#11 Ekspresi

Bismillah. Alhamdulillah.

Ekspresi.
Expressive.

Seronok tau jadi manusia expressive ni. Mudah menjadi lega kerana mengekspresikan segala apa yang dirasakan perlu diekspresikan tanpa perlu membiarkan diri pening pening lagi. Gitu.

Oleh kerana saya memang species yang expressive, saya redah je mengekspresikan apa saja yang saya fikirkan perlu.

Contoh kalau hal kerja, kalau saya rasa sesuatu usaha itu membuang masa dan tidak efektif, saya akan ekspresikan pendapat saya. Bos menyirap ke tak menyirap ke pada hemah saya, that's not my problem. Hehe

Hal personal juga begitu. Kecuali kalau kecik hati dengan ibu bapa, saya susah nak ekspresikan. Mungkin sebab ego saya yang saya sokmo mahu dianggap anak yang independent dan kering hati. Mungkin lah. Tapi kalau tak bersetuju dengan perancangan atau idea atau pendapat ibu bapa saya dalam apa jua perkara, saya ekspresikan. Kecuali soal hati perasaan saya, tidak saya ekspresikan kepada mereka. Because I am a macho-girl. Hehe

So I think I am picky in the sense of expressing my feelings kot. Like kalau isu hati perasaan cinta mak nenek rindu segala memang tidaklah daku ekspresikan. Tapi kalau marah bengang stress emo nak mengamuk aku tembak kau kang kau siap ha yang tu saya ekspresikan.

Ini sindrom orang yang ego bajet macho mungkin? Haha.

But hey. In terms of appreciation, saya galakkan kita semua untuk ekspresikan penghargaan kita. Ucapan terima kasih kerana merasa bahagia bersahabat dengan si polan atau si polanah itu tak salah malah digalakkan untuk mengukuhkan persahabatan. Membahagiakan orang itu dapat pahala tau!

In terms of meminta maaf juga saya galakkan kita semua untuk ekspresikan permohonan maaf kita. Sebab kalau dosa dengan Allah swt kita boleh solat taubat. Tapi salah silap kita dengan manusia, kita perlu selesaikan juga dengan mereka yang terlibat.

Because I am a very simple thinking person, saya hanya fokus kepada apa tugas saya. Maknanya what should I do, I will do. I don't stress myself to think about the responses from the people.

Contoh, saya dah taip mesej panjang panjang menyatakan penghargaan saya kepada nenek saya. Contoh je ni, nenek saya dua dua dah tak ada. Hehe. Lepas tekan button send, saya tak fikir lah adakah nenek saya akan reply, atau adakah nenek saya akan menyatakan penghargaannya yang sama, dan sebagainya. Nope, tak kuasa nak memikir.

Same goes to issue minta maaf. All I know is that I need to apologize for my wrongdoings sincerely from my heart. Kalau orang itu tak sudi memaafkan, itu di luar bidang kuasa saya. Yang penting, tanggungjawab saya tertunai.

So isn't that cool? Haha

Tapi saya tahu tak semua orang mampu bersikap ekspresif. Kebanyakan selesa untuk menyimpan dan memendam rasa. Kalau keadaan tak berlarutan that's fine. Tapi kalau berlarutan, bahaya. Boleh membawa kepada depresi, tekanan perasaan dan sebagainya. So if you come to me and ask for my advice, I would advise you to express your feelings. Benci ke marah ke rindu ke meluat ke. But you got to be clear first about what you feel.

Jangan kau marah kau kata kau gembira. Itu namanya sewel. Jangan kau rindu kau kata kau benci. Itu namanya mengada-ngada mintak disekeh. Hehe.

Entri ni tak de motif melainkan untuk discuss randomly about the benefits of being expressive.

Paling penting hati dan dada akan sentiasa rasa lapang. Kepala otak pun rasa ringan tidak sesak dan tidak semak.

So kalau anda tengok gambar anda senyum dan gambar orang lain senyum, dan anda menyedari bahawa senyuman anda tidak semanis senyuman orang lain, probably anda akan sedar bahawa orang lain senyum ikhlas dari hati sebab hati dia lapang dan bahagia yang benar benar bahagia. While anda senyum hanya di bibir sebab dalam jiwa dan minda serabutnya ya rabbi.

So sekarang nak tanya, nak memendam perasaan lagi? Hehe

Comments

Popular Posts