#5 Entry 11 Ramadhan

Bismillah. Alhamdulillah.

Subhanallah! It’s Ramadhan! Yeay! Alhamdulillah!

Saya menanti sehingga 11 Ramadhan barulah berpeluang untuk menyebok di blog sendiri. Kononnya busy, walhal tak busy mana pun. Cuma bila Ramadhan ni, kita elak-elak lah sikit dari buat perkara yang tidak atau kurang berfaedah. Chey. Blog ni berfaedah dak? Cheyy.

Alhamdulillah Syukur. 11 Ramadhan sudah. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik nanti sedar-sedar je duit dalam bank tinggal kosong. Eh, Apesal pulak begitu? Yelah, sebab kita kan dah besar, dah kerja, dah kena bagi orang duit raya.hehe. Alangkah indahnya kalau musim-musim perayaan kita tak perlu bayar duit kereta, bil itu bil ini kan, sebab duit tu boleh guna untuk enjoy rayaaa! Hehe.

Kidding.

Kalau kita kenang balik zaman kecik-kecik dulu, yang amat-amat ditunggu apabila menjelang Ramadhan bukanlah ibadah yang pahala berganda, kan? I don’t know about you people but frankly, I failed to value the precious of Ramadhan when I was little (or young. and I am still young, btw). Masa kecik-kecik dulu yang ditunggu-tunggu adalah musim raya. Feeling Ramadhan tu syok sebab suasana membeli-belah sempena raya dah meletup-meletup di seluruh shopping complex. Kan? Sibuk nak demand dari Ummi dan Abah baju raya berapa helai, warna apa, kasut nak berapa pasang dan sebagainya. Heaven gila!

But that was before. We I was little. When you were little, were you like that as well? hehe. Oh mungkin tak. Sebab kome semua soleh-solehah jenisnya. Hehe.

Sekarang, bila dah besar (though still look like a little pretty angel from the sky.haha), Ramadhan ni ditunggu-tunggu sebab excited nak pulun kaw-kaw peluang melipat-gandakan pahala. Yelah, dah besar-besar baru faham betapa special-nya lahai kalau berbuat kebaikan di bulan Ramadhan. Berganda-ganda sehingga dalam hadis nabi ada menyebut Allah gandakan pahala sehingga 700 kali ganda untuk yang berbuat ibadah di bulan Ramadhan. 

Specialnya Ramadhan ni terlihat bila ada dalam satu lagi hadis nabi, bila sahabat bertanya apakah sedekah yang afdal (yang lebih baik)? Rasulullah menjawab, ‘sedekah di bulan Ramadhan’. Begitu powernya kuasa Ramadhan ni kan? Kita je yang buat-buat tak reti. Mungkin pengaruh mood raya macam kecik-kecik dulu terlalu kuat kan?hehe

Dan tak cerita lagi pasal hebatnya penangan malam Lailatul Qadar yang Allah swt sebut dalam Al Quran, Surah Al-Qadr (sila semak sendiri) pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan. 1000 = 83 tahun la lebih kurang. Bro, tak dapat setiap tahun, sekali seumur hidup pun jadilah bro. Sebab, belum tentu kita hidup sampai 83 tahun. Average orang kat Malaysia ni umur 63 tahun sudah dipanggil pulang. Maknanya, amalan 1 malam tu punya power Allah angkat melebihi amalan kita sepanjang hidup. Siapa tak nak? Gua nak.

Tapi tulah, bukannya boleh dapat percuma pun kan. Hanya Allah swt yang tahu bila waktunya. Nak tak nak kena usaha untuk mengejar. Momentum kita kena power. Ujian untuk kita kita yang bekerja ni, bila siang dah penat, malam tenaga tinggal sisa je, nak kejar malam malam istimewa pun macam gaya semangat tak semangat je. Sadis kan kita ni?

Tak campur lagi perut boroi penangan buffet ramadhan terbaik dari ladang. Memang jawabnya melepet lah kita di bucu katil sambil lap air mata kerana super-kekenyangan. Dan melambailah tangan kepada malam yang kian pergi meninggalkan. Kita loser. Kachingg!

Kalau bulan-bulan lain fine lah untuk kita menyalahkan Syaiton. Tapi, Ramadhan ni nak habaq mai, Syaitan dibelenggu. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya. Kita tetap juga perangai tak boleh terima dek akal, makan untuk berbuka macam makan untuk 20 orang. Hehe. Tu salah siapa? Itu nafsu ye tuan-tuan dan puan-puan.

Semalam saya membaca majalah Jom! edisi Ramadhan. Tertarik saya pada satu part dalam salah satu artikel di dalamnya yang menyebut lebih kurang macam Syaitan dah bekerja keras selama 11 bulan untuk menerapkan perkara-perkara tak baik dalam diri kita. Kaw-kaw punya Syaitan berusaha. Maka dengan itu 1 bulan tanpa Syaitan pun tak mengubah kita kerana, nafsu kita dah pekat dengan bisik-bisik Syaitan yang depa develop kasi power untuk 11 bulan sebelum ini. 

So what is the message behind it? Mesej yang saya faham ialah sebenarnya perjuangan sebenar kita adalah perjuangan membentuk diri sendiri, not so much dengan Syaitan. Sebab kalau betul kita berperang dengan Syaitan, surely time Ramadhan kita semua perangai molek-molek, buat perkara molek-molek, semua molek-molek. Tapi nampaknya, that’s not the case. Kan?

Okey. I ols dah feeling macam ostajah sekolah rendah. I ols sorry for being boring this time. This is not the usual case, you know.hehe

I just wanna share with you guys that Ramadhan is not something that we should let it go just like that. Because we are not sure and we don’t know whether will Allah swt allows us to be with Ramadhan once again. Kita tak tahu. Thus, pray hard that Allah swt grants us strength and energy to perform as much ibadah as we can during this holy month and let this Ramadhan be the best Ramadhan ever throughout our life. Kalau tahun lepas kita rasa Ramadhan kita dah cukup power dah, tahun ni kita doa dan usaha agar ianya menjadi lebih power dari tahun lepas.

Semoga Allah swt memelihara awak awak awak semua dan saya sekeluarga dari segala keburukan, kejahilan, kejahatan, kemalasan dalam memanfaatkan Ramadhan 1435H ini. Dan moga Allah swt izinkan kita semua untuk tergolong dalam golongan yang mendapat keistimewaan bertemu Lailatul Qadr yang mana pada malam itu malaikat Jibril akan turun dekat dengan kita untuk mengangkat doa-doa kita terus kepada Allah swt.

May Allah swt grants us Jannah!
Salam Ramadhan Al Mubarak.
Uhibbukum fillah!

*gitcheww speaking allughatul arobiyyah!*

Wassalam

Kredit

p/s: Sorry for not quoting the exact phrase of hadis-es mentioned above. You are welcome to make further readings of the hadis-es and feel free to correct me if I am wrong. Huggs!

Comments

fatin said…
Salam kak najla. Sebelum ni saya pernah baca entry akak pasal sambung master dan buat chambering. Tapi sekarang dah taksa entry tu. Possible x untuk saya dapatkan copy entry tu. Saya tengah consider nak sambung master dan chambering. Tapi x sure lagi. Sebab pernah baca post akak pasal chambering dan master ni lah buat saya tertarik untu buat mcm akak. Terina kasih
Najlaa said…
Wslm, Fatin.

Akak dah tak boleh recall entry yang mana 1. But if you want to ask anything feel free to ask. Akak akan jawab utk bantu.

All the best!
Anonymous said…
Boleh tak saya dapatkan email or fb akak. Terima kasih-fatin
Najlaa said…
Fatin,

boleh email di dntc.trainer@gmail.com. FB page akak Najlaa Nor.

Popular Posts