#18 Banyak benda.
Dalam hidup.
Ada banyak banyak banyak benda
Yang perlu kita kira dan hitung
Yang wajib kita panjat akan syukur
Hari hari.
Ada senyum ada tangis.
Ada bahagia ada sedih.
Ada manis ada pahit.
Banyak banyak banyak benda.
Yang kita pingin yang terlalu.
Yang terlalu kita ingin.
Untuk menjadi.
Tapi.
Dalam banyak banyak banyak benda yang kita terlalu pingin itu
Allah takdir sebalik
Untuk kita berhenti menjadi si jenin.
Untuk kita kembali merintih.
Kita ingin.
Kita mahu.
Kita rancang.
Kita tuju.
Tapi.
Allah juga punya misi untuk kita.
MisiNya.
Agar tidak kita lemas dalam angan yang menggoda.
Agar kita tidak sesak nafas dalam asap dosa.
Kamu.
Aku.
Dia.
Mereka.
Sama.
Kita pingin capai cita cita.
Kita tunggu jiwa disimbahi cinta.
Tapi. Kita lupa.
Dalam lima juta banyak banyak benda yang kita ingin dan citakan.
Pokoknya. Akar tunjangny.
Cinta kepada DIA.
Sehingga DIA mentakdirkan 'kunfayakun'Nya.
Moga aku dalam doa doa kamu.
Tidak sekadar di awang mimpimu.
Rindulah.
Rindu DIA.
Pemegang kunci rahmat ke Syurgamu.
Pohonlah.
Pohon ada lorong yang punya simpang temu
Untuk kita bersatu.
Dalam redha TuhanMu dan Tuhan aku.
Agar.
Banyak benda lagi
Bisa diperjuangkan.
Agar roda dakwah lebih laju dipacu.
Untuk Syurgamu dan Syurga aku.
Nora Esparela, 28 Ogos 2014
Comments