#196 Ngeri.

Bismillah. Alhamdulillah.

Hampir 2 bulan saya tidak menulis di blog ini, kan? Busy sangat ke? Hurm, susah nak jawab soalan tu. Saya rasa, ianya lebih kepada kehilangan idea untuk berkongsi di blog ini. Tak tahu apa nak share, tak tahu apa nak cerita. Walhal banyak sangat benda nak cerita tapi somehow macam, tak tahu hujung pangkal. Haha. Mental block, mungkin?

Baru-baru ni, Azraei pun tegur, "Kenapa lama dah tak update blog?". 
Saya jawab; "Busy. Writer's block". 

Walhal suami saya sangatlah tahu bahawasanya saya langsung tak busy di pejabat. Haha.

I think, saya banyak kecewa kebelakangan ini. Saya berusaha berlapang dada tapi ianya tak selesai, lalu ianya menjadi sarat dan menyesakkan dada. Akhirnya, serba tak kena kita jadinya.

Antara kekecewaan utama saya ialah perihal kerja. Saya mungkin manusia aneh yang tak gembira apabila tiada kerja di pejabat. Saya rasa semak sangat apabila terlalu lapang masa di pejabat sehinggakan saya rasa 'useless'. Why do you hire me, sir? Why in the first place, your HR contacted me, asking for my CV, invited me for an interview, offered me not long after the interview and... made me so free in the office?

I am now entering the phase in my career life where, although gaji is quite satisfying alhamdulillah, tapi I am not happy with my career exposure. Mungkin saya terlalu membezakan pengalaman yang saya lalui di tempat kerja lama dengan sekarang. But, the difference is too obvious that I cannot digest. 

Kalau orang complaint sebab too busy at work, my complain is because I am too free at work. So I question myself, why do I go to work then if I don't really have things to do? The answer is because I need my salary by end of the month. Tapi, kalau ye pun nak gaji, biarlah setimpal dengan kerja. Faham ke? I don't know. This is my weirdest working experience so far. 

Off course there is also other complaints relating to work, but I just don't want to mention it here. Kalau 100 kali saya ulang luahan bahawa betapa saya tidak lapang hati di posisi ini dalam hal career pada waktu ini pun, ia tidak merubah apa-apa. Saya juga semakin tua yang mana saya tidak mahu semakkan kepala dengan isu-isu yang remeh dan tak berkesudahan ini, jadi saya selalu berusaha untuk abaikan thoughts yang tak best macam ni. But somehow kan, it remains as unsettled business for me. 

Saya kerap sampai lewat ke pejabat. Kadang lewat seminit, kadang 3 minit, kadang 5 minit. Bukan sengaja pun tapi trafik KL kan unexpected. Ada paling hauk, lewat 35 minit. Sudah menjadi rutin saya, sampai saja ke pejabat saya akan whatsapp Azraei dan maklumkan yang saya baru sampai pejabat. So, definitely Azraei tahu dan maklum hari-hari yang saya lewat masuk pejabat. 

Sebagai suami yang prihatin, Azraei akan berpesan untuk ganti balik waktu yang tertinggal, untuk keluar lebih awal next time, untuk mohon pertukaran waktu pejabat (instead of masuk 830 am, tukarlah masuk pukul 900 am), dan segala nasihat yang seangkatan dengannya. Kerja ini amanah, katanya. 

Saya bersetuju part kerja ini amanah.

Tapi saya rasa semak memikirkan, apa beza aku lambat seminit mahupun 30 minit pun? Sebab, tak ada pun email masuk, tak ada bos mesyuarat, tak ada pun kerja tertunggak, tak ada pun bos memanggil. Tak ada. Jadi, nak mengganti waktu yang terlewat tu pun kadang-kadang saya rasa, apa faedahnya? Lagi aku membazirkan elektrik pejabat ada-lah. Sebab waktu-waktu yang tertinggal itu pun hanya akan diisi dengan menatap laptop yang kosong, memandang cermin di atas meja, menyimpan beg pam yang berisi EBM, mencuci cawan milo, memenuhkan botol air masak dan apa lagi? 

Kalaulah kat ofis ni boleh masak, saya dah boleh masak 20 menu sehari while working.
Wow sangat.

Perasaannya sangat tak best bila kita hadap jem hari-hari, for nothing.
Nothing awaits us in the office.
No new challenge.

Tak ada debaran untuk berdepan dengan bos kot-kot ada diskusi pasal kerja.
Tak ada rasa cuak 'alamak email belum hantar'.
Tak ada rasa gelabah perlu berdepan dengan orang lain untuk present kerja kita yang part kita.

These do not happen on daily basis.
Once a month mungkin ada lah kot.

Ya rabb.
Nazaknya saya rasa di sini.

Berlapang dadalah, wahai diri.
Bukan senang menjadi manusia begini.
Dah terlalu biasa menerima cabaran baru, kerja menimbun, memikul tanggungjawab itu ini.
Sekali, berbeza suasana dan tempo bekerja.
Fuh. Mati akal, sungguh.

Kesannya?
Mengguris hati dan jiwa.
Seksa.
Terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Ngeri.

Comments

Popular Posts