#17 Kesah Chenta
Bismillah. Alhamdulillah.
Hari ni banyak benda tak best berlaku di pejabat. Menjadikan saya rasa hati saya tinggal secubit je untuk berkhidmat. Antaranya adalah setelah mendapat email dengan tanda seru "!!!" banyak banyak. It is so not funny. But it is okay. No it is not okay actually. Cuma malas layan.
Hari ni juga balik lambat sebab meeting dragged dengan over sekali. But it is okay.
No actually that's not okay but I try to take it positively. Everyday I learn. Yeah.
Lets not talk about office and work, okay?
Kesah Chenta.
So tadi masa lunch I had a chit chat with a friend of mine. A friend since MMU punya zaman sampai bekerja di bawah satu bumbung sama.
For a record, since zaman belajar, saya dah biasa jadi 'Dr. Love' yang tidak bertauliah. Macam macam kesah chenta yang saya dengar dan digest. Malah kisah rumahtangga juga. Terasa poyo feeling kaunselor kadang kadang.
This friend of mine berkongsi perkembangan terkini beliau dengan kekasih hati. It is good to hear the updates. Kawan happy, kita happy. Kan?
Ada beberapa perkara yang menjadi kerisauan antaranya financial sang kekasih belum stabil. Ini perkara biasa. Kan?
Dalam masa yang sama, sebagai seorang perempuan yang concern dengan pertambahan usianya, pastinya dia kalau boleh ingin mempercepatkan urusan perkara yang baik baik. Makna kata, lebih cepat kahwin lebih baik.
Then jadilah kerisauan sang kekasih, macam mana nak kahwin dalam masa terdekat kalau tak cukup duit, duit hantaran lagi dan sebagainya.
Mendengar cerita sahabat yang ini, saya teringat juga kepada seorang sahabat saya yang satu lagi.
Saya berpesan kepada kedua duanya, that they both need to communicate well with their partner.
Pertama, lelaki perlu jelas dengan target perempuan untuk menamatkan zaman bujang. Lelaki perlu consider bahawa pertambahan usia perempuan akan efek reproduksi, akan menjadikan self-esteem perempuan tersebut jatuh kerana orang lain dah kahwin, dia tak laku laku dan perlu jelas bahawa waktu paling ideal untuk perempuan melahirkan zuriat adalah sekitar usia 24-25 tahun. Kalau 28 tahun dah rugi lah beberapa tahun.
Kedua, perempuan perlu faham konsep 'sayang je takde makna kalau takde usaha'. Usaha yang wajar difokuskan ialah usaha mempersiapkan diri dan keadaan ke arah berumahtangga. Ramai yang tak sedar menjadi bodoh sebab baik sangat bagi masa kepada lelaki selama mana pun. Konon setia. End up lelaki tu pilih orang lain. Hehe.
So I believe in the concept that the guys have to show some efforts in reaching that stage ie to get married. Saying I love you tak cukup kalau ayat hujungnya berbunyi 'tapi I tak tahu bila boleh kahwin dengan you'. Memang jodoh tu rahsia Allah. But it is you who should take efforts kan. Ada usaha baru boleh singkap rahsia.
Basically ini dua perkara penting yang saya highlight selain daripada ayat ayat dramatik saya macam 'Siapa pun pilihan kau aku tetap happy untuk kau.'
And the worst part bila jadi Dr. Love tak bertauliah ni bila soalan di u-turn kembali kepada kita like 'Kau pulak macam mana?' And the list of questions go on and on.
Kadang kadang saya ada tenaga untuk berkongsi rasa, saya kongsikan. Kadang kadang saya hanya mampu melepaskan keluhan panjang (like I did today) dan cakap 'Lambat lagi kot'. (dalam kurungan - aku malas fikir - dalam erti kata lain loser.hehe)
And that answer will definitely invites macam macam pesanan sahabat kita pula in return. Like, 'kena usaha babe, tak leh tunggu je'.
'Usaha macam mana maksud kau?', sengaja saya bertanya.
'Berkenalan dekat facebook pun okay', kata kawan saya.
Saya geleng kepala laju laju. That's so not me. Hahaha. 'No it's okay. I am all good', dalam kepala dok berputar yang 'hello I am not that desperate'.
Life is so mysterious kan. Kadang kadang sampai kita jadi speechless.
Tapi apa apa pun pengalaman ringkas yang saya alami sangat membantu saya dalam menasihati kawan kawan saya. Kadang kadang kawan kawan bercerita how nervous they are sebab kena bersiap sedia jumpa family kekasih mereka. Funny that muka cool habis macam manusia paling macho. Tapi cuak bukan main juga. Hehe
Apa sekalipun yang bermain di fikiran seperti risau di-judge, disuruh tolong memasak di dapur dan sebagainya, kena yakin bahawa Allah swt juga yang pegang hati kita dan mereka semua. Kalau Allah swt izin mereka suka kita, maka sukalah mereka terhadap kita. Dan sebaliknya juga begitu. Kan hati hati kita ni Allah yang pegang.
Off course to please others is a very tricky part in dealing with relationship. But whether you like it or not, you got to deal with it.
First impression is forever.
Pernah dengar statement ni?
Well. That's why it is not easy to please what more to impress others. Almost impossible.
Fokuslah kepada please Allah swt dan Allah swt akan reply dengan kasih sayangNya.
Akhir kata, jodoh itu kuasa Dia bukan kita.
Selamat maju jaya kepada yang sedang bercinta.
Percepatkanlah urusan berumahtangga.
Wassalam
Comments