#199 Kapaten's Breastfeeding Journey Part 3

Bismillah. Alhamdulillah.

Esok Yusuf akan memasuki usia 11 bulan. Bulan depan, genap setahun. Fuh! Masa berlalu begitu saja. Kali ni terasa betul-betul cepat. Anak membesar depan mata begitu pantas. Patutlah orang-orang selalu sebut, "sekejap je anak ni membesar". Indeed, they are so right. Baru sangat rasanya kelek anak kecil dukung sebelah tangan je. Sekarang, anak dah ligat melasak, nak pakaikan pampers pun berperang. Fuh! 

So, almost 11 bulan dah saya fully-breastfeeding Muhammad Yusuf Aali ni. Perjalanan yang tidak mudah namun saya seronok melaluinya. Saya tak boleh nak kata yang breastfeeding journey ni sempoi baq ang sebab hakikatnya, kini, saya sendiri melalui jerih perit menyediakan kecukupan buat Yusuf.


Saya pernah mempunyai stok frozen EBM berkoyan-koyan di dalam freezer. Freezer itu juga memang dibeli khas untuk menyimpan stok EBM Yusuf. Saya pernah melalui fasa berjimat-jimat stok frozen EBM kerana kalau boleh, taknaklah sampai habis langsung stok EBM untuk dibuat back-up. Dan kini, saya sedang melalui fasa langsung tiada stok frozen EBM. Langsung means zero. 

Fasa sekarang ini, Yusuf bergantung sepenuhnya kepada kegigihan saya mengepam hari ini untuk bekalan Yusuf hari esok. Mencabar? Sangat! 

Tapi, saya tak putus asa. Suami sendiri kasihankan saya kerana bersusah-payah bangkit malam untuk pam demi mencukupkan keperluan Yusuf. Paling tidak pun saya akan mengepam sekitar 5 pagi untuk mencukupkan bekalan Yusuf ke rumah pengasuh. Tapi, saya belum mahu putus asa. Sekurang-kurangnya biarlah Yusuf menyusu badan selama setahun.

Saya tidak menekan diri untuk make sure Yusuf gets 2 years of exclusive breastfeeding. No, I don't. Saya meletakkan target yang sederhana sahaja. Mula-mula, kita cuba 6 bulan. Alhamdulillah. Kemudian kita cuba lagi 6 bulan. InsyaAllah bulan depan Yusuf akan mencecah usia 1 tahun. Besar harapan saya agar dapat saya sempurnakan penyusuan selama setahun. Kita tunggu dan lihat, jika Allah swt berikan rezeki lebih, kita lanjutkan lagi tempoh seterusnya. 

Breastfeeding is an art, kot. Kita tak boleh nak samakan kemampuan kita dengan ibu-ibu lain. Kita tak boleh nak buat perbandingan keperluan penyusuan anak A dan anak B. Apa lagi nak bandingkan anak-anak yang dari mak bapak yang berbeza. 

Macam Yusuf, meskipun badannya tidak se-sado rakan seusianya, tetapi keperluan susunya boleh tahan juga. Kalau makanan mungkin Yusuf tolak juga kerana dia sibuk nak main. Tapi kalau susu, biasanya dia akan minum juga walaupun sibuk nak main. 

Breastfeeding ini satu perjuangan. Ia memupuk disiplin diri. Saya sering ingatkan diri untuk disiplin, rajinkan diri mengepam di pejabat, 2-3 kali sehari. Rajinkan diri untuk mengepam walaupun hujung minggu. Rajinkan diri untuk bangkit malam atau bangkit awal untuk mengepam. Lagi-lagi waktu sekarang yang dah zero frozen EBM ni, memang perlu korbankan apa yang perlu dikorbankanlah demi mencukupkan bekalan susu Yusuf.

Production susu sekarang sangat drop berbanding 6 bulan pertama. Saya sedar drop ini berlaku secara teruk pada bulan ke 9 menuju bulan ke 10. Saya makan semula milk boosters macam ulam pegaga, air barli, air rebusan kurma merah dan macam-macam tu, macam tak berhasil untuk kembali seperti dulu. Kalau selalu dulu per session pumping boleh dapat sekitar 8 oz, sekarang, kalau dapat 4 oz pun dah kira banyak dah. 

Cuma waktu di rumah, saya memang akan fully direct feed Yusuf. Saya sentiasa positive yang susu ada. Yusuf pun tidak meragam. Saya andaikan pada usia ini, susu tu macam nak beri dia comfort saja berbanding pada 6 bulan pertama, susu memang menjadi sumber tenaga utama. Sekarang, Yusuf dah makan macam-macam walaupun gigi baru tumbuh sebatang. Hehe. Tapi yang penting makan, dan cukup tenaga. So tak ada lah saya risau masalah ketidakcukupan susu.

Tapi saya fahamlah jika pengasuh Yusuf sedikit resah kalau saya bekalkan susu ngam-ngam saja buat Yusuf. In case Yusuf bad mood ke, menangis tak henti ke, Yusuf perlukan susu sebagai penyelamat. Hehe. Oleh itu, gigihlah saya mengepam!

Sebetulnya, Yusuf perlukan 20oz sehari. Sebotol 5 oz, darab 4 botol. Itu adalah jumlah yang menyenangkan hati pengasuh. 

Tapi, andai saya diuji dengan bekalan susu yang merudum, paling tidak pun saya akan usahakan 16 oz bermakna 4 oz sebotol, darab 4 botol. Pepandailah pengasuh adjust nak bagi banyak or sikit pada masa-masa yang tertentu. Haha!

Kalau orang tanya saya, apa tips untuk terus berjuang menyusu badan?

Saya akan katakan, teruskan semangat dan jangan mudah putus asa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah swt bahawasanya Dia adalah Ar-Razzak, Maha Pemberi Rezeki. Allah pasti akan mencukupkan walaupun ngam-ngam. 

Apabila mengalami fasa cukup-cukup macam sekarang, saya lebih bersifat mensyukuri berbanding ketika stok susu melimpah ruah sampai rasa malas nak pack dalam plastik storage. Nampak tak permainan syaiton di situ?

Bila susu melimpah ruah, kita terbit dalam hati letihnya nak cuci botol yang banyak, letihnya nak transfer dari storage bottle kepada plastic storage. Tu semua effort. Tapi bila malas, tengoklah. Allah swt uji sekelip mata. 

Apa-apa pun, ini pengajaran untuk saya. Saya dah mencongak-congak di dalam kepala, sekiranya Allah swt izinkan saya untuk menambah anak nanti, saya akan berusaha lebih disiplin untuk melengkapkan misi penyusuan 2 tahun. Perlu lebih mensyukuri nikmat Allah swt beri.

11 bulan ini banyak mengajar saya.
Sakit bengkak susu sehingga depan. Dah saya rasa.
Sakit bengkak kerana blister pun dah berkali-kali saya rasa. 
Sakit melecet kerana mengepam pun dah saya rasa.
Macam-macam sakitlah hanya kerana, menyusu badan.

InsyaAllah, saya mahu teruskan perjuangan ini. Doakan saya!
Waktu menyusu adalah bonding time antara saya dan Yusuf walaupun sehingga masing-masing terlelap.
Waktu menyusu adalah bonding time, walaupun hidung dan mulut saya habis dikorek oleh jari-jemari kenit Yusuf.

Satu hari nanti, semua ini akan hanya tinggal memori, apabila Yusuf semakin membesar dan tidak perlu menyusu lagi. Jadi, sementara dia masih memerlukan Mamanya ini, takkanlah saya nak putus asa begitu sahaja.

Terima kasih Yusuf, kerana memerlukan Mama untuk mengenyangkan mu, berkat rezeki dari Allah swt.
Terima kasih Abah Yusuf, kerana bekerjasama dan memberi semangat dan sering mendoakan kecukupkan rezeki susu buat Yusuf. 

Perjuangan, harus terus!



Wassalam.

Comments

Popular Posts