3# Not everything you nak, you dapat.

You know, in life, tak semua benda yang you nak you akan dapat. You faham tak bila I speaking manglish ni? Good if you faham. Now do I sound like a Minah-Salleh celup or Melayu-tak-sedar-diri? Tell me now! Hehe.

Oh anyway I love to re-activate this blog, you know. So that I can always merepek and mengarut like no body cares. Who cares? I don’t care.hehe. Oh and obviously I restrain myself from merepek and mengarut at the other blog. It’s a big no no. It’s against my principal. Gitu habaq hang.

Okay coming back to my earlier point. Yes, dalam kehidupan yang penuh istimewa yang juga disulamkan dengan pancaroba, tak semua perkara yang kita mahukan kita perolehi. Sebagai contoh, kita nak sangat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Siti Nurhaliza. Tapi tak dapat. Sebab hakikatnya kalau kita duduk pun kita nampak rendah, kalau berdiri apatah lagi. Takkan sama punya dengan dia. Kan? 

Begitulah juga dengan perkara-perkara lain. Kalau kawan-kawan yang seusia kita yang belum berumahtangga pasti ramai yang teringin untuk berumahtangga. Nan hado dapatnya kalau masak nasi pun hangit, goreng telur pun pahit. Hehe. Okay itu lari topik.

Sekitar awal minggu lepas, di pejabat, saya menerima surat transfer. Transfer dari Group P ke Group L. Hancurnya dan luluhnya hati saya. Walaupun telah dimaklumkan akan berita pertukaran (yang konon-kononnya ‘for the benefit of your career growth’) ini, hati saya tetap menangis sambil hentak-hentak kaki. Hati saya juga ada kaki. Cuma tak pakai kasut.

“Mengapa bersedih? Kan orang legal eloklah duduk Group L. Bergembiralah. Title pun lebih sedap didengari.”

Itu kata-kata orang malas guna minda dengan lebih kreatif. Kerana pemikiran beginilah ramai berpendapat, orang Melayu eloklah duduk Tanah Malayu. Orang India baliklah India. Orang Cina pun baliklah Cina. Begitu?

(Oh anyway, kenapa masa hari tu saya tak guna hujah seperti di atas ye? Sounds good and creative, isn’t it?)

Oh okay. Daripada tahun lepas minta tukar ‘bidang’ nak ke Department X. Nan hado diperkenankan hajat ini. Maklumlah, awak tu orang legal. Tak patut pergi tempat lain. Tempat lain tu, orang tak belajar legal pun boleh duduk situ.

Fine-lah. Lepas tu kalau orang legal ni memberi consultation atas imaginasi ilmu atas kertas semata-mata janganlah marah, ye? Sebab kita ni berurusan dengan pengalaman atas kertas semata-mata. Kita tak ada field experience. Kita tak kreatif sangat. Tapi kekwat kita boleh tahan. Eh.

*Nampak tak entri ber-bau emosi*

Okay so sebenarnya kita tak ada lah emosi sangat. Kita menerima keputusan dengan hati terbuka siap masuk angin hati kita sebab lama sangat terbuka. Lemau kata orang. Haha. Cuma, sebagai manusia yang sedikit ‘bajet’, kita tetap nak bagitahu pihak tertentu bahawa ‘cara mengkome ni tak betul’.

Lalu dengan separa-macho-separa-ayu kita berjalan ke bilik bos besar Group P. Mula-mula kita rasa macam nak cakap, ‘can I reject this transfer letter?’. Oh anyway kita pandai juga speaking sikit-sikit. Taklah bendul mana.haha

Tapi kemudian kita rasa itu macam biadap pula. Kesian dia email kita suruh jumpa ambik transfer letter, takkan lah kita nak reject pula. Ibarat macam orang email kita minta jumpa dia sebab dia nak bagi cincin berlian, takkan lah kita nak jumpa dia cakap ‘eh aku tak nak eh. Jangan perasan macam aku nak!’. Tak beradab namanya tu. Hehe

So dia hulur surat tu dan dia cakap dengan kita; “As you know, last week, I have already discussed with your team and I take note of all your concerns. But if you have anything to share, you may do so”. Ya, dia cakap camtu. Sopan orangnya big-boss baru ni. Kita pun, macam orang hulur kuih untuk kunyah, kita ambiklah. Itu peluang.hehe. Oh did I say big-boss tu pun pandai speaking? Kehkeh

So kita bercakap jugaklah. Actually kita sorang je lambat ambik surat tu sebab team mates lain semua dah ambil terlebih dahulu. Adalah sebab peribadi yang membuatkan kita tak wujud di pejabat sewaktu team mates bermusyawarah dengan big boss yang terror speaking tu waktu tu. Jangan sebok nak tau! Haha.

“If I may say, En Superman. It is very frustrating seeing the way management handle this situation. Information wasn’t being communicated clearly. I had no idea as to what happen to my transfer application to Dept X. All I know the application was processed half way and yeah, now all I know we are going to be transferred to Group L. Blablablabla..” – Kita ber-drama dengan penuh matang kononnya. Panjanglah cerita malas nak cerita. 

Yang nak disampaikan ialah tak semua benda kita nak, kita dapat. The Dept X that I wanted to go into dah spare-kan a place pon for me to go. Daripada tahun lepas daku memasang cita-cita. Rupa-rupanya, cita-cita belum sampai lagi. Hehe. Malah, dengan tanpa segan silu daku memberi penjelasan kepada pihak HR. Perbualannya berbunyi begini:

N bukan nama sebenar: Boleh saya tahu apa justifikasi saya kena ke Group L?

HR-guy: Oh sebab menurut Chief Group L, orang legal kena duduk Group L.

N bukan nama sebenar: That’s not a valid justification. Kalau macam tu, kawan-kawan saya yang belajar accounting semua kena duduk Group Finance lah?

HR-guy: Bukan macam tu Cik N bukan nama sebenar.

N bukan nama sebenar: Saya tak faham apa relevancy arrangement macam ni. To me, I’m bored of dealing with contracts. I prepare contracts to procure equipments lah software lah apa lah, but I have never seen such equipments. I have no idea how does it look, anyway. All I know, the clauses must be right. That’s all. What I want now is basically to get field experience, thus my request to transfer. I believe that if you allow me to get experience in other departments, I can provide better legal consultation because I have clearer picture with the field experience. 

HR-guy: Faham Cik. Kami setuju dan bersependapat dengan Cik.

N bukan nama sebenar: Then?

HR-guy: Tapi tulah. Susah lah Cik N. Pihak Group L memang nak juga Cik ke sana. Atas alasan tu lah. Deal dengan orang tua ni (merujuk kepada orang paling berkuasa dan tua di situ kot) susah sikit. Kena pandai pusing-pusing sikit.

Dan panjang lagi lah perbualannya. Sambil dia memancing, sambil saya selak surat khabar Metro yang tak best mana pun. Orang bekerja tanpa relevansi itu payah. Itu kesimpulan yang saya buat.

Lepas ni nak sambung belajar ambil course lain pula, nak tengok ada justification lain tak yang diorang boleh provide. Hehehe.

Inilah kehidupan makan gaji. People get rigid because they just don’t dare to explore the creativity that they have in them. Kalaulah kita ni jenis percaya dengan kreativiti yang mungkin membawa keajaiban, mungkin kita tak tersangkut kat takuk pemikiran yang lama.

Dan hari ini, hari ketiga saya di bawah pentadbiran department baru dengan job-scope yang lebih-kurang-sama. Makan kontrak, tidur kontrak, malas bertinja pun terbayang-bayang kontrak. Begitu sekali. Tragis. Hehe. Paling drama, workstation masih di tempat lama, dikelilingi warga Group P. Apa punya drama ke filem ke telenovela ke tak tahula. 

But don’t worry. I am still figuring out the best way to be beautifully-rebellious-in-professional-way. It isn’t easy but it isn’t impossible. Because you make things complicated to me, I will try to make things ‘easy’ for you. Hehe.

Gitu.

Tapi again, percayalah. Tak semua benda kita nak kita akan dapat. Hehe.Pesan kepada diri sendiri, tapi ayat-ayat penuh menyirap di atas macam tak serupa bikin. Hahahahaha.
Credit

Ok. Ada yang nak jemput kita jadi surirumah bergaya tak?
Bai.

Comments

innerodyssey said…
"Makan kontrak, tidur kontrak"... i know how that feels

Popular Posts