fikir sungguh-sungguh sampai emosi, saya terasa seperti mahu menumbuk diri sendiri. Bunyi macam terlebih emosi. But, yeah. Itulah yang sering saya fikirkan.
Malah saya akan marah kepada diri sendiri andai secara tak sengaja ‘teringat’kan perkara lampau yang langsung saya tak ingin ingatkan. Zaman pra-matang saya. Zaman kebodohan melanda dan bermaharaja-lela. Zaman ‘konon ingat Tuhan tapi hidup untuk enjoyy!’. Ya, zaman itu. Saya membenci kelewatan saya dalam menyedari hakikat bahawa hidup ini sementara dan tak perlulah untuk terlebih berjimba dan mengikut nafsu seronok semata.
Nafsu. Eh. Gerun menaipnya.
Namun yang demikian, saya bersyukur setinggi tinggi Syukur kepada Allah swt. Kerana Dia tidak meminggir. CintaNya tiada pernah lelap buat hamba-hambaNya walau saya sering terlupa akan hakikat kejadian saya.
Jujur, saya bukan manusia baik. Sempurna jauh sekali. Saya mengenali diri sendiri sebagai manusia yang nakal, yang banyak akal, yang gemar melanggar peraturan, yang suka ikut kepala sendiri, yang degil dan yang terlalu keras dengan prinsip. Sering saya lantakkan saja apa orang kata. Kala prinsip saya A, datanglah hujah 100 dalil pun daripada orang lain, tidak semudah itu mengubah prinsip A saya kepada A-. Begitu degil.
Namun begitulah. Kasih sayang Allah swt lah yang paling penting dan didambakan oleh setiap manusia dalam mencari sinar menuju Syurga. Masakan budak nakal degil tak faham bahasa keras kepala dan sebagainya ini mampu meraih syurga sewenangnya kalau usaha ke arah Syurga tidak setara mana.
Kesedaran hadir bila?
Saya sedar dan perlahan-lahan bangkit dari lena dan sasau apabila Allah swt menguji saya dengan sikap manusia terdekat yang saya sangkakan sahabat. Yang saya sangkakan kawan tiba-tiba bertukar lawan. Perlahan-lahan saya belajar bahawa nikmat dunia ini terlalu sementara. Kalau Allah swt takdirkan untuk menariknya semula dan terbiarlah saya sendiri sepi, maka itulah yang perlu saya hadapi.
Saya pernah melalui ‘struggle’ yang tersendiri tatkala saya ‘terpaksa’ memencilkan diri di masjid-masjid sekitar Melaka beberapa tahun dahulu kerana waktu itu otak saya terlalu sesak dengan masalah yang ditimbulkan manusia yang dahulunya saya percaya. Panggilan telefon dan sms yang hadir bertubi-tubi sungguh menyesakkan minda saya sehingga saya sedar, di rumah Allah swt jugalah tempat paling tenang yang mampu saya gapai waktu itu.
Malu? Mestilah. Sebab tatkala senang kita lupa, tatkala susah baru terhegeh-hegeh mencariNya. Tapi, kita kan hamba. Allah takkan berhenti mencurah cinta selagi kita sedar bahawa kita dahagakan cintaNya.
Selepas satu demi satu cabaran khususnya perihal persahabatan, saya belajar bahawa Allah swt sedang mentarbiyyah saya untuk menjadikan saya manusia yang lebih hamba. Dia kurniakan saya manusia-manusia yang kehadirannya tidak saya jemput tetapi aneh, saya selesa dengan mereka. Yang secara tiba-tiba saya ditakdirkan mengemudi program kebajikan dengan manusia-manusia yang ‘alim. Yang secara tak semena-mena saya digerakkan hati untuk menjemput seorang muslimah bertudung labuh (yang macam ustazah tu) menjadi rakan sebilik saya kerana kebetulan beliau menghadapi masalah tempat tinggal waktu itu. Dan banyak lagi keanehan yang berlaku.
Aneh. Keanehan yang berlaku di luar kawalan. Tetapi segalanya memberi ketenangan.
Masa telah berlalu meninggalkan saya dengan memori semalam. Juga mendekatkan saya dengan kefahaman beragama. I am still struggling on it. Jauh. Saya masih jauh dari kefahaman agama yang betul yang mampu menjadikan iman saya sekukuh-kukuh iman. Maka dengan kelemahan ini saya belajar bahawa saya perlu istiqamah. Istiqamah belajar itu satu perkara, istiqamah melawan nafsu dan kejahatan itu satu perkara.
Dan saya pingin untuk kongsikan bahawa adalah benar tentang hakikat yang jika kita inginkan kebaikan, pilihlah kawan yang baik-baik. I am not saying that my friends yang dulu-dulu yang zaman huha-huha adalah jahat. No. I appreciate them so much because they made my life happy. They coloured my life well. But what I am trying to say is this: kalau ingin teguh dalam jalan mendalami ilmu agama dan memantapkan iman ni, carilah sahabat yang sama-sama di jalan ini.
Because they will definitely wake you up when you fall asleep. They will remind you to perform your solat even if they know that you are so sleepy or that you are so tired. Bukan mereka tak kasihan sehingga memaksa kita solat walau terlalu mengantuk dan letih. Tetapi kerana mereka sayangkan akhirat kita, maka mereka akan sering mengingatkan.
Alhamdulillah. In my journey to become a better person, I found mine.
Dan percayalah, golongan yang baik-baik ini bukan seorang dua sahaja. Tetapi ramai. Terlalu ramai.
Bila mana kita membuka hati untuk meletakkan diri di jalan hijrah ini, maka Allah swt akan datangkan ramai orang untuk membantu. Tak semena-mena kita akan merasakan seperti, ‘oh ramai rupanya yang seperti aku’. Benar, we never walk alone.
Iman ini senipis kulit bawang. Rapuh.
Iman ini seperti tangga. Kejap atas kejap bawah.
Hati ini sifatnya berbolak balik.
Sebab itulah ada kes-kes cinta tak setia.
Manakan mampu setia terhadap cinta manusia kalau cinta kepada Yang Esa pun kita tak pernah ambil cara.
Jadi, kita perlu berusaha. Berusaha untuk menjadi lebih baik. Hari demi hari, jangan berhenti. Saya, anda, kita semua mengharapkan Syurga. Kita juga tahu Syurga itu harganya bukan percuma.
Mohon doa untuk perjalanan saya di jalan ini. Agar saya thabat dan istiqamah. Biarlah perkara yang dulu-dulu hanya menjadi memori yang mendidik diri, bukan untuk dikenang-kenang dan dirindui. Jauh sekali untuk diulangi.
Semoga beroleh Syurga yang kekal abadi. Sebab Allah swt khabarkan tentang keindahan Syurga yang Allahu, manisnya tak terkata. Seperti istana, di bawahnya mengalir sungai yang jernih. Pintalah apa saja pasti akan tertunai akan ingin kita. Bersama dengan orang yang kita cinta. Dilengkapi segala-galanya sehingga tak terdaya lagi untuk meminta.
Manisnya Syurga.
Masihkah ada ruang untuk kita?
Ini hanya secebis kisah saya. Yang terasa untuk berkongsi walaupun mungkin tiada nilainya. Moga Allah swt takdirkan yang indah-indah sahaja untuk kalian. Dari dunia hingga akhirat sana.
Wassalam
Comments