#8 Kerja kita maruah kita.
Bismillah. Alhamdulillah.
Cuaca macam tak cantik. Jerebu macam tahap tak menggembirakan. Habis kabur alam flora dan fauna yang cantik dek penangan jerebu. Gitu.
Hari ni pepagi dah bedal nasi lemak. Lantakkan aja pesanan doktor untuk jaga makan sikit sementara batuk dan selesema ni. Mana tahan nak breakfast dengan selera mat saleh when we are actually minah kampung kan? Hehe
So right after the makan makan tak ingat dunia session I went straight to a meeting. Ya Tuhan, meeting tu kalau di bawa ayam bersama pasti ayam tersebut dah terberak kapur. Maknanya apa? Entah. Unexplainable.
Meeting scheduled from 10 to 12. Tapi pukul 130 tak ada gaya nak habis lagi. Saya dah panas punggung. Sangat tak selesa. Restless dan seangkatan dengannya. Because I am having a bad selesema sampai tahap hidung tersumbat. So nak cakap dengan gaya sengau sengau (hensem gila kan) plus nafas asik sangkut sebab blockage memang langsung tak cun. Hilang keanggunan. Haha. Paling best I left my nasal spray at home. I thought I already put it in my beg but it seems like illekwarekek. Faham ke? Haha. Illekwarekek tu tak ada la. Haha
So stress lah. Akhirnya jam 150 saya angkat beg saya angkat punggung. Minta maaf undur diri. And the rest continued with the meeting.
So what I want to share with you is the importance of respecting others time. If you scheduled the meeting for 2 hours make it 2 hours or less. That's number 1.
Number 2: you should know your plan very well, the commercial risks and etc before you call upon legal persons to advise you with regard to the project/matter. If you are unclear about your business arrangement and the operation side of the matter, how could you expect legal to advise? Dia macam mana eh nak cakap. At the end of the day, legal nak advise pun jam sebab you as the User failed to share your stand. Payah. We can advise what to do if you are clear on your stand. To be clear on your stand, you have to digest well the business arrangement.
Number 3: Kalau awak panggil legal persons bagai untuk brainstorm pasal project awak, logical ke tidak? Sebab bukannya legal tahu apa apa pasal teknikal. Jadi, kalau brainstorm commercial risk projek ke keuntungan ke jangan tanya legal. Legal bebal bab untung rugi. Legal tahu, kalau buat apa projek sekalipun wajibul ghunnah untuk anda memasuki satu perjanjian bertulis yang mana kondisi di dalam perjanjian wajiblah tidak meletakkan syarikat kita atau diri kita pada risiko melanggar undang undang atau melanggar perjanjian. So kamu kena tahu apa kamu nak whats your idea then only consult dengan legal sama ada idea itu melanggar undang undang ataupun workable.
Lagi tak boleh tahan kalau awak dah pandai pandai agree secara 'gentlemen agreement' without consulting on the legal impacts with the legal counsel then bila ada problem eh tetiba legal penting untuk join sesi penyelesaian masalah secara berjemaah. Ewah. Ni bukan sesi menikmati iftar jamaei. Dalam hidup ni tak ada orang yang benar benar sudi untuk mencuci berak orang lain. Melainkan anak dan ibu/ayah. Or cucu dan atuk/nenek. Atau makcik/pakcik dan anak buah.
But actually I am fine to advise. Because to me everytime I am put to involve in new matter be it problematic or not, I am learning new things. But I am quite sensitive about time. Sebab kerja kita membutuhkan waktu yang panjang dan fokus yang menebal dalam menghadap sesebuah kontrak. Nak vet nak review dan digest issue dan nak advise bukan kerja seminit dua. Malah sejam dua pun belum tentu selesai untuk satu kontrak. Imagine if everyday I received not less than 5 new contracts termasuk masih perlu menghadap on going matters. Mood tu sangat fragile tau sebab kontrak ni bukan seindah membaca novel Sebenarnya Saya Isteri Dia.
Obviously kalau dah meeting terlalu lama, mood pun dah ke laut, memang jawabnya bersabarlah kalian menanti reply yang lambat kunjung tiba.
Being a gentlewoman, I do apologize for every delay caused in replying those emails. My response time for every new contract is actually 5 working days. Nak kasi tahu yang sebenarnya paling cantik ialah menelaah 1 kontrak selama 5 hari. Haha. Tapi kalau dah hari hari orang buat muka sememeh minta tolong review dengan kadar segera (sampai saya pun lupa definisi segera tu apa) tak tahan juga ya. So even I took 3 days to reply pun I do apologize.
Terkadang hangin juga satu badan lalu dengan selamba tanpa perasaan saya menjawab "saya ada banyak lagi email tak sempat baca.". Tapi ini kalau kes orang tu tak penyabar sangat bila kita tak reply dia datang kat tempat kita. Memang mendapat.
Sering juga saya terganggu dengan soalan berkaitan polisi. Bekerja dalam syarikat besar kebiasaannya setiap department ada polisi tertentu. Seiring dengan prosedur yang disusun untuk sesebuah proses. Sebagai contoh, jika anda orang Perolehan, anda wajiblah khatam polisi Jabatan Perolehan. Logik ke kalau awak tanya hal polisi jabatan awak kepada orang jabatan lain walaupun legal?
Ibarat awak tanya apakah menu yang sesuai untuk awak makan bila mana selera awak dan selera saya tak sama. Jamm.
Janganlah fikir legal people khatam segala benda termasuklah seluar awak saiz berapa. Thats not relevant at all. I can answer if I know but will my answer makes you more clever or sebaliknya?
Lazimnya manusia ni bila sering disuap dia jadi semakin gemuk dan pemalas. If you get what I mean. Please stop being si gemuk yang pemalas.
Bangkit dan usaha mencari maklumat. Kemudian barulah boleh jadikan perkara untuk berbincang. Gayanya dah macam legal ni kamus syarikat. That is so wrong.
Sound ridiculous but well thats the fact. The mind is exhausted. Lagi exhausted bila dapat draft yang orang buat style kopipes termasuklah font berbeza. Atas lain bawah lain. And sometimes I wonder am I dealing with Uni graduates like really?
So a reminder to myself, jagalah kualiti kerja. Sebab kerja kita maruah kita. Kalau tak tahu boleh tanya. Kalau tak tahu tapi tak mahu tanya maknanya kita memilih untuk terus menjadi dungu.
Dan belajarlah untuk faham apa yang kita buat. Kita dibayar gaji bukan untuk jadi postmen. Setakat kopipes email forward apa A kata kepada B kepada C, apa faedahnya?
So watch out.
I am unwell and I am tired. Tu je conclusionnya. Haha
Tapi apa juga pesanan, perkongsian mahupun luahan di atas moga menjadi peringatan untuk saya dan anda semua.
Kerja kita, maruah kita.
Wassalam
Comments