#14 Pesan mak mak.
Pesan mak mak.
Cakap jangan banyak.
Makan jangan lahap.
Duduk jangan kangkang.
Jalan jangan kengkang.
Mulut jangan longkang.
Nasihat jangan dibangkang.
Pesan mak mak.
Hidup kena semangat.
Prinsip kena kuat.
Bicara kena hemat.
Maruah dijaga cermat.
Ilmu kena hebat.
Pesan mak mak.
Kau anak mak.
Kau anak mak.
Kau anak mak.
Biar orang buang, kau tetap anak mak.
Tabah ye, nak?
Ingatlah pesan mak.
Najlaa,19 Ogos 2014
Comments