#7 Membahagiakan diri sebelum kahwin
Bismillah. Alhamdulillah.
Pada usia muda-remaja ini, antara topik yang tengah 'in' yang sering menjadi bualan ialah ...... kahwin, marriage, baitul muslim, dan seangkatan dengannya. Bosan? Jangan. Sebab orang macho kena hadap dengan hensemnya.
Sebagai orang yang sentiasa muda-remaja despite hakikat lahir sebelum 1990, saya dengan tabahnya sering ditebak dengan soalan soalan selamba membunuh seperti 'kau bila lagi?' , 'dah ada calon ke belum?', 'bila nak kahwin?', 'teringinnya nak makan nasi minyak kau' dan ada juga yang selesa menyanyi 'jangan tunggu lama lama nanti lama lama dia diambil orang!'. Bikin panas.
Phew. Berpeluh menghadap.
Tapi ada tips untuk dikongsikan. Tips untuk hadap soalan soalan yang dibenci oleh golongan yang kabur tentang jodohnya.
Pertama: Sentiasa dalam keadaan bersedia dengan apa saja soalan yang mendatang. Because when you are in ready-mode, your mind can work well.
Kedua: Bila ditanya, 'bila nak kahwin?' atau soalan yang lebih kurang sama, jawab dengan tenang, 'bila tiba masanya..'.
Ketiga: Jika anda terus disogok dengan soalan mengundang like, 'takkan lah takde calon kot! Muka manis, kerja bagus, pandai buat kerja rumah blablabla', senyum je dan angkat tangan ke bahu sambil mata memandang ke atas dan katakan 'well, that is why i am too expensive!'
Keempat: Kadang kadang ada juga orang yang perangai huduh nak membakar hati kita dengan tuduhan liar seperti 'memilih sangat kamu nih!'. Untuk tuduhan macam ni, jawab dengan tenang seperti 'mestilah memilih Kak Senah oi. Kalau boleh nak kahwin sekali je di dunia ni sampai Syurga. Kak Senah pun dulu memilih juga thats why pilih Abang Leman sebab nampak tersusun orangnya. Kalau dulu Abang Leman jenis bulu ketiak tersembul dan pakai sepender di luar, Kak Senah pilih tak Abang Leman?'. Krik krik.
Kelima: Kadang-kadang escapism dengan cara meletakkan tanggungjawab ke atas bahu yang suka bertanya itu akan membuatkan dia diam seribu bahasa. Contoh:
A: 'Kamu bila lagi?'
B: Belum ada calon lagi lah Makcik.
A: 'Ish kamu ni! Tak kan lah takde..'
B: Betul Makcik. Belum ada. Makcik carikanlah calon.
A: 'Errr. Ish taknak lah makcik. Bukan apa, nanti tak sesuai ke masalah ke Makcik pun jadi susah..'
B: Haah kan makcik kan. Jadi kalau tak boleh tolong carikan, paling tak pun makcik boleh tolong diam kan?
Okeh. Cukuplah 5 tips setakat ni. Selamat mencuba dan bertabahlah hidup masih single dan bujang trang tang tang.
Eh tapi ingin juga ditekankan di sini bahawa apa yang utama ialah membahagiakan diri sendiri sebelum gelabah nak membahagiakan orang thru perkahwinan.
Allah menjadikan jalan hidup kita berbeza antara satu sama lain. Lantas kita dapat melihat ujian orang berbeza beza. Ada yang bahagia punya jodoh awal, tapi rezeki anak lambat. Ada yang rezeki anak cepat, kerja pula macam tak bagus. Ada yang kerja bagus gaji besar, ibu bapa pula tak ngam dengan suami/isteri. Dan macam macam lagi. So perkara pertama yang perlu kita hitung adalah cerminan diri kita. Muhasabah diri. Andai diuji cari hikmah di sebalik setiap ujian dengan mata hati.
Keyakinan kepada Allah swt itu sangat sangat utama. Kebergantungan kita sewajarnya hanya pada Allah swt semata-mata. Bergantung kepada Allah lah tentang jodoh kita, rezeki kita, ajal maut kita. Segalanya biar Allah swt uruskan.
Sentiasa selamatkan diri kita dari pemikiran negatif. Jauhkan diri dari sifat mazmumah. Jangan kita mudah cemburu dengan orang. Contoh, andai adik kita terlebih dahulu bertemu jodoh, jangan pupuk rasa gelojoh untuk berlumba dengannya. Jodoh dia jodoh dia. Jodoh kita jodoh kita.
Pastinya Allah meletakkan sesuatu perkara itu di tempat yang betul pada waktu yang betul.
Bertabah. Berdoa. Bersangka baik. Bergantung harap kepada Allah.
Moga rezeki jodoh yang baik yang soleh/solehah yang beriman yang layak membimbing hingga ke Syurga menjadi milik kita.
To be continued!
Comments