#12 Dua.Ratus.Peratus

Bismillah. Alhamdulillah.

Apa khabar? Can you smell the fishy part of the title? Hehe

Anda ada kehidupan yang balance tak antara kerjaya dan kehidupan seharian? Tak tahu?

Indikasi terkini untuk mengenalpasti whether you have a worklife balance or not ialah melalui menjawab kepada soalan di bawah:

"Tahu tak cerita Rindu Awak 200%?"

Kalau jawapan 'tahu' maknanya you have a balance life. Hehe
Jika sebaliknya, you better improve your lifestyle! Hehehe

Saya? Saya ada worklife balance. Hehe. Kita geng? Yeay! Sep sikit!.

Anyway, saya taklah tahap kronik menontonnya. In fact dari awal tak tengok pun. Half way through kebetulan balik kerja lepak lepak di ruang tamu cerita tu yang terpampang kat TV. Daripada tengok cerita 'Heart' cerita indo yang anak anak buah (dan bibik mereka) suka sangat tengok, baik I sokong drama melayu okay! Hehe

So I ended up liking the character of Armel played by Ayda Jebat. Siapa Ayda Jebat pun tak pernah ku kenali. Yang saya kenali hanyalah Hang Jebat pendekar dulu dulu. Hehehe

So Armel ni kerek tahap cicak sembelit punya. Cicak sembelit? Ah tak kira lah. Arranged marriage lah katakan. Hehe. Dapat pula suami baik ya rabbi yang memang tak wujud dah alaf ni. Kehkeh.

Tapi episod terkini basically Armel dan Faez dah baik dan dah start gedik. So I don't suggest single people to watch it. Sebab apa? Sebab tak elok untuk pembangunan mental dan pembangunan jati diri sebagai seorang single. Hahaha.

Apa apa pun, ingat! Drama ni semua lagha. Jangan lupa solat Maghrib sebab berangan bersuamikan Faez mahupun beristerikan Armel. I bet takde lelaki nak perempuan ganas macam Armel. Minta pelempang kekdahnya. Hehehe

Happy watching!
Wassalam

Comments