#20 hujung minggu yang ehem
Bismillah. Alhamdulillah.
Busy kemahin hujung minggu ini ye?
Ke Melaka menghadiri walimah sahabat seperjuangan yang dulunya setia di sisi sebagai Setiausaha sedang saya menggalas jawatan presiden persatuan (i am old now cause that was 5 years ago), ke Putrajaya menghadiri Konvensyen Bidadari (mengutip ilmu itu wajib because i am old), menghantar kakak sekeluarga ke Airport untuk pulang ke Dublin, menghantar saudara mara dari Terengganu ke perhentian bas selepas mereka selesai bertemu ayah ibu saya sebelum mereka berangkar menunaikan haji, and the list goes on.
Today is a holiday. Ingatkan dapatlah bersantai. Tapi tidak. Hehe
Baru selesai menguruskan beberapa hal untuk ibu saya dan selepas ini akan bertemu sahabat untuk berbincang tentang urusan walimahnya.
Untuk kali kedua, saya akan mempengerusikan majlis perkahwinan orang. Tahun lepas, walimah sepupu saya. Tahun ini, walimah seorang teman. Tahun depan? Walimah sendiri tak main lah jadi emcee sendiri. Tak glam gitu.
Okay. So kalau nak kahwin meh la jemput saya jadi emcee. Asal lepas duit shopping kat Dublin nanti kira cun lah. Haha. Kidding.
Wassalam
Comments