#9 Membahagiakan diri sebelum kahwin ep. 2 - Kusinero Cinta

Bismillah. Alhamdulillah.

Masih berhari raya? Makan banyak? Membina lemak di perut dengan jayanya? Yess! Andalah orang Melayu paling unggul. Hehe

Tu dia tengok title entry ni kemain panjang kan? Kemain poyo sekali. Let me share something about Kusinero Cinta.

Kalau anda ada Astro di rumah, probably anda tahu cerita apakah itu. Saya tak tengok sangat sebenarnya. Serius, tak tipu. Cuma kadang kadang tertengok. Hehe. Astro kan minat benar mengulang-ulang cerita jadi hari ni saya dapat menonton siaran ulangan. Entah episod berapa saya tak pasti.

Kusinero Cinta ni pelakonnya Aaron Aziz, Tiz Zakiyah dan Jericho Rosales. Ada lagi pelakon lain tapi malas nak senaraikan. Hehe.

So basically tadi masa tengok cerita tu saya terfikir memang manusia ni tak reti move on ke daripada masa lalu? Itu perkara pertama. Perkara kedua, memang manusia suka assume orang lain tak move on eh? Hehe

Sebab dalam cerita yang saya tengok tadi, Izmir (lakonan Aaron Aziz) yang dahulunya kekasih Tiz Zakiah (lupa nama watak dia apa) terserempak balik di Manila kemudian ada babak macam masing masing bila nak tidur dalam bilik duk termenung telek siling like mengenang masa lalu. Hello. Move on boleh? Haha

Saya tak faham kenapa perlu ada babak macam tu sebab watak Izmir tu sekarang ni dah ada tunang pun. Tunang dia lakonan Wan Sharmila yang sweet gitu. Haha. So apa motif nak mengenang kenangan lalu bila dah ada orang baru yang tak kurang hebatnya? *insert emo*

Tahu. Tahulah itu semua jalan cerita nak sedapkan plot dia je. Tapi. Soalan saya, perlu ke? Hehe

I am now thinking what will be the ending. Adakah Izmir akan kembali kepada kekasih lama? Oh tidak. I hate such ending. Sebab ending macam tu seperti berlaku tidak adil kepada orang baru yang berusaha membahagiakannya yakni si tunang itu. Hehe

Sounds emo huh? Haha. That's why I don't like to spend my time on dramas. Haha

So basically ramai orang nak bahagia melalui perkahwinan. Kan? Tapi ramai orang terlupa yang perkahwinan itu tak menjanjikan kebahagiaan. Kalau tak reti nak bahagiakan diri sendiri, guana nak bahagiakan orang lain?

Contohnya, kalau tak move on, jangan gatal nak bertunang dengan orang baru. Do you really need someone else to teach you how to be happy with yourself? No, right? Until and unless you have moved on, bertunang dan berkahwin lah.

Kalau tak, hang buat naya. Naya kat diri hang tak apa lagi. Naya kat pasangan hang tu paling kejam. Kan? Hehe

Tapi apa apa pun I am just saying this randomly. Sebab rasanya it is normal untuk manusia rasa susah nak move on. Sebab semuanya soal hati perasaan. Muka boleh senyum manis walhal dalam hati pedih terguris. Macam tu lah lebih kurang.

And. There is no point of starting a relationship with a new person when you keep on comparing him/her with your ex. Gila kantoi tak move on. Dan gila kantoi tak matang. Dan gila kantoi tak pernah khatam lagu 'barang yang lepas jangan dikenang'.

Akhir sekali kalau boleh saya nak tekankan sekali lagi. Belajarlah Izmir, belajar untuk membahagiakan diri sendiri dulu. Jangan kalut sangat. Anything, you know that I am just a call away kan, Izmir? Hahaha

Joking.

Fikir memolek na.
Hati tu serah kepada Allah.
Cinta Allah kasi penuh dulu ya?

Selamat Hari Raya Ke-14.
Eh!

Comments