#16 Ghaya Ghaya.

Bismillah. Alhamdulillah.

Sebagai seorang yang imannya senipis kulit bawang (yang busuk), dengan rendah hati saya mengaku bahawa saya baru saja ghaya! Yeay! Hehe

Selepas pelbagai ujian tawaran makanan, ujian tiada kesedaran diri, ujian iman tak kuat dan sebagainya akhirnya semalam menjadi hari terakhir saya berpuasa Syawal. Dan in case awak semua tak update dengan kalendar hijrah, hari ni, 26 Ogos merupakan hari terakhir dalan bulan Syawal, yakni 30 Syawal 1435 H.

Dan memandangkan semalam hari terakhir berpuasa, saya pun melantak dengan semangatnya. Tak tolak tepi tapai dan aiskrim yang dimakan sekali. Oh nikmat. Haha.

Hari ini saya terjaga lewat. Tatkala kakak sepupu saya mengejutkan saya ketika beliau memasuki bilik saya untuk solat Subuh, dia berkata "Najlaa, najlaa. Tak kerja ke hari ni?"

Saya bermati-matian mengenangkan hari ini adalah hari Sabtu. Lalu saya bertanya, "Hari ni hari apa?".

Which I can't believe that I am that stupid to ask what day is today. Hei, semalam Isnin lah. Hari ni Selasa lah patotnya. Duku kepala sendiri.

"Hari ni hari Selasa", kakak sepupu saya menjawab.

"Ha?! Ye ke? Ingatkan hari ni hari Sabtu!", gelabah dengan terkejut semua bercampur. Biadap punya mimpi yang membuatkan daku tertipu. Bahaha.

"Macam mana pulak hari ni hari Sabtu. Baru kelmarin kita buat kenduri Ummi Abah hari Ahad", tenang kakak sepupu saya memberi penjelasan agar saya lebih yakin bahawa saya perlu pergi kerja.

Haila. Hujan punya pasal, feeling feeling holiday pulak kita. Ingatkan tengah holiday di hotel tepi pantai. Sejuk semacam je. Rupanya sebab tiupan kipas yang penuh habuk dan hujan sepanjang malam yang menyejukkan suasana. Baru ku sedar. Daku tertipu.

But anyway. Once I realised that its okay to go to work today sebab boleh makan banyak banyak, so jadi semangat balik lah.

Hahaha. Kesahnya sebab dah ghaye. Ghaye weh. Ghaye.

Dah lah bergegas bersiap solat bagai kan. Lepas tu cari cermin mata tak jumpa pula. Biadap punya cermin mata main nyorok nyorok.

So kesimpulan today, kalau ye pun raya jangan lah begitu sekali loqlaq nya. Buat malu masyarakat je.

Haha.
Dan entry ni ditaip masa dalam LRT otw ke pejabat.
Cool!

Selamat Hari Ghaye!
Wassalam

Comments

Popular Posts