#193 Kapaten's Breastfeeding Journey Part 2

Bismillah. Alhamdulillah.


I have only 15 minutes to merepek meraban on this blog before nak balik. Maklumlah sekarang kena update blog through laptop je sebab blogger apps kat iphone macam dah tak compatible. I don't know why but it is okay.

Nak continue sharing on my breastfeeding journey with Yusuf. Buah hati pengarang jantung sekarang nama Yusuf, dulu Azraei. Hahaha. Takdelah, dua dua pun buah hati pengarang jantung, paru-paru, hati, limpa, hempedu, appendiks dan segalanya. Gitu.


Last time I did mentioned on my blog that I bought Malish Ilaria kan cuma belum dapat masa tu hence tak boleh nak review lagi. Now, after almost 2 months using it, I must say that I am a happy user. My Ilaria is my new bestfriend now. Gitu.

Offcourse memula tu ada cabaran juga nak sesuaikan diri dengan Ilaria tu because I am so used to Medela Swing Single yang I borrowed from Azie (my real bestfriend hehe). Masa tu selalu bengkak susu kalau lambat pump kat office. Sampai naik stress kita dibuatnya. Bila bengkak susu, pump pun tak selesai masalah, maka apa solusinya?

Solusinya ialah, habis waktu kerja, segera pulang dan cari anak. Segera susukan anak secara direct. Itu sajalah caranya yang paling berkesan dalam kadar cepat. Kalau time anak lapar, lagi rasa heaven. Tapi kalau masa tu anak kenyang, bertabahlah kau. Hehe.

At first bila selalu bengkak, I thought I wasn't meant for Ilaria. Gitu. Tapi after so many attempts, I learnt that apabila kita da ada ciri-ciri bakal bengkak tu, apabila pump, gunakan level yang paling rendah. 

Ting! From there, I know that it is not that Ilaria wasn't meant for me, cuma I used it the wrong way. Saya masa tu noob. Ingatkan bila da bengkak, cepat pump kasi keluar segera, maka gunalah level yang tinggi-tinggi. Rupanya tidak. Hehe. Kena slow and steady gitu. And Alhamdulillah, I am now so happy with Ilaria.

Cuma sebagai single pump user who moved to be a double pump user, adalah beberapa perkara yang saya rasa tak best. Antaranya, double pump ni bulky sikit. Jadinya, beg susu dan beg pump jadi macam tak berapa muat untuk sumbat segalanya. Selain daripada tu, banyak sangat komponen double pump ni yang buat kita rasa leceh dan renyah. Memula rasa malas nya nak membasuh tapi lama-lama rasa macam okay saja. Sebab dah biasa kot.

Kadang-kadang, bila balik rumah, saya humban segala pump dan botol untuk dicuci ke dalam sinki. Nanti suami basuh dan sterilize. Hehe. Tapi kadang-kadang rasa macam lambatlah nak tunggu suami, kita buatlah sendiri. Give and take kata orang. 

Sekarang Yusuf alhamdulillah dah 4 bulan. Hopefully rezeki Yusuf terus menerus Allah beri tanpa putus. Production susu is still good although tak se-heavy awal-awal dulu. How do I know? Sebab da tak berlaku bengkak-bengkak susu. Maknanya dah tak de over supply. Kalau tak, lewat sikit je pump, kebabow!

Tapi malam kadang-kadang masih berlaku kebocoran especially jika Yusuf tidur lena yang lama. Kadang-kadang saya sendiri kejut Yusuf untuk bangun menyusu sebab saya malas nak pump. Haha. 

Baby semakin membesar memang akan tidur dengan lebih panjang di waktu malam. Positifnya ialah sebagai ibu kita boleh tidur dengan panjang juga. Hehe. Negatifnya ialah kita akan mengalami kebocoran susu. I am so rimas kalau baju basah sebab susu. Selalu saya mengeluh bab itu tapi suami selalu ingatkan jangan mengeluh, tak baik, tu rezeki Yusuf. Insaf segera. Hehe.

Oh ya, selain Ilaria, saya beli satu lagi pump. Jeng jeng jeng. Saya beli manual silikon pump brand Autumnz. Yang jenis lekatkan je kat breast lepas tu dia akan menyedut/menadah dengan sendirinya. Best juga la penggunaannya saat-saat emergency dan saat-saat malas nak rasa stuck dengan pump. Yelah, bila kita guna electric pump, we are attached to it, either to electrical point or power bank kan. Nak move sana sini memang tak kuasa kan? But with the silikon pump, sambil goreng ikan, boleh guna silikon pump secara senyap. Haha.

Best lah untuk back up dan untuk kurangkan risiko bengkak agak-agak susu tengah banyak tu. Boleh lah cuba. Nanti kita cerita lagi ye.




InsyaAllah.

Wassalam

Comments