#15 Selamat Hari Isnin
Selamat hari Isnin.
Hari Isnin – hari paling bersemangat untuk bekerja.
Kan?
Lepas tu bila sampai ofis tiba-tiba jadi orang paling rajin untuk baca segala berita terkini di surat khabar online. Kan?
Cheyy. Itu tandanya apa?
Itu tandanya mood nak buat kerja lambat mari, kita melilau di online dahulu. Kan? Hehe
Haji.
InsyaAllah musim haji tahun ini ibu bapa saya akan pergi menunaikan haji. Gembira dan terlalu gembira untuk mereka kerana mendapat jemputan dari Allah swt. Walaupun saya was-was, tidakkah saya akan merindui keberadaan mereka di sisi saya seperti hari-hari yang telah saya lalui sebelum ini? Hehehe. Cengeng. Tapi, saya wajib gembira untuk mereka.
Kenduri.
Jadi semalam kami mengadakan majlis doa selamat sempena jemputan haji yang mereka terima. Alhamdulillah, misi ibu saya untuk memasak sendiri (no catering katanya) dan menjamu approximately 200 orang berjaya. Berjayanya pastilah dengan keberadaan saya yang setiap perkara pasti akan ‘argue’ dengan beliau. Sampai kan kuih karipap nak hidang dalam tray mana satu pun boleh berlawan hujah sampai menangis karipap tu dibuatnya. Haha. So pendek cerita yang memasaknya bukan saya, tapi yang bikin onar-nya adalah saya. I am the winner!
Karipap nama beliau. |
But seriously, I have to admit that I felt stress working in the kitchen. Sebab ibu saya agak banyak pantang-larang di dapur. Kalau boleh diukur spesifikasi berapa panjang timun dan lobak yang perlu dipotong untuk dibuat acar, pasti dibawanya pembaris untuk saya. hehe. Menu pula taknak lagi renyah, nasi dagang you ols. Tak campur lagi nasi putih dengan lauk pauk serta menu-menu raya yang malas hendak saya senaraikan di sini (sebab ini bukan blog makanan! hahaha). Lucky us that we have our cousin sister (my Ummi's favourite niece) untuk turun Kolumpo dan membantu menjadi co-chef. Kalau ibu saya marah saya, saya lari, kakak sepupu saya tadah telinga. Yeay. haha. Malah kalau saya geram dengan 'pantang-larang' ibu saya, saya bebel-bebel meluahkan perasaan, kakak sepupu saya yang tadah telinga. hehe
And for that, Alhamdulillah.
Walaupun sepanjang kenduri tak menang tangan kejap-kejap topup lauk, kejap-kejap bancuh air (harap-harap tiada yang cirit), kejap-kejap hambat adik untuk tolong itu ini, kejap-kejap 'sound' anak anak buah yang rancak main iPad, kejap-kejap duduk dengan member layan tetamu, kejap-kejap layan soalan saudara-mara (buah hati awak yang mana satu?), kejap-kejap menyirap tengok adik-beradik lain sibuk makan dan borak tak tolong dengan pantas and the list goes on, akhirnya puas hati lah juga ye dok? Untuk parents kita kan, kalau hajat parents tercapai, hajat kita pun sama lah.
After all, kalau hari ni kita tak tolong, risau juga kahwin kita sok-lusa-nanti kena masak sendiri, bersiap sendiri, jahit baju sendiri, kemas rumah sendiri. Hehehe.
Soalan Tak Sesuai.
Kadang-kadang rasa pening kan dengan 'universal'nya soalan tentang kahwin ni. Musim raya hari tu dah kena tembak dengan pelbagai jenis soalan dari pelbagai species manusia. That's fine. Standardlah kan?
Kalau pergi kenduri kahwin kawan-kawan atau saudara-mara, definitely akan ditanya soalan macam tu juga. Tak pelik. Standardlah kan?
Tapi kalau kenduri doa selamat mak bapak nak pergi haji pun kita ditebak soalan-soalan begitu, saya jammed juga. Like, really? Soalan begitu tetap ditanya tanpa mengira occasion yang sesuai? hehe.
Saya risau dengan bagaimana masyarakat kita melihat betapa universal-nya soalan tentang kahwin. Jangan sampai kalau kita bertemu di tahlil orang meninggal dunia atau pengkebumian sesiapa yang kita kenali lalu saya tetap ditebak soalan kahwin, awas awak awak semua. Itu over namanya.
Jadi, sebelum terjadi situasi 'kejam' begitu, berhati-hati. Prevention is better than cure, you know right? ;p
Masa Lari Laju.
So, masa berlalu sekejap je. Hujung minggu ni warga Dublin akan pulang ke Dublin. 5 September ibu bapa saya akan berlepas ke Madinah dan seterusnya Mekah. InsyaAllah 42 hari mereka akan berada di perantauan untuk ibadah dan menyempurnakan rukun Islam ke-5 mereka.
Sebagai anak, pastinya saya sentiasa doakan agar diberi kesihatan yang baik sepanjang ibadah mereka, selamat pergi dan selamat kembali. Moga lancar urusan ibadah dan mabrur haji mereka.
Saya?
Di sini menanti dengan setia. Bahaha.
Okay, selamat hari isnin.
Wassalam
Comments