#6 Selamat Hari Raya!

Bismillah. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbt! :)

Kata orang, blog nak biarkan bersawang ke? 
Eh tidaklah. Nak jadikan tempat mengumpul sarang lelabah je. Hihihi.

Anyway, tahun 2014 ni sememangnya bukan tahun untuk menulis secara sakan. Projek nak menulis pun tak jalan-jalan sedangkan ni dah bulan Ogos. Aiseh, Ogos sudah. Maka dengan itu, ucapan hari raya pun dengan sengaja dilewat-lambatkan sebab kekonon busy.

Mat Saleh berkata, "better late than never!", so here I am wishing you "Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum"

Source

Alhamdulillah sekejap je masa berlalu, kan? Sepanjang Ramadhan as I could recall, I managed to posted up 2 blog posts on this blog. While I am happily abandoning my another blog. Susah rupanya memasang dua ni kan? I wonder how it feels to have two boyfriends or two wives or even more than two! hehe. 

Raya treated my family and I very well. Few days before raya we received a big surprise from my eldest sister and her family. They came all the way from Dublin to celebrate Raya with us when they actually told us that they couldn't make it for this Raya. Tiket mahal la, ekonomi meleset la, blablabla. Tiba-tiba jam 130 pagi pintu rumah bergegar dengar orang bagi salam kuat-kuat. Surpise sangat.

So basically Raya was good alhamdulillah. Yang tak bestnya ialah tak banyak duit raya yang diterima, sebaliknya duit banyak keluar.hehe. Tapi yakini rezeki dari Allah. Yeah.

Sempena musim raya ni, ramai juga yang diserang 'demam raya'. So, hati-hati. Sedang kita syok beraya, nyamuk aedes beraya sakan juga. Jangan lupa jaga kesihatan.

This morning in the office I was googling for some travelling tips like what to packs, what shoe is suitable for travelling purpose in Europe country with current weather etc. Because I am supposed to fly to Dublin with my eldest sister and her family this weekend. Konon baru dapat kesedaran diri untuk mempersiapkan diri. Hehe.

Tapi kita hanya merancang, Allah swt juga yang menentukan. This afternoon my sister had just informed me that we have to re-schedule our flight to Dublin due to my bro-in-law health condition as he is currently down with dengue and admitted in the hospital. Selamat Hari Raya ucapan kepada nyamuk Aedes ku tujukan untuk mu.

Source

So pendek cerita semakin hari jadual ku semakin miserable. Flight maybe ditunda ke mid-September. Tambah pening bila tak dapat pastikan bilakah flight ayahanda dan bonda untuk urusan haji. Kalau clashing kang nangis tak berlagu tapi berjoget je kang. Tambah pening juga when I have promised someone to emcee her wedding reception in mid-September.

Moga Allah mudahkan segala urusan.
Kita beraya, nyamuk beraya.

Maka terbuktilah, main mercun dan bunga api walaupun asap kepul-kepul dahsyatnya seperti rumah terbakar, tetap tidak dapat menghapus nyamuk. hehe. Moral of the story, mercun dan bunga api memang satu pembaziran yang jelas! Peace.

Akhir kata, sama-sama doakan yang terbaik untuk kita semua dan saudara-mara di Gaza, Palestin. Moga Allah swt laknat terhadap Israel dan sekutunya. Dan moga Allah campakkan dalam diri kita sifat istiqamah untuk terus memboikot barangan Israel dan terus membenci kejahatan dan pembunuhan yang dilakukan oleh mereka.

Juga, good luck untuk projek Puasa Enam di Bulan Syawal.
Moga Allah swt redha.
Amin.

Wassalam.

Comments

Popular Posts