2# Sidai Perut

Hari ini hari Sabtu. Esok Ahad. Lusa Isnin. Tulat Selasa. Maknanya lusa dan tulat saya exam. Jadi, boleh imagine lah kan tahap 'konon-konon busy study lalu stress' yang sedang saya hadapi? Alhamdulillah. Great! Thanks for being understanding. Awesome.

InsyaAllah kalau segalanya lancar dan tidak wujud kegagalan yang disengajakan, semester ini akan menjadi semester terakhir saya menjadi student sarjana. Perasaan sekarang ni: tak sabar tahap panda excited nak duduk Zoo Negara yang 'rumah' bernilai juta juta itu. Jika anda panda, mudahlah anda memahami apa saya rasa. Hiks!

Oleh kerana excited nak habiskan belajar tu melebihi kadar ideal, maka mood nak buat revision untuk exam tu tak berapa nak ada la. Kalau dulu gigih juga print segala notes mahupun apa jua bahan bacaan di Internet kemudian baca dan highlight segala. Kini, tidak lagi. Kini saya percaya dengan konsep 'less is more'.

Tapi konsep 'less is more' ini hanya terpakai ke atas perkara perkara yang kita dah tak berapa semangat nak buat. Hehe. Kalau perkara perkara kegemaran, less is less lah dan more is more lah.

Contohnya,  lewat kebelakangan ini saya semakin giat melakukan ibadah. Ibadah tidur. Kata orang hal ibadah jangan dikecoh-kecohkan. Ampunkan saya. Moga ibadah tidur ini bermanfaat untuk saya. Kadar minat terhadap tidur kian meningkat menjadikan saya berubah kepercayaan terhadap kepentingan exercise. Gitu kroniknya. Ish. Seronok rupanya tidur ni kan? Lagi lagi apabila kita ni jenis kalau di atas landasan kereta api pun boleh tidur lena. Pepaham je la. Hehe

Selain daripada itu, minat terhadap aktiviti makan juga semakin menjadi-jadi. Dulu dulu kalau musim exam, kita beli cekelat banyak banyak jadi peneman dan penambah rasa cinta terhadap aktiviti ulangkaji. Oh kini sejak Cadbury menjadi isu hangat kerana disyaki mempunyai unsur kebabian, saya memujuk diri untuk bertenang dan percaya bahawa coklat bukanlah segala-galanya.

Sebagai ganti, apabila saya mengantuk sahaja ketika mengulangkaji, saya tak perlu fikir banyak. Saya tidur aja. Hahaha. Perangai!

Hari ini sekitar 830 pagi ayahanda saya mengetuk pintu bilik memanggil-manggil saya. Tujuannya adalah untuk mengajak saya turun makan. Tapi instead off menjemput "meh makan", beliau dengan kacaknya bertanya; "puasa ke?". Sarcastic nya boleh tahan. Fine! Turun bawah, makan bihun 2 pinggan. Bukti yang kita tak puasa. Hehe

Tengahari tadi sedang saya boring boring menelaah youtube,  saya turun sekali lagi untuk mengambil bihun sepinggan lagi. Oh anyway,  menelaah di youtube itu menelaah yang sungguh sungguh. Semester ini, subjek International Environmental Law memang memaksa saya untuk menjadi kreatif dalam mencari info lanjut. Tengok youtube, segala dokumentari, tadaa! Mudah sikit. Hehe. So tenghari tadi kira da makan la kan? Makan bihun.

Kemudian selepas Solat Zohor saya bernazar untuk memanjakan perut dengan makanan kegemaran. Kebetulan bonda dan ayahanda saya ke kenduri kahwin di Negeri Sembilan, bererti makanan lunch saya perlulah pandai pandai. Hehe. Lalu apa lagi saya berjaya memasak lauk Sardin dan telur dadar kegemaran yang sumpah power terbaik dari ladang tak tipu punya silalah cuba. Hehe.

Sambil makan sambil tengok 3 Ustazah. Lepas tu tukar pula rancangan Betul Ke Bohong? Lepas tu tertengok Runningman pula.

Sekarang ni saya melupakan debaran untuk exam dan bangga kerana menyidai perut dengan santai.

You know how it feels? It feels great.
Ya, at least for a while. Hehe.

Entry pepanjang cerita syok sendiri lepas tu last sekali baru dapat relate tajuk entri dengan isi entri. Nampaknya makin power lah gaya penulisan penuh auta ni!

Oh anyway doakan saya dipermudahkan mengulangkaji dan menjawab exam. Besarlah harapan kiranya semester ini menjadi semester akhir saya. Dan doakan kita selalu diberi 2 nikmat paling utama tanpa putus iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman.

Dan boleh juga kalau tuan tuan puan puan nak meluaskan skop nikmat itu kepada nikmat berupaya membaca blog ini.

Kemerapuan ini kadang kadang berfungsi sebagai pencetus kegembiraan dan kebahagiaan. Tak gitu?

Dah ready untuk Ramadhan? Get ready darlings! Nanti kita diet sesama okay? Hehe.

Wassalam

Comments

Popular Posts